Tradisi memasak ayam di dalam buluh atau lebih dikenali sebagai ayam pansuh yang diamalkan sejak turun-temurun oleh masyarakat Orang Asli Kensiu di Baling tetap diteruskan tahun ini meskipun masih berada dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menurut Tok Batin Suku Kensiu Kg Lubuk Legong, Razali Kulim, amalan tradisi yang dilaksanakan beberapa hari sebelum sambutan Aidilfitri itu bukan sahaja untuk meraikan ketibaan hari raya, bahkan sebagai tanda menzahirkan kesyukuran berjaya mengharungi bulan Ramadan bersama keluarga masing-masing.
Tambahnya, antara kelainan yang ada pada ayam "pansuh" adalah ia menghadirkan bau yang sangat wangi pada sesuatu masakan memandangkan rempah yang digunakan adalah rempah asli yang diamalkan sejak lebih 100 tahun lalu.
Jelas Razali, masyarakat sekitar juga hanya menggunakan hasil hasil hutan yang berada di sekitar tapak rumah mereka untuk menghasilkan menu terbabit.
"Kita buat masakan orang tua-tua kami... dulu tak ada periuk dulu, ada buluh dengan air yang sekitar kampung dan hutan berdekatan, itulah bekas masakan masyarakat Orang Asli.
"Buat ayam buluh, ayam bubuh dalam buluh, kita masak kita bubuh rempah tradisional semua, daun kesum, bunga kantan kita campur, masak dalam buluh ini... haruman dia jadi lain, kalau orang yang pernah makan, harum bau isi ayam memang sedap bagi masyarakat Orang Asli," katanya.
Sementara itu, bagi tukang masak, Sudirman Biat, 34, tradisi memasak ayam buluh yang diamalkan dapat menyemai semangat kerjasama dan berganding bahu dalam menjalankan tugas..
Katanya, kerja-kerja menyediakan hidangan ayam buluh itu melibatkan kerjasama banyak pihak iaitu kaum wanita, lelaki dan juga kanak-kanak tidak terlepas dilibatkan sama.
Kerja-kerja memasak dilakukan secara gotong-royong bagi mengurangkan bebanan khususnya kepada tukang masak sepertinya.
Antara tugasan yang dibahagikan ialah lima orang ditugaskan mencari pelbagai jenis ulam di bukit berdekatan manakala buluh pula diambil dari hutan.
Apabila kesemua hasil itu ditemui, segala bahan dan peralatan untuk memasak akan diproses sebelum kerja-kerja memasak diserahkan kepada tiga orang tukang masak.
Selain ayam, masyarakat Orang Asli suku Kensiu turut menggunakan cara sama iaitu menggunakan buluh untuk memasak nasi dan ulaman.
Meskipun memakan masa yang agak lama iaitu sekitar empat hingga lima jam bagi satu jenis masakan, namun kerja keras itu amat berbaloi sebaik melihat juadah berkenaan terhidang dan sedia untuk dijamah.
Abd Hadi Che Awang
Sat May 23 2020
Ayam "pansuh" tidak hanya lazat untuk dimakan, bahkan bau yang sangat wangi sudah cukup untuk membuka selera. Juadah ini menggunakan asas rempah asli yang diwarisi sejak lebih 100 tahun lalu. - Gambar Astro AWANI
UFC 307: Pereira tiada tandingan, pertahan gelaran kali ketiga
Alex Pereira, membuktikan kemampuannya berada dalam kelas tersendiri selepas menewaskan pencabar, Khalil Rountree Jr dalam saingan UFC 307.
Kerajaan setuju latihan Bahasa Cina, Tamil diperbanyakkan di institusi perguruan - PM Anwar
Kerajaan bersetuju supaya ruang tambahan bagi latihan Bahasa Cina dan Tamil diperbanyakkan di institusi perguruan, selain daripada Bahasa Kebangsaan.
Kapal Tentera Laut New Zealand terbakar sebelum tenggelam di Samoa
Sebuah kapal Tentera Laut New Zealand dilaporkan terbakar sebelum tenggelam di luar pantai Samoa pada pagi Ahad.
Kumpulan fokus tumpu enam bidang tambah baik CPI Malaysia - Azam Baki
Kumpulan fokus yang baru ditubuhkan bakal memberikan tumpuan kepada enam bidang bagi menambah baik Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia.
Wanita Palestin mohon maaf cetus kekecohan
Seorang wanita Palestin yang terlibat dalam insiden kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) tampil memohon maaf dan mengakui turut menyesal dengan tindakan dilakukan.
Aminah Muhammad Nafi Jamal Abd Rabah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza memandangkan sudah seminggu tidak dapat berkomunikasi dengan mereka.
Aminah Muhammad Nafi Jamal Abd Rabah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza memandangkan sudah seminggu tidak dapat berkomunikasi dengan mereka.
VEP: Jumlah kenderaan dari Singapura ke Malaysia kembali normal - Loke
Jumlah kenderaan dari Singapura yang memasuki negara ini melalui Tambak Johor dan Linkedua kembali normal susulan penguatkuasaan Permit Masuk Kenderaan (VEP).
Elon Musk sertai kempen Trump di Butler
Calon presiden Parti Republikan Donald Trump pada Sabtu membawa bilionair teknologi Elon Musk ke pentas kempen pilihan raya ketika bekas presiden itu kembali ke Butler.
AWANI Ringkas: Lebih RM260 juta Projek Tebatan Banjir Sibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Harga mikrofon pertama Shila Amzah sama seperti beli kereta Malaysia
Shila memberitahu itu buat pertama kali dia membeli mikrofon pertama selepas berpuluh tahun menapak di dalam industri seni.
Lebih RM260 juta untuk projek tebatan banjir Sibu - TPM Fadillah
Sebanyak RM268 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan Persekutuan di bawah Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sibu.
Juadah ayam pansuh tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas
Orang Asli Kensiu di Baling tidak pernah lupa untuk menyediakan ayam pansuh atau ayam buluh setiap kali menjelang Syawal.