IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengadakan Jualan Rahmah di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023.
Menurut KPDN jualan itu akan berlangsung selama dua hari iaitu pada Sabtu (15 Julai) bermula 2.30 petang sehingga 10 malam, manakala pada Ahad (16 Julai) bermula 8 pagi sehingga 5 petang dengan harga jualan barangan keperluan 10 hingga 30 peratus lebih murah.
Antara vendor yang mengambil bahagian dalam jualan kali ini ialah pasar raya berdekatan kawasan itu dan agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
KPDN memaklumkan antara senarai barangan keperluan harian yang akan dijual sepanjang jualan ini berlangsung ialah ayam, ikan, hasil laut, telur ayam, gula putih bertapis, minyak masak botol, tepung gandum dan beras.
Turut dijual sayur-sayuran dan buah-buahan, barangan penjagaan diri, barangan pembersihan rumah, lampin pakai buang, barangan keperluan sekolah dan lain-lain barang keperluan.
Program Jualan Rahmah adalah program jualan barangan keperluan harian yang terdiri daripada barang makanan dan barang bukan makanan yang dikategorikan sebagai barangan keperluan harian.
Program ini dilaksanakan dengan penglibatan peruncit pasar raya besar, pasar raya, pasar raya mini dan kedai runcit yang digalakkan memberi pengurangan harga barangan semasa program jualan berlangsung antara 10 sehingga 30 peratus berbanding harga pasaran bertujuan mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Pelbagai program menarik akan disajikan sempena pelancaran itu diikuti Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos di Dataran Putrajaya manakala Sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept berlangsung di Kuching, Sarawak.
Selain itu, antara program yang akan dilaksanakan ialah 6,600 Langkah Perpaduan, Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 dan Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG 2023).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 13 2023
Program Jualan Rahmah adalah program jualan barangan keperluan harian yang terdiri daripada barang makanan dan barang bukan makanan yang dikategorikan sebagai barangan keperluan harian. - Gambar fail BERNAMA
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Jualan Rahmah akan diperbanyak termasuk di kawasan berisiko banjir - Armizan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperbanyak program Jualan Rahmah termasuk di kawasan berisiko banjir.
Majoriti responden mahu Payung Rahmah dikekalkan - Fuziah
Sebanyak 81 peratus daripada 1,600 responden berpuas hati dengan pelaksanaan program Payung Rahmah yang meliputi inisiatif Bakul Rahmah, Jualan Rahmah dan Pakej Rahmah.
Jualan Rahmah rekod lebih 9 juta pengunjung tahun lepas
Seramai 9.2 juta pengunjung direkodkan pada 6,870 program Jualan Rahmah yang diadakan di seluruh negara pada tahun lepas.
Jualan Rahmah dua kali sebulan di Perak
Terdapat tiga cara pelaksanaan Jualan Rahmah, iaitu dalam premis (pasar raya), luar premis (kawasan terbuka) dan lori bergerak.
Jualan Rahmah bantu rakyat buat persediaan sambut puasa
Pembeli yang ditemui memberitahu, Jualan Rahmah menjadi platform yang membantu menjimatkan perbelanjaan golongan B40.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu Jualan Rahmah
Seorang penjawat awam wanita ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah selepas disyaki mengemukakan tuntutan palsu berkaitan program Jualan Rahmah, tahun lepas.
Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 23 hingga 27 Dis
KPDN akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan sempena sambutan Krismas berkuat kuasa 23 hingga 27 Dis ini.
KPDN tambah baik pelaksanaan Jualan Rahmah tahun depan - Armizan
KPDN komited untuk menambah baik inisiatif Program Jualan Rahmah sebagai usaha memastikan manfaatnya terus dinikmati golongan sasar di seluruh negara pada tahun depan.
Barang keperluan masih ada, mudah diperolehi di Pasir Gudang - KPDN
Pemeriksaan dijalankan KPDN Johor di beberapa premis di Pasir Gudang mendapati tidak timbul isu kekurangan bekalan barang keperluan.
Orang ramai harap Jualan Rahmah diadakan lebih kerap, dapat berjimat
Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barang keperluan di Program Jualan Rahmah kerana harganya lebih murah dan mudah dapat bekalan.