DENGKIL: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mengeluarkan notis kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) bagi urusan pemantauan ladang penternakan babi yang dikatakan menjadi punca pencemaran di Sungai Rambai di Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Menterinya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pihaknya telah meneliti laporan lengkap daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) berhubung pencemaran sungai berkenaan dan mengarahkan JPV melakukan pemantauan selaku pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen penternakan.
Bercakap pada sidang media selepas melancarkan Sambutan Hari Ozon Sedunia 2022 Peringkat Kebangsaan di sini pada Sabtu, beliau berkata pemberi lesen iaitu JPV, bertanggungjawab memantau ladang penternakan secara berterusan selain akur pada undang-undang yang telah ditetapkan dan memastikan pihak penternak mempunyai lesen sah untuk beroperasi.
Berdasarkan Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2020, ia meletakkan Sungai Rambai menjadi satu-satunya sungai di Malaysia menghuni tangga teratas sungai tercemar di Kelas Lima berdasarkan Standard Kualiti Air Kebangsaan bagi tempoh dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2019 dan 2020.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata KASA komited bagi memulihkan sungai itu daripada tahap kritikal ke satu tahap yang lebih baik, sekurang-kurangnya mempunyai hidupan dalam sungai.
"Sungai Rambai ini kosong, oksigen terlarutnya tiada dan tiada sebarang kehidupan. Ia memerlukan tindakan semua agensi berkaitan termasuk kerajaan negeri untuk melestarikan sungai tersebut," katanya.
BACA: Tiada aktiviti ternak babi berhampiran Sungai Rambai
Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Tuan Ibrahim berkata kerajaan melaksanakan pelbagai usaha dalam melindungi lapisan ozon antaranya menerusi Pelan Pengurusan Penghapusan Hidroklorofluorokarbon (HCFC) secara berperingkat bermula 2012.
Katanya Malaysia meratifikasi Pindaan Kigali kepada Protokol Montreal pada 21 Okt 2020, bertujuan mengurangkan penggunaan hidrofluorokarbon (HFC) iaitu alternatif kepada HCFC yang merupakan gas rumah kaca yang mempunyai potensi kepada pemanasan global lebih tinggi.
"Komitmen pelaksanaan Pindaan Kigali dijangka mengurangkan pelepasan sebanyak 105 juta tan karbon dioksida setara, manakala suhu global pula dapat dikurangkan sebanyak 0.5 darjah Celcius pada 2100," katanya.
Hari Ozon Sedunia disambut pada setiap 16 Sept sebagai memperingati tarikh Perjanjian Protokol Montreal Mengenai Kawalan Bahan Pemusnah Ozon yang telah ditandatangani pada 16 Sept 1987.
Tema pada tahun ini adalah Montreal Protocol@35 - Global Cooperation Protecting Life on Earth.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 25 2022

Sungai Rambai menjadi satu-satunya sungai di Malaysia menghuni tangga teratas sungai tercemar di Kelas Lima berdasarkan Standard Kualiti Air Kebangsaan bagi tempoh dua tahun berturut-turut. - Foto Sinar Harian

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.
ASEAN 2025 | 14 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah
Tiga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) badan pengurusan bersama (JMB) sebuah pangsapuri kos rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah.

Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.

24 Mac ditetapkan tarikh mediasi saman Tuan Ibrahim ke atas Rafizi
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 24 Mac bagi menyelesaikan saman fitnah difailkan Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap Rafizi Ramli secara mediasi.

Isu siapa calon PM PN tidak perlu dipolemik - Tuan Ibrahim
Isu siapa bakal mengetuai Perikatan Nasional (PN) dan calon Perdana Menteri tidak perlu dijadikan polemik.

GISB: Tidak boleh semberono ambil tindakan - Zulkifli
Senator Zulkifli Hasan berkata, kes terbabit melibatkan banyak pihak dan perlu mengikut garis panduan ditetapkan setiap pihak berkuasa.

Tunggu PN ambil alih untuk lihat bajet kami - Tuan Ibrahim
Beliau berkata, pihak yang ingin melihat bajet alternatif perlu menunggu sehingga Perikatan Nasional mengambil alih kerajaan.

Pas kesal, dukacita dengan kenyataan Saifuddin Nasution
Tuan Ibrahim berkata, sepanjang Muktamar Pas berlangsung, tiada satu nama disebut dan diserang oleh Presiden Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam ucapan beliau.

PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.

Pas mahu tawan Pahang, beri fokus sokongan bukan Islam
Keputusan pucuk pimpinan memilih Pahang adalah isyarat serius Pas mahu mengiringi pentadbiran Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Isu rakyat Palestin dijangka jadi inti pati utama Muktamar Pas ke-70
Nasib umat Islam di Palestin antara isu utama yang dijangka dibawa dalam Muktamar Pas ke-70 yang akan berlangsung di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, Temerloh pada 11 hingga 15 Sept ini.

Pas gesa pemantau SPR turunkan papan iklan PH di Sungai Bakap - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, papan iklan yang dibentangkan PH didakwa menunjukkan maksud ayat dalam bahasa Cina tidak sama dengan bahasa Melayu.

PRK Sungai Bakap: Calon PN diumum 16 Jun ini - Tuan Ibrahim
Calon mewakili Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap akan diumumkan pada 16 Jun ini.