KUALA LUMPUR:Sebuah syarikat terkenal yang menjual peranti dan perkakasan di Shah Alam menjadi syarikat pertama didakwa di mahkamah atas kesalahan mempromosikan peranti kotak Android bagi membolehkan pintasan ke atas langkah perlindungan teknologi terhadap karya siaran pemilik hak cipta di premis perniagaan berkenaan.
Pengarah syarikat tersebut mengaku bersalah atas pertuduhan itu ketika dihadapkan di Mahkamah Seksyen Jenayah, Shah Alam di hadapan Hakim Rofiah Ahmad pada 8 Februari lalu.
Menurut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dalam perjalanan pada sekitar 4.55 petang pada 2 September lalu untuk menjual peranti kotak Andorid jenama ‘Long TV’ yang mengandungi saluran kandungan karya siaran pemilik hak cipta tanpa kebenaran.
Syarikat yang beralamat di I-City, Persiaran Multimedia, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor itu didapati melanggar Seksyen 41(1)(ha) Akta Hak Cipta 1987 kerana menjual teknologi atau alat bagi tujuan memintas langkah perlindungan teknologi yang disebut dalam subseksyen 36A(3), Akta yang sama.
Hakim Rofiah menetapkan tarikh keputusan hukuman pada 1 Mac ini.
Sekiranya disabit kesalahan, syarikat itu boleh didenda tidak kurang daripada RM4,000 dan tidak lebih daripada RM40,000 bagi setiap perekaan yang berkenaan atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Dalam perkembangan yang sama, Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap pembekal dan penjual yang menyalahgunakan peranti kotak Android bagi tujuan memintas atau mengakses kandungan yang dilindungi karya hak ciptanya secara haram.
“Orang ramai juga diingatkan supaya tidak terpedaya dengan penjualan peranti TV Android Box yang mengandungi aplikasi atau disertakan dengan pakej perkhidmatan penstriman kandungan cetak rompak.
“Pengguna juga disarankan agar menyalurkan maklumat kepada Kementerian ini dengan melaporkan sebarang kegiatan cetak rompak melalui hotline 1-800-886-800 atau 03-8882 6088 di Enforcement Command Centre (ECC) atau WhatsApp di talian 019-279 4317.
"Orang ramai juga boleh membuat laporan di http://e-aduan.kpdnhep.gov.my atau hadir sendiri di pejabat KPDNHEP berdekatan," katanya pada Rabu.
Astro Awani
Wed Feb 10 2021
Sekiranya disabit kesalahan, syarikat itu boleh dedenda tidak kurang daripada RM4,000 dan tidka lebih daripada RM40,000 bagi setiap perekaan yang berkenaan atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Mufti WP perjelas hukum tonton siaran di kotak Android
Permasalahan ini adalah sama mengambil hak orang lain dengan cara yang batil dan menzalimi syarikat penyiaran serta pihak-pihak berkaitan dengannya.
Jual kotak TV Android penstriman cetak rompak, pengarah syarikat IT didakwa
Pengarah syarikat tersebut mengaku bersalah atas pertuduhan itu ketika dihadapkan di Mahkamah Seksyen Jenayah, Shah Alam.