Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan mengenal pasti jumlah sebenar hutang setiap peneroka yang dibuat dengan Felda bagi mengelakkan sebarang pertikaian terhadap penyata hutang yang dikemukakan kepada mereka.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata jumlah hutang para peneroka perlu dimuktamadkan bagi membolehkan pengumuman beberapa penambahbaikan Felda oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan datang.
"Dalam keadaan Felda mahu kukuhkan prosedur kewangan, kami tidak mahu timbul pertikaian terhadap penyata hutang yang kami kemukakan kepada peneroka yang tidak setuju dengan jumlah hutang yang terdapat dalam penyata tersebut.
"Kami sedang buat, setiap satu kawasan rancangan kami minta semak slip pendapatan dan masing-masing (peneroka) mesti setuju berapa jumlah sebenar hutang mereka.
"Jumlah hutang perlulah dipersetujui oleh peneroka dan Felda sendiri dan jika mereka tidak setuju mereka perlu datang ke pengurusan wilayah masing-masing untuk berbincang dan kemukakan bukti bagi setiap pertikaian yang dibangkitkan," katanya.
Razali berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis perasmian serentak Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Bahagian Jempol bagi tahun 2017 di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Jempol Datuk Mohd Salim Mohd Sharif.
Mengulas lanjut, Razali berkata terdapat dua jenis hutang yang dibuat oleh peneroka dengan Felda iaitu hutang operasi dan hutang sosial.
"Hutang operasi ialah hutang sara hidup yang dibuat ketika pokok ditebang dan ditanam semula, ketika itu mereka tidak mempunyai hasil dan terpaksa buat pinjaman. Hutang sosial ialah hutang membeli komputer, besarkan rumah, pendidikan dan sebagainya," katanya.
Razali berkata usaha Felda untuk terus meningkatkan kesejahteraan para peneroka tidak pernah terhenti bagaimanapun isu berbangkit perlu diselesaikan segera.
"Kami akan adakan mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri untuk suku tahun pertama dijangka bulan depan dan saya jangka isu berbangkit mengenai jumlah sebenar hutang peneroka dapat diselesaikan sebelum mesyuarat diadakan," katanya.
Terdahulu, Razali dalam ucapannya berkata Felda ketika ini menanggung sebanyak 1.2 bilion hutang rumah dan hutang sosial yang dibuat para peneroka dengan Felda.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 12 2017
Terdapat dua jenis hutang yang dibuat oleh peneroka dengan Felda iaitu hutang operasi dan hutang sosial. - Gambar fail
Mpox kekal sebagai kecemasan kesihatan awam global - WHO
Ketua Pengarah WHO mengumumkan bahawa virus mpox terus menjadi kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan dunia.
Saya individu tepat untuk Man United - Ruben Amorim
Ruben Amorim percaya dia adalah 'individu yang tepat pada masa yang tepat' untuk mengubah nasib Manchester United.
Madani tumpu cari persamaan, selesai pertelingkahan - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata berkata tumpuan Kerajaan Madani untuk mencari persamaan dan menyelesaikan pertelingkahan dengan sentiasa berunding.
#AWANInews
#AWANInews
MTL: Sistem amaran awal kurangkan risiko - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem amaran awal dapat mengurangkan risiko bencana dengan memberitahu kumpulan berpotensi menghadapi banjir untuk berpindah lebih awal.
#AWANInews
#AWANInews
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Suzana Idayu Wati wanita pertama dilantik Pengarah Besar Felda
Ahli Lembaga Pengarah Felda Datuk Suzana Idayu Wati Osman dilantik sebagai Pengarah Besar Felda yang baharu berkuat kuasa hari ini, menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan berkenaan.
Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.
12 cedera dua kereta bertembung di Jengka
Sebanyak 12 individu termasuk empat kanak-kanak cedera selepas dua kereta bertembung di Jalan Felda Jengka 4 menghala Maran hari ini.
Taaveekun, KPF Agro Properties perluas kerjasama, edar baja perapi tanah untuk ladang Felda
Kumpulan Taaveekun akan terus memperluaskan kolaborasi bersama KPF Agro Properties Sdn. Bhd dalam penghasilan dan pembekalan perapi tanah untuk merawat tanaman sawit di ladang-ladang FELDA di Malaysia
'Jangan lupa jasa peneroka awal Felda' - PM Anwar
Jasa peneroka awal Felda jangan sesekali dilupakan kerana golongan itu merupakan pengasas tanah rancangan tersebut dan hasil usaha mereka, dinikmati generasi masa kini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bincang, teliti rayuan untuk serah tanah adat kepada penduduk di Tambisan - Anwar
Kerajaan Persekutuan dan negeri, serta Felda, akan adakan perbincangan untuk meneliti rayuan mengenai penyerahan semula tanah adat di Tambisan.
Malaysia mahu berbaik dengan semua negara - Anwar
Beliau meminta tidak ada pihak cuba menekan negara dalam menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.
RM267.76 juta untuk projek prasarana awam, rumah ibadat bukan Islam di Johor
KPKT mengumumkan peruntukan RM267.76 juta bagi 40 projek prasarana awam serta pembaikan dan penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam (RIBI) di Johor tahun ini.
FGV kekal komited terhadap amalan pengambilan pekerja bertanggungjawab
FGV Holdings Bhd kekal komited terhadap amalan pengambilan pekerja yang bertanggungjawab dan prinsip 'tiada yuran pengambilan' untuk bekas pekerja migran melalui program pembayaran baliknya.
Pilih calon penghubung Kerajaan Pusat dengan DUN Nenggiri - Ahmad Maslan
Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri memerlukan wakil rakyat yang boleh menjadi penghubung kepada Kerajaan Persekutuan, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.