Kegiatan jualan barang seludup seperti rokok dan minuman keras di Sabah berada pada tahap serius dan merupakan antara negeri tertinggi yang mencatatkan kes itu pada tahun lepas.
Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan/Pematuhan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Datuk Matrang Suhaili berkata, sepanjang tahun lepas, Kastam Sabah merekodkan 947 kes rokok seludup melibatkan rampasan 11.39 juta batang rokok bernilai RM1.34 juta, dengan nilai cukai sebanyak RM6.05 juta.
"Minuman keras pula mencatatkan 239 kes dengan rampasan 311,000 liter bernilai kira-kira RM1.22 juta yang melibatkan cukai sebanyak RM4.70 juta," katanya pada majlis perasmian Program Khidmat Bakti Masyarakat JKDM, di sini hari ini.
Beliau berkata bagi tempoh Januari sehingga 31 Mac lepas, Kastam Sabah merekodkan 250 kes melibatkan rokok seludup dengan nilai rampasan RM1.04 juta yang membabitkan cukai sebanyak RM639,000.
"Bagi tempoh sama, Kastam Sabah juga telah memperoleh 50 kes melibatkan minuman keras dengan nilai rampasan RM81,000 serta melibatkan cukai sebanyak RM285,000," katanya.
Matrang berkata statistik itu menunjukkan betapa serius masalah berkenaan dan kerjasama masyarakat dengan kastam perlu ditingkatkan secara berterusan.
Sementara itu, mengulas mengenai program khidmat bakti masyarakat itu, beliau berharap pengisian dalam program tersebut mampu memberi impak positif ke arah usaha membanteras aktiviti penyeludupan di Sabah.
"Pelbagai acara telah disusun termasuk gotong royong bersama penduduk, demonstrasi anjing pengesan dadah, pameran aktiviti penguatkuasaan dan ceramah," katanya.
Bernama
Tue Apr 26 2016
Bagi tempoh Januari sehingga 31 Mac lepas, Kastam Sabah merekodkan 250 kes melibatkan rokok seludup dengan nilai rampasan RM1.04 juta yang membabitkan cukai sebanyak RM639,000. - Gambar fail
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Kastam Sabah rampas minuman keras bernilai lebih RM500,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup minuman keras dianggarkan bernilai RM528,082 dalam rampasan di Kota Kinabalu dan Beaufort bulan lepas.
Remaja Australia minum alkohol beracun di Laos meninggal dunia
Seorang lagi pelancong asing maut akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, pada Khamis.
Kastam Kedah rampas 27,336 liter minuman keras
JKDM Kedah berjaya mematahkan sindiket penyeludupan minuman keras selepas merampas 27,336 liter minuman keras pelbagai jenama.
Ikrar udang sejuk beku tapi bawa rokok, arak seludup
JKDM Sarawak mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras yang diikrar sebagai produk udang sejuk beku setelah melakukan pintasan di Jalan Kuching-Samarahan Ekpressway pada 22 Okt.
JKDM Pahang gagalkan cubaan edar rokok seludup, minuman keras lebih RM2.6 juta
JKDM Pahang menggagalkan cubaan pengedaran rokok seludup dan minuman keras berjumlah lebih RM2.6 juta termasuk cukai serta duti selepas menyerbu dua gudang di Lukut, Negeri Sembilan bulan lepas.
Polis rampas 214 karton minuman keras bernilai lebih RM98,000
Polis merampas 214 karton minuman keras dipercayai tanpa cukai kastam dianggar bernilai lebih RM98,000 dalam dua serbuan di sekitar Gelang Patah, pada Rabu dan Khamis lepas.
JKDM Pahang rampas minuman keras bernilai lebih RM850,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang berjaya merampas pelbagai jenis dan jenama minuman keras bernilai lebih RM850,000 termasuk cukai dan duti sejak Januari hingga September tahun ini.
JKDM Kedah rampas arak, rokok dan setem cukai palsu
Tiada tangkapan dilakukan memandangkan premis itu tidak berpenghuni dan tidak berkunci sewaktu serbuan dilakukan.
Dua lelaki ditahan dalam Op Taring Wawasan di Kelantan
Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) menahan seorang lelaki dan merampas 190 anak pokok keladi dipercayai diseludup masuk melalui pangkalan haram dekat Jeram Perdah, Pasir Mas semalam.
Program tajaan syarikat minuman keras tidak babitkan pelajar - Loke
Loke berkata, penajaan sedemikian bukanlah sesuatu yang baharu, sebaliknya sudah biasa dilakukan sebelum ini.