PASIR PUTEH: Lebih 20,000 biji telur jadi rebutan pengguna sepanjang dua hari Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) berlangsung di Bandar Baharu Pasir Puteh di sini pada Sabtu.
Pengurus Perniagaan ABC, Nurul Asmat Abu Bakar berkata, permintaan luar biasa itu dapat dilihat apabila telur habis dijual sebelum tengah hari sekali gus menyaksikan sumber protein itu menjadi belian wajib kesemua pengunjung yang hadir selain minyak masak peket.
"Program jualan yang bermula jam 8.30 pagi ini menawarkan telur gred A berharga RM12.80 sepapan, gred B (RM12) dan gred C (RM11.50) lebih murah dari harga kawalan," katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu seorang pengunjung, Ismail Abdullah, 62, dari Kampung Saring berkata, sudah beberapa kali dia menangguhkan pembelian telur kerana harga yang mahal dan sukar untuk mendapatkannya.
Menurutnya, sejurus mendapat tahu ada PJKM, dia bersama isteri datang untuk membeli telur dan keperluan dapur yang lain.
"Harga yang ditawarkan murah dan mereka tidak perlu menunggu masa yang lama kerana stok bekalan telur ada.
"Saya berharap PJKM diteruskan setiap bulan kerana inilah peluang untuk kami mendapatkan barangan dapur dengan harga murah dan mudah," katanya.
Wan Noraini Wan Mat, 56, dari Tok Bali berkata, sudah beberapa minggu bekalan telur sukar diperoleh sehingga dia terpaksa melupakan menu tersebut di dalam hidangan harian.
"Sebelum ini telur jadi penyelamat ketika dompet 'kempis', namun sekarang bukan sahaja harganya mahal, malah sukar untuk diperoleh," katanya.
Dia berkara, PJKM dinanti-nantikan oleh golongan berpendapatan rendah kerana harga yang ditawarkan murah selain mudah dibeli.
"Sayur di PJKM kami dapat beli dengan harga 50 sen seikat, malah semua yang kami rasa sukar hendak dapatkan seperti telur dan minyak masak peket pun ada.
"Diharap sangat PJKM tidak dihapuskan dan diteruskan setiap masa untuk meringankan beban kami yang tergolong dalam B40," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 12 2022

Lebih 20,000 biji telur jadi rebutan pengguna sepanjang dua hari Program Jualan Keluarga Malaysia berlangsung di Bandar Baharu Pasir Puteh pada Sabtu. - Foto sekadar hiasan

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Telur bertaburan di LPT2 mungkin tidak selamat dimakan
Lebih 70,000 biji telur ayam yang bertaburan selepas lori membawa muatan itu terbalik dalam kemalangan di Kemaman pada Rabu mungkin tidak selamat dimakan.

Jualan Rahmah: 2,000 ayam dijual dalam masa dua jam
Selain ayam, orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan barangan keperluan lain seperti telur dan minyak masak.

Subsidi ayam tamat Rabu, subsidi telur diteruskan - Mohamad
Kerajaan telah mengeluarkan subsidi keseluruhan sebanyak RM3.8 bilion bagi menampung kos ayam dan telur sehingga Februari tahun ini.

Belanjawan 2024: Kawalan harga telur, ayam dilepaskan - PM Anwar
Kawalan harga sementara bagi telur dan ayam yang ditetapkan sebelum ini akan dilepaskan supaya pasaran tempatan boleh berfungsi dengan bebas.

Peruncit didenda RM10,000, jual telur lebihi harga kawalan
Sebuah syarikat peruncit didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru, kerana menjual telur ayam melebihi harga kawalan yang ditetapkan.

22.6 juta telur diedarkan FAMA sejak November lalu
FAMA telah mengedarkan sejumlah 22.6 juta biji telur melalui 369 outlet pemasarannya di seluruh negara bermula November lalu sehingga hari ini bagi menampung bekalan telur ayam di pasaran.

Pengimport telur gagal saman Ka Siong
Datuk Seri Wee Ka Siong memaklumkan, tindakan beberapa pengimport telur yang ingin menyaman beliau susulan kenyataan semasa sidang Dewan Rakyat pada Februari lalu tidak berhasil.

Gara-gara telur Ka Siong terima surat saman
Ka Siong bingung hanya kerana utarakan masalah rakyat di Dewan Rakyat, beliau disaman pengimport telur dari India.

Minyak peket, telur jadi barang 'panas', peniaga terpaksa naikkan harga makanan
Isu kekurangan bekalan minyak masak peket dan telur masih belum menemui titik penyelesaian.

FLFAM beri jaminan bekalan ayam dan telur kembali normal
Komitmen itu dinyatakan selepas pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu.