KUALA LUMPUR: Mangsa yang terjejas banjir di seluruh negara terus meningkat kepada 46,230 orang setakat 7.30 pagi Ahad.

Menurut portal Info Bencana JKM, jumlah berkenaan mewakili 13,420 keluarga yang dipindahkan ke 291 pusat pemindahan sementara (PPS).

Setakat ini, lima negeri yang dilaporkan terjejas banjir iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor.

Manakala, situasi banjir di Johor masih serius dengan jumlah mangsa banjir terus meningkat dengan setakat ini, 42,398 mangsa daripada 12,265 keluarga dipindahkan ke 267 PPS.

Sementara itu, situasi banjir di empat negeri lain dilihat tidak banyak berubah yang mana di Pahang, 23 PPS telah dibuka dan menempatkan 2,978 mangsa daripada 874 keluarga.

Di Negeri Sembilan 533 mangsa banjir daripada 139 keluarga telah ditempatkan di tiga PPS.

Di Melaka, lima PPS dibuka bagi menempatkan 447 mangsa daripada 122 keluarga.

Sementara itu, di Selangor 66 mangsa dipindahkan ke dua PPS membabitkan 16 keluarga, ,manakala di Sarawak dilapor pulih dengan tiada mangsa dipindahkan.