Jumlah mangsa banjir di Johor terus mencatatkan penurunan kepada 2,294 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,423 orang pada 8 malam tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ayub Rahmat berkata kesemua mereka terdiri daripada 613 keluarga yang masih ditempatkan di 37 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah yang terjejas iaitu Segamat, Tangkak dan Muar.
Beliau berkata seramai 1,256 orang daripada 336 keluarga masih ditempatkan di 24 PPS di Segamat, 605 mangsa daripada 154 keluarga berada di tujuh PPS di Tangkak manakala 433 orang daripada 123 keluarga lagi di enam PPS di Muar.
"Dua sekolah di daerah Segamat iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Felcra Bukit Kepong dan Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah masih ditutup," kata beliau dalam kenyataan di sini.
Selain itu, tujuh jalan masih terputus hubungan meliputi Jalan Pogoh-Tekam, Seksyen 5.2-5.9 Jalan Kuala Paya-Balai Badang, Tumang Batu Anam-Kawasan Ladang dan Laluan ke Lubuk Lanjut di Segamat.
Di Pontian, laluan yang terputus hubungan ialah Jambatan Jalan Kampung Sungai Pinggan manakala di Muar ialah Kilometer 61 Jalan Muar-Labis serta Jalan Pagoh Tekam. -- Bernama
Bernama
Sun Jan 29 2017
Mangsa banjir memerhati keadaan banjir di halaman rumah mereka yang semakin surut setelah dibenarkan pulang dari Pusat Pemindahan Banjir semasa tinjauan fotoBERNAMA, 27 Januari, 2017.
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Pendidikan, nilai kemanusiaan penting diterapkan dalam kalangan generasi muda
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita boleh berjaya dalam pelbagai aspek seperti sains, teknologi dan lain-lain namun tidak boleh sama sekali hilang nilai kemanusiaan.
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Kerja-kerja naik taraf fasiliti pintu automatik akan siap akhir tahun
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sudah melantik kontraktor untuk kerja-kerja naik taraf pintu di platform Monorel yang memisahkan platform dengan koc monorel.
PABM mahu kerajaan beri keutamaan sewajarnya kepada atlet angkat berat
Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia Datuk Ayub Rahmat, mahu atlet angkat berat negara diberikan keutamaan sewajarnya oleh kerajaan.
PABM teliti penggunaan suplemen buat Aniq Kasdan
Dalam aspek ini, Institut Sukan Negara perlu meneliti penggunaan suplemen yang mungkin boleh memberi tenaga dan kekuatan kepada atlet ini.
Sukan Olimpik Paris: Cadang atlet angkat berat sertai Program RTG
Menurut Ayub, PABM akan menghantar surat rasmi kepada Kementerian Belia dan Sukan dan Jawatankuasa RTG untuk menilai permohonan berkenaan.
Enam atlet diserap dalam skuad baharu angkat berat kebangsaan
Pembentukan pasukan baharu tersebut akan menyaksikan pelantikan seorang jurulatih antarabangsa dan tempatan.
Doping: PABM rancang bubar skuad kebangsaan
PABM kecewa kerana kes itu berlaku sewaktu kem latihan berpusat sehingga merancang untuk mengambil tindakan drastik.
Mohamad Aziz selamat dikebumi
Allahyarham disifatkan sebagai seorang yang amat menjaga silaturahim sesama sahabat tanpa mengira pangkat dan usia.
Badang Malaysia dilarang sertai Sukan Olimpik Tokyo
Selain Malaysia, atlet angkat berat Thailand turut menerima nasib sama ekoran kedua-dua negara mencatat jumlah kes doping yang banyak, tanpa mengira sebarang perubahan tarikh temasya sukan itu.
Banjir Johor semakin pulih, 7 PPS ditutup
Lebih 1,000 mangsa banjir yang ditempatkan di tujuh PPS dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, kira-kira jam 1 petang tadi.
Tiada laporan kesihatan bayi terjejas akibat susu tiruan - Exco
Datuk Ayub Rahmat berkata ini berdasarkan pemantauan Jabatan Kesihatan negeri ke atas semua pusat kesihatan di negeri itu.
Dua pelajar UTM positif Tuberkulosis dirujuk HSA, kembali teruskan pengajian
Kedua-dua pelajar rakyat tempatan itu kini dipantau Pusat Kesihatan UTM, diberi ubat dan rawatan selain dikehendaki membuat pemeriksaan berkala untuk menilai perkembangan semasa mereka.