KUANTAN: Sebanyak 1,037 kertas siasatan bagi kes-kes jenayah komersial dibuka di Pahang dalam tempoh Januari-Jun tahun ini berbanding 1,137 dalam tempoh yang sama tahun lepas, kata Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Noor Hisam Nordin.
Beliau berkata walaupun jumlah kertas siasatan dilihat menurun namun dari segi kerugian, jumlahnya dilihat meningkat daripada RM22.1 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun lepas kepada RM53.9 juta tempoh sama tahun ini.
"Pada masa yang sama 808 tangkapan berjaya dilaksanakan tahun ini berbanding 760 tahun lepas. JSJK (Jabatan Siasatan Jenayah Komersil) Pahang telah menguruskan 396 kertas pertuduhan dengan daerah Rompin mencatatkan peratus pertuduhan 100 peratus," katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Bulanan Dan Lafaz Ikrar Bagi Bulan Julai Tahun 2024 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang (IPK) Pahang, di sini semalam.
Menyentuh mengenai jenayah narkotik di Pahang pula Noor Hisam berkata Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang berjaya melaksanakan 7,256 tangkapan melibatkan 6,603 kes berkaitan pelbagai kesalahan narkotik dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Beliau berkata nilai rampasan berkaitan dadah merekodkan jumlah RM3.1 juta, meningkat berbanding RM1.5 juta pada tahun 2023.
Sementara itu Noor Hisam berkata berkata jumlah kemalangan jalan raya yang dilaporkan untuk enam bulan pertama tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak 571 kes, iaitu 12,365 kes kemalangan tahun ini berbanding 11,794 kes tahun lepas.
"Sebanyak 119,076 saman dikeluarkan oleh JSPT (Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen) Pahang atas pelbagai kesalahan lalu lintas dengan nilai kompaun berjumlah RM2.5 juta," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2024

Noor Hisam hadir pada Perhimpunan Bulanan Dan Lafaz Ikrar Bagi Bulan Julai Tahun 2024 di IPK Pahang, di Kuantan, semalam. - Foto PDRM Pahang
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerugian jenayah komersial di Melaka meningkat RM79.27 juta tahun lepas
Nilai kerugian mangsa jenayah komersial di Melaka meningkat kepada RM79.27 juta pada tahun lepas berbanding RM48.42 juta pada 2023.

Sibu rekod kerugian lebih RM20 juta akibat jenayah komersial
Ibu Pejabat Daerah (IPD) Daerah Sibu merekodkan jumlah kerugian wang tunai akibat jenayah komersial mencecah RM20,143,509.90 sepanjang tahun lepas.

Kerugian akibat jenayah komersial cecah RM3.11 bilion sepanjang tahun lepas
Jumlah kerugian akibat kesalahan jenayah komersial sepanjang tahun lepas mencecah RM3.11 bilion dengan 41,701 kertas siasatan dibuka.

PDRM rekod RM7.9 juta kerugian jenayah komersial setiap hari
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan nilai purata kerugian jenayah komersial mencecah kira-kira RM7.9 juta dalam tempoh sehari.

18,205 kes komersial dicatatkan, kerugian lebih RM1.5 bilion - Polis
Jumlah kerugian berkaitan kes-kes jenayah komersial termasuk penipuan dalam talian meningkat 31 peratus bagi tempoh 1 Jan hingga 11 Ogos tahun ini.

6,619 kes jenayah komersial babitkan kerugian RM68.5 juta di Perak
Sejumlah 6,619 kes jenayah komersial direkodkan di Perak melibatkan kerugian melebihi RM68.5 juta dari Januari hingga 31 Julai lepas.

Jumlah kerugian dalam kes-kes jenayah komersial di Pahang Jan-Jun meningkat berbanding tahun lepas
Jumlah kerugian dilihat meningkat daripada RM22.1 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun lepas kepada RM53.9 juta tempoh sama tahun ini.

489 kes jenayah komersial direkodkan di Seremban sejak Januari
Sebanyak 25 individu ditahan dan dituduh di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan.

423 kes jenayah komersial di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta
Sebanyak 423 kes melibatkan jenayah komersial dengan jumlah kerugian mencecah RM15.6 juta direkodkan di Johor sepanjang bulan lepas.

Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.