KUALA LUMPUR: Prestasi jualan kenderaan memberangsangkan pada suku pertama tahun ini bukan sesuatu mengejutkan kerana ia susulan asas jualan yang sangat rendah pada suku sama tahun lepas.
Menurut penganalisis automotif, Shamsul Yunos, asas yang rendah pada suku pertama 2020 disebabkan penutupan ekonomi dunia susulan penularan COVID-19.
“Prestasi jualan syarikat tempatan selari dengan syarikat dunia yang mana di negara lain syarikat pengeluar kenderaan merekodkan jualan dua angka untuk suku pertama 2021.
“Ini disebabkan perbandingan yang dibuat dengan suku pertama 2020 yang mempunyai asas yang rendah.
“Suku pertama 2020 menyaksikan hampir semua pasaran berdepan perintah berkurung kerana waktu itu pandemik baru sahaja menular,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Shamsul, bagaimanapun berkata, industri automotif tempatan akan berdepan cabaran susulan kekurangan bekalan komponen.
“Industri berdepan kekangan bekalan terutamanya semi konduktur yang mana kalau kita lihat syarikat sekarang terpaksa mengurangkan pengeluaran (kerana bahan mentah kurang).
“Ini kerana mereka mempunyai stok yang sedikit kerana sudah membatalkan pesanan sewaktu penutupan ekonomi berlaku,” katanya.
Shamsul berkata, cabaran itu akan dihadapi kebanyakan syarikat yang menjalankan Pemasangan Secara Tempatan (CKD) kerana tempahan komponen mereka memakan masa berbulan.
“Cuma pengeluar seperti Proton dan Perodua mempunyai volum (tempahan) lebih besar di Malaysia dan sebarang kekangan bekalan komponen akan menjejaskan pengeluaran mereka,” katanya.
Terdahulu Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad berkata, jumlah keseluruhan industri (TIV) sehingga Mac 2021 mencatatkan peningkatan sebanyak 31 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.
“Jualan kenderaan pada tahun ini sehingga Mac adalah sebanyak 139,499 unit berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas iaitu 106,596 unit.
“Sementara itu, jumlah jualan kenderaan bagi Februari adalah 30 peratus lebih tinggi berbanding Januari, manakala jualan pada Mac 2021 pula menunjukkan peningkatan sebanyak 49 peratus berbanding Februari,” katanya kepada Sinar Harian.
Najib Aroff
Tue Apr 27 2021
Penganalisis automotif, Shamsul Yunos berkata, asas yang rendah pada suku pertama 2020 disebabkan penutupan ekonomi dunia susulan penularan COVID-19.
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Anggota polis cedera, kereta peronda dirempuh ketika mahu siasat kes kemalangan
Tiga lelaki cedera termasuk dua anggota polis selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM)74.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.
Jualan kenderaan baharu Oktober Malaysia susut empat peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut empat peratus kepada 69,859 unit pada Oktober 2024 berbanding 76,173 unit yang dicatatkan semasa bulan yang sama tahun sebelum ini.
Proton sasar jual 2,000 unit model X70 2025 sebulan
Proton X70 telah menjadi kegemaran ramai dengan jualan lebih 1,000 hingga hampir 2,000 unit sebulan.
MITI jangka pelaksanaan e-invois tidak jejas jualan kenderaan tahun ini
MITI menjangka pelaksanaan e-invois yang dijadualkan bermula secara berperingkat pada Ogos depan tidak akan memberi impak kepada jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) pada tahun ini.
Proton capai pengeluaran lima juta unit kenderaan dalam tempoh 41 tahun
Proton X90 Flagship adalah kenderaan yang mencatat rekod sebagai unit kelima juta.
Jualan kenderaan terima kesan akibat pemotongan subsidi, segmen M40 diramal paling terjejas - RHB Investment
Katanya, kumpulan berpendapatan rendah masih dijangka menerima subsidi manakala golongan berpendapatan tinggi mungkin tidak begitu terkesan.
ASEAN terus catat pertumbuhan EV, pasaran global perlahan
ASEAN menyumbang sebanyak 6.2 peratus dari segi bahagian jualan kereta FE dengan enam pasaran pada 2023 berbanding 1.6 peratus pada 2022.
Proton kekalkan kedudukan jualan dengan 12,666 unit terjual pada Mac
Proton Holdings Bhd mencatatkan jualan kenderaan sebanyak 12,666 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Mac.
Proton rekod jualan 12,882 unit Jan 2024, permulaan terbaik tahun baharu
Menurut Proton, jumlah jualan yang dicatatkan itu merupakan peningkatan sebanyak 10.3% berbanding bulan Januari tahun lalu.
Prospek jualan kenderaan lemah pada 2024, sektor automotif kekal 'neutral' - AmInvestment
Bagi tempoh 11 bulan tahun ini, sektor itu merekodkan jualan sebanyak 715,849 unit.
TIV sektor automotif dijangka meningkat 2 peratus kepada 690,000 pada 2023 - Kenanga Research
Kenanga Research berkata, jualan kenderaan pada 2023 dijangka tidak terjejas oleh impak daripada kenaikan kadar faedah.