Angka mangsa banjir di Melaka terus meningkat kepada 382 mangsa daripada 100 buah keluarga berbanding hanya 96 mangsa pada sebelah pagi tadi. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Left Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata setakat ini empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka. Beliau berkata, empat PPS itu melibatkan penduduk dari lapan kawasan kediaman di sekitar daerah Alor Gajah.
Jelasnya, Sekolah Rendah Agama (SRA) Jelatang merekodkan jumlah penduduk terjejas teramai iaitu 182 mangsa membabitkan 47 keluarga manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pengkalan menempatkan 161 mangsa.BACA LAPOR LANGSUNG BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI Balai Raya Kampung Gadek dan Surau Kampung Jeram yang mana masing-masing menempatkan 33 dan enam mangsa juga baru dibuka pada sebelah tengah hari ini. Mengulas lanjut ujarnya, beberapa PPS lagi dijangka akan menerima mangsa banjir di sekitar kawasan Lubok China, Masjid Tanah yang paling teruk terjejas dalam kejadian banjir dua minggu lalu. Dalam pada itu, tinjauan Astro Awani turut mendapati beberapa jalan utama di sekitar daerah Alor Gajah juga telah ditutup selepas berlaku limpahan air sungai selain beberapa kawasan masih menerima taburan hujan yang tinggi. Situasi itu menyebabkan berlaku kesesakan di jalan utama termasuk di lebuh Alor Gajah - Melaka - Jasin (AMJ). Setakat ini tiada mangsa yang terjejas di daerah Melaka Tengah dan Jasin.Op Global: 80 kertas siasatan telah dibuka susulan penahanan 359 pengikut GISB Sebanyak 80 kertas siasatan telah dibuka susulan penahanan 359 pengikut Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd menerusi Op Global di seluruh negara.
Majlis Peluncuran Pelan Tindakan cegah dan tangani fahaman pelampau keganasan Ikuti Majlis Peluncuran Pelan Tindakan Malaysia bagi mencegah dan menangani fahaman pelampau keganasan yang akan disempurnakan oleh Datuk Seri Anwar & Datuk Seri Saifudin Nasution di Putrajaya.
Aktiviti keganasan: Akta baharu mungkin perlu untuk keselamatan negara - PM Anwar Beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan pasukan pertahanan seperti PDRM dan ATM, serta agensi penguatkuasaan lain yang berkaitan, untuk menilai keperluan itu.
Jangan ghairah dengan kaedah 'beli dulu, bayar kemudian' Dalam pada itu, masyarakat disaran untuk tidak ghairah membeli barang menerusi kaedah pembayaran alaf baru iaitu beli sekarang, bayar kemudian' atau 'buy now, pay later' (BNPL). Menurut profesor di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Prof. Dr. Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, pembelian perlu dilakukan tanpa berlandaskan nafsu dan perlu berpandukan konsep 'ukur baju di badan sendiri'.
Jangan sampai bankrap kalau tidak mahu urusan disekat Rakyat Malaysia disaran tidak terus terjerumus dalam belenggu hutang sehingga jatuh bankrap. Menurut profesor di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Prof. Dr. Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, ini kerana sekatan-sekatan tertentu yang dikenakan akan menyukarkan urusan di dalam negara.
Jangka hayat bayi lahir pada 2024 dijangka hidup sehingga 75.2 tahun - DOSM Bayi yang lahir pada 2024 secara purata dijangka hidup sehingga 75.2 tahun dengan bayi perempuan hidup 4.8 tahun lebih lama berbanding bayi lelaki, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Pengawal keselamatan didakwa bunuh rakan sekerja Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor atas pertuduhan membunuh rakan sekerjanya pada 15 September lepas.
Peruntukan JPM dikurangkan dalam Belanjawan 2025 - Dr Zaliha Peruntukan bagi Jabatan Perdana Menteri dijangka dikurangkan dalam Belanjawan 2025, selari usaha mengurangkan perbelanjaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zaliha Mustafa.
GISB: Tiada pelajar dan petugas IPT terlibat - KPT KPT turut menunggu keputusan Majlis Raja-Raja berkaitan isu GISB sebelum mengambil langkah seterusnya dalam usaha mengelakkan pembabitan penuntut atau warga kerja dengan GISB.
Belanjawan 2025: Pelbagaikan sumber dana sektor kesihatan Pakar Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan dari IMU University, Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid berkata kutipan cukai di Malaysia masih rendah, sekali gus menjadikan kadar peratusan dana diterima sektor kesihatan menerusi setiap belanjawan tahunan masih kecil.
Banjir: Kerajaan Selangor teliti pelaksanaan terowong SMART - MB Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik sebarang cadangan sebagai langkah mengatasi bencana alam itu.
Kerajaan Selangor belum putus ambil tindakan kes penipuan permohonan banjir - MB Pihaknya telah mengeluarkan nama-nama pemohon selepas mengesan berlaku pertindihan dalam proses permohonan.
Lanjutan moratorium akan dikemuka pada bank - Tengku Zafrul Cadangan pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini akan dikemukakan kepada institusi perbankan.
Banjir: Khalid Samad nafi 'hilang dari radar' Pada 18 Disember, beliau berada di Shah Alam bagi menguruskan seorang bapa yang kehilangan sembilan ahli keluarga akibat nahas jalan raya.
Mesyuarat Khas Parlimen: Paksa syarikat balak bayar ganti rugi akibat banjir - Anwar Ia termasuk memaksa syarikat terlibat membayar ganti rugi kepada mangsa yang mengalami kerosakan harta benda dan kerugian.
Mesyuarat Khas Parlimen: 'Rakyat mati, rumah hanyut... kita pilih pergi umrah' - Anwar Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata ada yang memilih untuk melaksanakan umrah berbanding mengutamakan nyawa rakyat.
Tidak boleh beri laluan mudah pengeluaran KWSP, tapi tambah peruntukan - Anwar Cadangan Anwar pertimbang bantuan tambahan sekurang-kurangnya RM5,000 atau maksimum RM10,000 lagi kepada individu yang terkesan.
Impak banjir: Keluaran ekonomi dianggar berkurang antara RM4 bilion - RM8 bilion Unjuran pertumbuhan KDNK negara kekal antara tiga hingga empat peratus.
Tiga cabaran utama perlu ditambah baik segera bagi pengurusan bencana - PM Pengurusan bencana negara sangat bergantung kepada maklumat dinamik yang tepat dan cepat dari lapangan.
Lebih RM125.5 juta BWI diagihkan setakat semalam - PM Peruntukan itu bagi tujuan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah.