KUALA LUMPUR: Jumlah individu yang kehilangan pekerjaan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan antara persoalan yang bakal dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat persidangan Dewan Rakyat, perkara itu terkandung dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan yang akan diajukan Su Keong Siong (PH-Kampar) kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.
Su turut bertanya mengenai langkah kerajaan dalam membantu golongan yang hilang pekerjaan, terutamanya sektor pelancongan, hotel dan industri makanan dan minuman (FB) untuk mendapat kembali pekerjaan masing-masing.
Dalam sesi sama, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) meminta Menteri Kewangan menyatakan status terkini program i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dilaksanakan pada Julai 2021.
Selain itu, Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu) meminta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan mengenai status pengedaran 150,000 unit komputer riba yang diluluskan dalam Belanjawan 2021, terutamanya di Sabah.
Beliau juga bertanyakan sama ada kementerian akan menambah lagi pengedaran komputer riba bagi memudahkan pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang tempoh pandemik COVID-19.
Persidangan Parlimen kemudian disusuli sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang masuk hari kedua, hari ini.
Semalam, seramai 17 Ahli Parlimen mengambil bahagian pada sesi perbahasan RMK12 selepas dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Isnin.
Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 17 hari hingga 12 Okt ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 29 2021
Sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 masuk hari kedua pada sidang Parlimen hari ini. - Gambar fail
Tumpuan Khamis – 02 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (01 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Keperluan pelesenan media sosial mudahkan proses keadilan mangsa jenayah siber
Siraj Jalil berkata, kebanyakan kes jenayah dalam talian lazimnya menemui jalan buntu apabila pemilik akaun terlibat gagal dikenal pasti.
Tiada salah laku polis dalam tangkapan dua lelaki positif dadah - IPD Pekan
IPD Pekan menegaskan tiada sebarang salah laku oleh pihaknya ketika menahan dua buruh lelaki di KM2 Jalan Kuantan-Pekan semalam.
Indonesia mula laksana cukai 12 peratus ke atas barangan dan perkhidmatan mewah
Langkah ini meyakinkan orang ramai, yang sebelum ini bimbang kenaikan itu turut dikenakan ke atas keperluan asas.
JPS ramal banjir landa sembilan jajahan di Kelantan Sabtu ini
Jajahan terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.
ASEAN25: Singapore cuts electricity, gas tariffs amid lower energy costs
Singapore is lowering electricity and gas tariffs for January to March due to reduced energy and fuel costs, according to The Straits Times.
AWANI Tonight: Initial data extracted from Jeju Air crash black box
Investigators have retrieved initial data from one of the black boxes of Jeju Air Flight 2216, which crashed on Sunday, claiming 179 lives.
AWANI Tonight: Govt to trial QR code immigration clearance at KLIA
The government will trial a new QR code immigration clearance system at KLIA Terminals 1 and 2 this month to reduce congestion, according to Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
WANI Tonight: WeChat, TikTok first to be granted licenses
The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) has granted licenses to two social media service providers, Tencent (WeChat) and ByteDance (TikTok), under Malaysia's new regulatory framework.
Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT tahun ini - Madius
Pembayaran diterima pada Isnin lepas untuk menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan Sabah Electricity bagi menampung kos ICPT.
Johari harap Malaysia jadi tuan rumah terbaik AIPA tahun depan
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berharap Malaysia dapat menjadi tuan rumah terbaik dalam menganjurkan beberapa mesyuarat berkaitan AIPA tahun depan.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Justin Trudeau dijangka hilang kuasa
Jagmeet Singh dijangka akan mengemukakan usul tidak percaya secara rasmi selepas Dewan Rakyat kembali bersidang pada 27 Januari.
RUU wajibkan pendidikan hingga sekolah menengah dibentang di Parlimen Februari 2025
Rang undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan pendidikan hingga peringkat sekolah menengah dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Februari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Disember 2024.
Bacaan kali kedua RUU Majlis Media Malaysia dijangka Februari 2025
Ia membuktikan komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan industri media melalui sokongan terhadap standard kewartawanan dan profesionalisme.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Dewan Rakyat selesai mesyuarat ketiga, lulus 26 RUU termasuk Belanjawan 2025
Selepas 35 hari bersidang, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 menutup tirainya semalam, dengan 26 rang undang-undang termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 dilulusk
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.