JOHOR BAHRU: Jenama 'Rahmah' yang diperkenalkan oleh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sejak lapan bulan lalu kekal menjadi idea untuk menarik pelanggan, termasuk dalam kalangan peniaga kecil.
Salah seorang peniaga, Mohd Alif Faris Mohd Rohaizad, memilih menggunakan nama 'Kembung Rahmah' bagi jualannya kerana menyifatkan perkataan 'rahmah' sebagai dekat di hati masyarakat dan trending.
Malah, ujar pemuda berusia 31 tahun itu, 'Kembung Rahmah' sejuk beku yang dijual dengan harga RM11 sekilogram membolehkan dia membantu golongan kurang berkemampuan memandangkan harga pasaran ikan itu adalah sekitar RM18 hingga RM20 sekilogram.
"Satu, arwah Salahuddin pernah gunakan nama 'rahmah'. Kalau ikut pasaran, harga (ikan kembung) sekarang mahal. Apabila kita pakai 'rahmah', kita (peniaga) dapat (stok) murah dan saya cuba jual semurah yang mampu.
"Dengan itu, pengguna ada kuasa membeli yang tinggi. Kalau dia tengok yang ini harga RM11 dan banding dengan pasaran pada harga RM18 atau RM20, dia ada satu kuasa beli," katanya yang baru memulakan perniagaan tiga minggu yang lalu,
"Dalam kita dapat tolong orang, orang pun dapat tolong kita. Sebenarnya, nama 'rahmah' itu pun dah cantik. Kita jangan fikir orang atas kita, tetapi fikir yang kurang berkemampuan," kata Mohd Alif Faris ketika ditemui Astro AWANI di Taman Perling, di sini.
Berkongsi lanjut, anak pertama daripada lima beradik itu menambah, selain ikan kembung, dia turut menawarkan pilihan seperti ikan cencaru dan selar sejuk beku yang juga dijual pada harga sama.
Ujar Mohd Alif Faris lagi, niat dia berjinak dalam perniagaan bukan mahu mengaut keuntungan semata-mata sebaliknya membantu mereka yang terkesan akibat peningkatan kos sara hidup.
Katanya, dia mengambil keputusan tidak meneruskan kerjaya sebagai penyelia tapak yang diceburi sejak 2017 dan mahu memberi tumpuan kepada bidang perniagaan.
"Kalau saya fikir mahu tamak, saya boleh letak margin paling tidak pada harga RM15 sekilogram. Tetapi sebab saya dapat murah dan keuntungan saya cukup dengan jualan RM11 sekilogram.
"Saya dapat membantu golongan kurang berkemampuan untuk membeli dan pada masa sama orang yang membeli itu pun tak rasa berat nak beli.
"Setakat ini sambutan Alhamdulillah. Saya kira sebagai peniaga baharu, mula-mula itu kadang jualan laku 10 atau 12 kilogram. Pada hujung minggu pula, jualan boleh cecah sehingga 30 kilogram.
"Bagi saya, saya dapat tolong orang, Alhamdulillah sangat-sangat," katanya.
Mengenai kelebihan produknya pula, Mohd Alif Faris berkata walaupun ia adalah produk sejuk beku tetapi tekstur ikan-ikan tersebut kekal segar selagi ia tidak dinyah beku.
Menurutnya, proses menghasilkan ikan sejuk beku tersebut dilakukan secara 'blast freezing' selama tiga jam pada suhu -40 darjah Celcius tanpa sebarang bahan kimia atau pengawet.
Sementara itu, dia berharap mana-mana calon yang diberikan mandat pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai 9 September ini boleh meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Salahuddin, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Kerusi Parlimen Pulai menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan Suhaizan Kaiat, calon Perikatan Nasional Zulkifli Jaafar, dan calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi.
Hasimi Muhamad
Wed Aug 30 2023
Selain ikan kembung, Mohd Alif Faris turut menawarkan pilihan seperti ikan cencaru dan selar sejuk beku yang juga dijual pada harga RM11 sekilogram. - Foto Astro AWANI
70 rakyat Palestin syahid di Gaza dalam sehari
Serangan ini berlaku ketika usaha diplomasi sedang giat dilaksanakan untuk mencapai gencatan senjata.
Warga Myanmar hilang dibawa arus deras di Kelantan
Seorang lelaki warga Myanmar berusia 50 tahun dipercayai hilang selepas dibawa arus deras ketika mandi di Sungai Kuala Nal, Batu Jong, Kuala Krai, Kelantan pada Jumaat.
Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing
Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang di rumah rakit, Jalan Kampung Pedah, Kampung Jerantut Feri, Jerantut, pada Sabtu petang.
Pemimpin Israel diekori, didesak bebaskan tebusan
Kejadian itu berlaku ketika beliau dalam perjalanan dari rumahnya ke sebuah rumah ibadat.
Gaji progresif: Berjaya tingkatkan pendapatan pekerja swasta - Rafizi
Gaji progresif dijalankan secara rintis bermula Jun hingga Disember lalu berjaya meningkatkan gaji pekerja swasta, di negara ini.
Ringgit dijangka rendah, dolar Amerika kekal kukuh
Ringgit diramal lemah minggu depan akibat pengukuhan dolar AS, dipengaruhi data ekonomi Amerika dan faktor geopolitik. Namun, aliran dana asing mungkin membantu.
Bursa Malaysia dijangka berhati-hati, fokus ketegangan global
Pelabur Bursa Malaysia bersiap siaga menghadapi 2025, dipengaruhi ketegangan geopolitik, data ekonomi penting, dan impak dasar perdagangan global.
Fred Kerley ditahan, direnjat taser oleh polis AS
Juara dunia tiga kali acara pecut, Fred Kerley, direnjat dengan senjata taser dan ditahan selepas terlibat dalam konfrontasi dengan pihak polis di Miami Beach.
Pakar bedah A.S gesa amaran kanser untuk minuman alkohol
Minuman beralkohol disarankan untuk menyertakan amaran tentang risiko kanser pada labelnya, kata Pakar Bedah Am Amerika Syarikat, Vivek Murthy, pada Jumaat.
Penerbangan antarabangsa Lapangan Terbang Damsyik kembali beroperasi
Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik dijadualkan menyambung semula operasi penerbangan antarabangsa minggu pada 7 Januari.
Jual ikan kembung 'rahmah' RM11 sekilogram, bantu orang kurang mampu
Mohd Alif Faris memilih nama 'Kembung Rahmah' kerana menyifatkan perkataan 'rahmah' sebagai dekat di hati masyarakat dan trending.