KUALA LUMPUR: Beberapa stesen minyak mengalami masalah kehabisan bekalan petrol akibat berlakunya penjualan luar biasa kali ini sehingga 50 peratus dan dijangka berterusan sehingga esok susulan sambutan Aidilfitri.
Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, masalah ini terjadi susulan peningkatan jumlah kenderaan yang ketara apabila orang ramai balik ke kampung bagi menyambut hari raya.
"Pihak kami sudah maklum berlaku kehabisan minyak di beberapa kawasan dan dipercayai membabitkan kawasan di sekitar Pantai Timur.
"Kebiasaannya setiap stesen minyak akan membuat planning order sehari sebelum iaitu sekitar 20 peratus mengikut penjualan hari biasa, namun apabila ramai balik ke kampung penjualan melonjak kepada 50 peratus berbanding sebelum ini dan mengakibatkan gangguan perancangan stesen minyak berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Khairul Annuar berkata, apabila perancangan stesen minyak terganggu ini mengakibatkan berlakunya kehabisan petrol di beberapa lokasi dan ada beberapa stesen minyak terpaksa ditutup untuk sementara waktu.
"Apabila berlaku peningkatan jualan, syarikat minyak tidak dapat menghantar dalam kuantiti banyak dan perlu mengagihkan sama rata kesemua stesen minyak yang kehabisan petrol dan akan mengambil masa kira-kira satu jam atau paling lama pun sehari.
"Kami pun bukan tak nak jual, dan berharap pengguna memahami situasi yang berlaku kerana kenaikan jumlah kenderaan balik kampung dan dinasihatkan untuk mengisi minyak awal dan merancang perjalanan dengan baik," katanya.
Kereta tersadai
Sementara itu, satu perkongsian berhubung isu ini telah dimuat naik seorang pengguna Twitter @shasyaedora atau nama sebenar Fatin Syazana Kamarul Zaman, 30, yang memaklumkan kejadian stesen minyak kehabisan petrol berlaku sewaktu dia bertolak dari Kota Bharu, Kelantan ke Pulau Perhentian, Terengganu.
"Saya berhenti di stesen minyak di Saujana, Setiu kira-kira 8 malam untuk ke tandas dan di situ dapat lihat memang banyak kereta tersadai dan seorang daripada mereka berkongsi berada di lokasi ini daripada petang lagi kerana kehabisan minyak.
"Dan dalam perjalanan menuju ke Pulau Perhentian ada beberapa stesen minyak tutup, kalau buka pun hanya minyak RON 97 dan diesel sahaja yang dijual...rata-rata RON95 dah habis," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Fatin juga turut berkongsi situasi yang berlaku apabila tiada air di stesen berkenaan dan kedai makan kehabisan stok makanan dan beberapa kereta yang bergerak akibat terlalu banyak kenderaan berada di jalan.
Menurut Siti Marina Mohamad Adilla, 22, yang bekerja di sebuah stesen minyak di Taman Tun Dr Ismail di sini, sebelum ini pun sudah berlaku kehabisan bekalan petrol dengan cepat iaitu pada 29 April lepas.
"Di stesen minyak ini kami mempunyai lapan tangki dan empat daripadanya adalah RON 95 dan pada 29 April lepas satu daripada tangki minyak kami sudah tinggal 500 liter minyak padahal semalam (sehari sebelum itu) baru isi 14,500 liter.
"Dan hari yang sama (29 April) tu kami ada tambah lagi 10,700 liter minyak tapi dalam pukul 6.30 petang minyak dalam tangki itu cuma tinggal 500 liter," katanya.
Marina berkata pihaknya sudah menjangka dalam dua hingga tiga hari sebelum raya memang akan ramai mengisi minyak oleh sebab itu pihaknya sudah membuat persiapan awal namun tidak menjangka empat tangki RON 95 di stesen berkenaan tetap berkurang kesan penjualan begitu tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 07 2022
Berlaku penjualan petrol luar biasa kali ini sehingga 50 peratus dan dijangka berterusan sehingga esok susulan sambutan Aidilfitri. - Gambar fail
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
Lebih 120,000 ekspatriat berada di Malaysia, sumbang 4.8 peratus daripada KDNK
Sebanyak 120,183 pegawai ekspatriat berada di Malaysia setakat 31 Okt lepas.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Bekas pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Pemandu mabuk sebabkan kematian suami isteri didakwa
Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian pasangan suami isteri pada 16 November lalu.
'Pemandu guna EV tidak akan kembali guna petrol'
Ashley berkata, pemandu tidak akan kembali menggunakan kenderaan berkuasa petrol apabila mereka telah beralih kepada EV.
Harga petrol, diesel kekal hingga 22 Mei
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada paras RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Mei ini.
Kerajaan tanggung RM2 bilion subsidi petrol sebulan, jika tangguh pelaksanaan subsidi bersasar
Kerajaan perlu mematuhi jadual pelaksanaan penstrukturan semula subsidi pukal kepada subsidi bersasar tahun ini.
Subsidi minyak petrol ditarik sebelum Aidilfitri hanya khabar angin - Rafizi
Kata Rafizi, keputusan berkaitan pemberian subisidi akan diperjelaskan kepada rakyat dan tidak akan dibuat dengan tergesa-gesa.
'Kenari' masuk jerat KPDN
Siasatan awal mendapati suspek mengaku membuat pembelian pengisian ke dalam tangki ubah suai kenderaannya secara berulang.
Enam warga Indonesia didakwa miliki 41,000 liter petrol tanpa lesen
Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di atas kapal yang didaftarkan sebagai MT Rahmah semasa pemeriksaan oleh Pasukan Gerakan Am.
Hapus subsidi harga, beri bantuan tunai kepada kumpulan sasar - Pakar Ekonomi
Kaedah ini membolehkan kerajaan menghapuskan subsidi harga bahan api dan pada masa sama mengekalkan kuasa beli golongan kurang mampu.
Subsidi rosakkan struktur ekonomi, manjakan rakyat - Penganalisis
Amalan pemberian subsidi telah merosakkan struktur ekonomi negara dan memanjakan rakyat secara keseluruhan.
Rakyat Cuba berbaris panjang bagi mendapatkan petrol
Barisan panjang bagi mendapatkan petrol berterusan apabila krisis bahan api memuncak pada hujung minggu ini.
Semua lorong arah selatan Kuala Kangsar-Ipoh masih ditutup
Penutupan lorong berkenaan bagi memberi ruang kepada kerja-kerja pembersihan dilakukan.