KEPALA BATAS: Di Pulau Pinang, sekitar 3,000 penduduk tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan asas lebih murah sempena Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) hari ini.
Program yang diadakan di pekarangan Wisma UMNO Kepala Batas itu menawarkan penjualan barangan asas termasuk ayam serendah RM5, daging segar RM30 sekilogram, telur ayam, sayur-sayuran dan barangan keperluan harian.
Ahli Parlimen Kepala Batas yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, menerusi program sebegini rakyat dapat menikmati penjimatan di antara 25 hingga 30 peratus sekali gus dapat meringankan beban kos sara hidup yang kian meningkat.
Menurut beliau, program yang dianjurkan itu memberi manfaat yang besar kepada orang ramai kerana harga yang ditawarkan sangat murah.
“(Pengguna) boleh jimat banyak… kalau beli beras boleh jimat RM2, kalau beli ayam jimat sekitar RM5, kalau beli daging boleh jimat hingga RM8 (dan) kalau beli telur jimat sehingga RM4," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Jualan Keluarga Malaysia di tapak jualan di sini, pada Ahad.
Antara bahan mentah yang dijual dengan harga yang murah menerusi jualan tersebut termasuklah ayam RM5 untuk seekor, telur ayam Gred C sepapan berharga RM8, beras untuk lima kilogram bernilai RM10 serta daging lembu tempatan dijual pada harga RM30 sekilogram.
Program bermula pukul 8 pagi itu berlangsung selama empat jam.
Dalam pada itu, Reezal turut memberi jaminan akan terus melaksanakan inisiatif tersebut pada setiap minggu sehingga harga barangan keperluan harian berkenaan kembali terkawal seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini.
“Saya akan cuba usahakan (program jualan mingguan), kalau ok (dapat sambutan) saya akan buat tiap-tiap minggu sehingga keadaan (harga) lebih stabil dan mungkin ada pendekatan lain sehingga saya benar-benar yakin… program bantu rakyat akan diteruskan setiap minggu,” kata Reezal.
Dalam masa sama, Reezal turut memberi jaminan pihaknya akan terus bekerjasama dari segi bekalan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan juga beberapa pasar raya yang mempunyai hala tuju yang sama iaitu membantu rakyat.
Pada 2 Disember lalu, Perdana Menteri berkata, jualan itu yang bermula Sabtu lepas akan dilaksanakan di 222 kawasan Parlimen menawarkan harga barang keperluan harian 20 hingga 50 peratus lebih murah berbanding tempat lain.
Program Jualan Keluarga Malaysia tersebut dilaksanakan oleh KPDNHEP dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta Kementerian Kewangan.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun Dec 05 2021
Reezal Merican Naina Merican (dua dari kiri) menyapa penjual barangan keperluan harian di Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM), Kepala Batas, Pulau Pinang pada Ahad. - Gambar Astro AWANI
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Harga minyak masak botol dijangka turun dalam masa terdekat - Nanta
Harga minyak masak botol dijangka akan turun dalam masa terdekat selari dengan penurunan harga minyak masak mentah dari RM7,000 per tan metrik kepada RM3,600 per metrik tan minggu ini.
Program Jualan Keluarga Malaysia perlu dibuat dalam skala besar, menyeluruh - Annuar
Sehingga kini, hanya RM12 juta daripada keseluruhan peruntukan RM100 juta dibelanjakan untuk program terbabit.
PJKM catat jualan lebih RM54 juta - Rosol
Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) merekodkan jualan sebanyak RM54.55 juta sejak dilancarkan pada 2 Disember tahun lepas.
Kerajaan bersedia lanjutkan PJKM - Rosol
Sambutan menggalakkan diterima hingga terdapat lokasi PJKM yang mencapai jualan hampir RM500,000 dalam tempoh dua hari.
Lebih 20,000 telur jadi 'rebutan'
Telur habis dijual sebelum tengah hari, sekali gus menyaksikannya menjadi belian wajib pengunjung selain minyak masak paket.
Jualan Keluarga Malaysia Parlimen Kepala Batas dapat sambutan luar biasa
Program itu menawarkan penjualan barangan asas termasuk ayam serendah RM5, daging segar RM30 sekilogram, telur ayam, sayur-sayuran dan barangan keperluan lain.
KPDNHEP perkenal Program Jualan Keluarga Malaysia, 20 peratus lebih murah
Program jualan tersebut akan dilaksanakan di seluruh negara melibatkan 222 kawasan parlimen dengan kekerapan dua kali sebulan.