IPOH: Kerajaan Perak mengambil maklum isu seorang lelaki yang mendakwa sebagai seorang guru telah diasingkan oleh pihak sekolah dekat sini, di sebuah bilik simpanan stor kerana belum menerima vaksin COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, susulan itu, kerajaan negeri Perak melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) telah menjalankan siasatan terperinci berhubung perkara berkenaan.
Menurut beliau, perkara sama juga turut dimaklumkan kepada Kementerian Pendidikan selain laporan penuh akan dibentangkan dalam masa terdekat.
“JPN telah membuat siasatan penuh dan terperinci. Kes terbabit telah dimaklumkan kepada Kementerian Pendidikan. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan negeri mengambil serius perihal ini yang melibatkan pelbagai aspek kesihatan dan kebajikan para guru.
“Ia bagi memastikan semua pihak berada dalam keadaan sihat dan bebas daripada wabak. Kerajaan negeri ingin memastikan kesemua pihak sama ada guru, pelajar, dan ibu bapa berada dalam keadaan sihat.
“Laporan penuh akan dimaklumkan dalam masa terdekat oleh pihak Kementerian Pendidikan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.
Semalam media melaporkan, seorang guru lelaki membuat pendedahan dalam video mendakwa dirinya seorang guru telah diasingkan oleh pihak sekolah di sebuah bilik simpanan stor tukang cuci kerana belum menerima vaksin COVID-19.
Menerusi video berdurasi kira-kira tiga minit yang tular itu, lelaki berkenaan meluahkan rasa kesal atas layanan diberi pihak sekolah terhadapnya.
Dalam masa sama video berkenaan turut menerima pelbagai reaksi warganet antaranya berpandangan bahawa tindakan pihak sekolah itu bagi melindung pelajar dan guru yang sudah divaksin.
Amirrul Rabbani
Wed Nov 24 2021
Kerajaan Perak ambil maklum isu seorang lelaki yang mendakwa sebagai seorang guru telah diasingkan oleh pihak sekolah di sebuah bilik simpanan stor kerana belum menerima vaksin COVID-19.
Tunku Puteri Intan Safinaz kekal Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia
Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah kekal sebagai Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) bagi tempoh tiga tahun akan dat
Pemimpin Israel patut dihukum gantung
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan ICC yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Memasuki tahun kedua, program larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Laporan Khas: Kita perlu selamatkan lebah, bukan bunuh atau hapuskan
Kajian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati, saban tahun jumlah haiwan itu semakin berkurang, menimbulkan satu masalah baharu kepada dunia.
Pemaju diminta tingkat guna tenaga alternatif, utama biodiversiti - TPM Fadillah
Kerajaan meminta pihak berkepentingan, terutama pemaju perumahan untuk beralih kepada tenaga alternatif seperti solar dan mengutamakan kepentingan biodiversiti.
[TERKINI] Polis buru lelaki cabul kanak-kanak usia 12 tahun
Polis memburu seorang lelaki yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan, iaitu anak asuhan kepada isterinya.
Warga emas maut dalam kemalangan libat dua kereta
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta di KM46, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, semalam.
AWANI Ringkas: USS Abraham Lincoln | Operasi pencarian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
9 sekeluarga terperangkap rumah atas air tiba-tiba roboh, tenggelam
Seramai sembilan sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak OKU berdepan detik cemas apabila rumah yang didiami mereka di Kampung Air, di Semporna tiba-tiba roboh dan tenggelam dalam air.
AWANI Borneo [23/11/2024] – Kerajaan MADANI | Air oh air | Regatta Lepa
AWANI Borneo Sabtu, 23 November 2024 bersama Jasmine Abu Bakar.
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
JPN Perak siasat dakwaan guru belum divaksin diasingkan di stor
Kerajaan negeri Perak melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) telah menjalankan siasatan terperinci berhubung perkara berkenaan.