KUALA LUMPUR: Jumlah import Sarawak meningkat sebanyak 45.5 peratus bernilai RM 34.29 bilion pada 2022, demikian menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Selasa, MITI berkata peningkatan jumlah import itu disumbang oleh kenaikan import kimia dan bahan kimia, keluaran petroleum serta bijih logam dan serpihan logam.
"Senarai barangan import utama Sarawak bagi 2022 menunjukkan trend yang sama iaitu -- kimia dan bahan kimia yang bernilai RM9.33 bilion dan mewakili 27.2 peratus syer daripada jumlah import Sarawak; bijih logam dan serpihan logam (RM5.07 bilion dengan 14.8 peratus syer); serta jentera, kelengkapan dan peralatan (RM4.39 bilion dengan 12.8 peratus syer)," katanya.
Kementerian itu menjawab soalan Mordi Bimol (PH-Mas Gading) yang ingin tahu tentang jumlah nilai ringgit import dan senarai barang-barang import utama Sarawak bagi tahun 2021 dan 2022.
Sementara itu, MITI berkata nilai import Sarawak pada 2021 berjumlah RM23.57 bilion, berkembang sebanyak 24.2 peratus daripada tahun sebelumnya berikutan peningkatan import kimia dan bahan kimia, bijih logam dan serpihan logam serta keluaran petroleum.
Senarai barangan import utama bagi Sarawak pada 2021 ialah kimia dan bahan kimia yang bernilai RM5.26 bilion dan mewakili 22.3 peratus syer daripada jumlah import Sarawak; bijih logam dan serpihan logam (RM3.65 bilion dengan 15.5 peratus syer); serta jentera, kelengkapan dan peralatan (RM2.98 bilion dengan 12.6 peratus syer).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 28 2023
![Jumlah import Sarawak meningkat 45.5 peratus kepada RM34.29 bilion pada 2022 - MITI Jumlah import Sarawak meningkat 45.5 peratus kepada RM34.29 bilion pada 2022 - MITI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51677675329_MITIMalaysia.jpg)
MITI berkata peningkatan jumlah import itu disumbang oleh kenaikan import kimia dan bahan kimia, keluaran petroleum serta bijih logam dan serpihan logam. - Gambar fail/ MITI
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![MITI mula siasat duti antilambakan import gulungan rata besi disadur timah MITI mula siasat duti antilambakan import gulungan rata besi disadur timah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
MITI mula siasat duti antilambakan import gulungan rata besi disadur timah
MITI menjelaskan tindakan itu diputuskan selepas menerima petisyen daripada pengeluar tempatan, Perusahaan Sadur Timah Malaysia (Perstima) Bhd.
![Rantaian bekalan industri diteguhkan untuk elak gangguan - Tengku Zafrul Rantaian bekalan industri diteguhkan untuk elak gangguan - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721286787_TengkuZafrulAziz.jpg)
Rantaian bekalan industri diteguhkan untuk elak gangguan - Tengku Zafrul
MITI akan mewujudkan langkah pencegahan bagi menghadapi kemungkinan gangguan rantaian bekalan.
![MITI Singapura unjur pertumbuhan KDNK 2024 pada 2.0-3.0 peratus MITI Singapura unjur pertumbuhan KDNK 2024 pada 2.0-3.0 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711614697_tbSingapore.jpg)
MITI Singapura unjur pertumbuhan KDNK 2024 pada 2.0-3.0 peratus
Singapura mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk 2024 pada 2.0-3.0 peratus.
![Malaysia akan meterai MoU perdagangan, tubuh Majlis Perniagaan dengan Palestin Malaysia akan meterai MoU perdagangan, tubuh Majlis Perniagaan dengan Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723459801_Malaysiaakanmetera.jpg)
Malaysia akan meterai MoU perdagangan, tubuh Majlis Perniagaan dengan Palestin
Jemaah Menteri bersetuju supaya Malaysia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan kerjasama perdagangan dan ekonomi dengan Palestin.
![Wakil Tesla temui MITI 22 Ogos, bincang rancangan pelaburan di Malaysia - Tengku Zafrul Wakil Tesla temui MITI 22 Ogos, bincang rancangan pelaburan di Malaysia - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716607692_TBZAFRUL.jpg)
Wakil Tesla temui MITI 22 Ogos, bincang rancangan pelaburan di Malaysia - Tengku Zafrul
Persetujuan dengan Tesla sebelum ini adalah untuk melabur dalam ekosistem pengecasan, penyelidikan dan pembangunan serta sektor lain yang berkaitan.
![Laporan Tesla batal pengeluaran di Asia Tenggara mungkin keputusan komersial - MITI Laporan Tesla batal pengeluaran di Asia Tenggara mungkin keputusan komersial - MITI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702514270_Tesla.jpg)
Laporan Tesla batal pengeluaran di Asia Tenggara mungkin keputusan komersial - MITI
Laporan mengenai hasrat Tesla membatalkan rancangan pengeluarannya di Asia Tenggara mungkin satu keputusan komersial operasinya.
![Subsidi diesel: MITI bawa keluhan pengusaha bas kilang ke Kabinet Subsidi diesel: MITI bawa keluhan pengusaha bas kilang ke Kabinet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721286787_TengkuZafrulAziz.jpg)
Subsidi diesel: MITI bawa keluhan pengusaha bas kilang ke Kabinet
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia mendengar dan akan membawa ke Kabinet keluhan pengusaha bas kilang yang tidak mendapat subsidi diesel baru-baru ini.
![Selangor sasar penyumbang pelaburan terbesar negara tahun ini - Amirudin Selangor sasar penyumbang pelaburan terbesar negara tahun ini - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700560305_tbAmirudinShari.jpg)
Selangor sasar penyumbang pelaburan terbesar negara tahun ini - Amirudin
Selangor meneruskan fokus untuk mengekalkan prestasi sebagai negeri penyumbang pelaburan terbesar di negara ini menerusi penganjuran Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024.
![MITI kaji semula Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 MITI kaji semula Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721800891_LiewChinTong.jpg)
MITI kaji semula Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang mengkaji untuk meminda Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993.
![MITI kekalkan unjuran pertumbuhan pelaburan pada 5.0 peratus tahun ini - Tengku Zafrul MITI kekalkan unjuran pertumbuhan pelaburan pada 5.0 peratus tahun ini - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721286787_TengkuZafrulAziz.jpg)
MITI kekalkan unjuran pertumbuhan pelaburan pada 5.0 peratus tahun ini - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengekalkan unjuran pertumbuhan pelaburan sebanyak 5.0 peratus pada tahun ini walaupun dalam persekitaran pemulihan ekonomi domestik.