Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang akan memberikan khidmat kaunseling kepada empat beradik bagi memulihkan semangat mereka susulan kematian bapa akibat kemalangan jalan raya di Perai, Ahad lepas.
Pengarahnya, Abdul Rashid Abd Samad, berkata sesi khidmat kaunseling itu akan diberikan selepas mereka kembali semula ke sekolah Isnin depan.
Katanya setakat hari ini, keempat-empat adik beradik itu masih terkesan dengan kejadian yang menimpa ibu bapa mereka dan tidak dapat hadir ke sekolah buat sementara waktu.
Justeru, pihaknya berharap langkah yang diambil JPN itu dapat membantu memulihkan semangat pelajar berkenaan.
"Sekiranya anak-anak ini memerlukan bantuan sokongan moral dan sebagainya, (pihak kami) akan usahakan sebaik mungkin (supaya semangat mereka kembali pulih.
"Dengan bantuan kaunselor di JPN, guru besar juga dimohon agar sentiasa mendekati anak-anak ini dan tanya khabar dan ambil peduli tentang nasib anak-anak ni," ujar Abdul Rashid.
VIDEO: Lima beradik yatim sekelip mata selepas kemalangan di Butterworth
Abdul Rashid berkata, selain sesi kaunseling pihak JPN juga turut membuka tabung kutipan bagi membantu keluarga berkenaan.
Beliau berkata demikian selepas melawat lima beradik berkenaan yang kini tinggal bersama datuk mereka, Hassan Ismail, di Jalan Mohd Saad, Butterworth, buat sementara waktu.
Pada pertemuan itu, pihak JPN turut menyampaikan bantuan kepada keluarga berkenaan bagi meringankan beban.
Nur Afini Nirwana, 16, dan Nur Istina Nadira, 14, bersekolah di Sekolah Menengah Kampung Kastam, sementara dua lagi adiknya Nur Erna Nabila, 12, dan Nur Qurratul Ain, 7 bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal manakala adik bongsu berusia 9 bulan.
Sementara itu, anak sulung pasangan itu, Nur Afni Nirwani Khairizul, 16, berkata ibunya masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di HSJ dan dalam keadaan koma namun mula menunjukkan perkembangan positif iaitu telah dapat menggerakkan jari tangan serta kaki jika disentuh.
Malah ibunya juga mengalirkan air mata apabila beliau dia dan dua adiknya, Nur Istna Nadira, dan Nur Erna Nabila memanggil ibunya ketika melawat di hospital manakala dua lagi adiknya Nur Qurratul Ain, dan Muhammad Khairi Zafran berusia 9 bulan tidak dibenarkan masuk ke dalam wad ICU.
"Mak ada perubahan sikit, air mata dia keluar (mengalir) kemudian menunjukkan pergerakan (dengan lebih) kuat," ujar Nur Afni.
Dalam kejadian jam 5.05 pagi Ahad lalu, Khairizul Mohamad Noor, 39, maut selepas motosikal ditunggang bersama isterinya Zuriana dirempuh kereta dipandu lelaki yang dipercayai mabuk di Kilometer 140.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Prai.
Zuriana cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum dipindahkan ke HPP.
Astro Awani
Thu Feb 13 2020
![JPN P. Pinang beri khidmat kaunseling kepada anak mangsa kemalangan maut JPN P. Pinang beri khidmat kaunseling kepada anak mangsa kemalangan maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/51581590399_kemalangan.jpg)
Selain sesi kaunseling pihak JPN juga turut membuka tabung kutipan bagi membantu keluarga berkenaan. - Astro AWANI
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739722620_AaronAgoDagang.jpg)
Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
![Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739721142_JoaoLourenco.jpg)
Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU
Presiden Angola Joao Lourenco pada Sabtu mengambil alih jawatan pengerusi Kesatuan Afrika (AU).
![Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739711296_TBZAMBRY.jpg)
Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik
Program permukiman KPT selama dua hari mengeratkan hubungan, meningkatkan kerjasama antara universiti awam serta politeknik di negara ini.
![Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739720652_AmarDouglas.jpg)
Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah
Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke-16 yang berakhir hari ini tidak membincangkan sebarang persiapan menghadapi pilihan raya negeri Sarawak akan datang.
![Banjir 2024: Calon SPM dibenar tinggal di asrama - Ruji Banjir 2024: Calon SPM dibenar tinggal di asrama - Ruji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679749190_BPRUJI.jpg)
Banjir 2024: Calon SPM dibenar tinggal di asrama - Ruji
Calon SPM2024 yang terjejas akibat banjir dibenarkan untuk tinggal di asrama sehingga keadaan pulih bagi memudahkan mereka menduduki peperiksaan itu yang bermula hari ini hingga Februari depan.
![JPN P.Pinang pergiat usaha tangani masalah keciciran murid JPN P.Pinang pergiat usaha tangani masalah keciciran murid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710154940_tbAbdulSaidHussain.jpg)
JPN P.Pinang pergiat usaha tangani masalah keciciran murid
Biarpun bilangan murid terlibat hanya sedikit dan tidak membimbangkan namun isu itu tetap perlu diberi perhatian serius.
![Majlis graduasi pelajar: JPN Negeri keluar surat arahan panduan penganjuran Majlis graduasi pelajar: JPN Negeri keluar surat arahan panduan penganjuran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690789637_RahmadMariman.jpg)
Majlis graduasi pelajar: JPN Negeri keluar surat arahan panduan penganjuran
Ia adalah sebagai langkah bagi mengelakkan ibu bapa terbeban dengan penganjuran majlis tersebut.
![49 sekolah terlibat banjir di Sabah 49 sekolah terlibat banjir di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674809501_TBSEKOLAHSABAHBANJIR.jpg)
49 sekolah terlibat banjir di Sabah
Sebanyak 49 sekolah dengan 15,531 pelajar terlibat kejadian banjir di tujuh daerah di Sabah hari ini.
![COVID-19: Lebih 700 guru di Johor enggan terima vaksin COVID-19: Lebih 700 guru di Johor enggan terima vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51629094672_Kinabatangan.jpg)
COVID-19: Lebih 700 guru di Johor enggan terima vaksin
Jabatan Pendidikan Negeri akan memanggil merekan untuk beri penerangan dan kaunseling berhubung kebaikan pengambilan vaksin.
![COVID-19: Tujuh sekolah di Kedah ditutup dua hari COVID-19: Tujuh sekolah di Kedah ditutup dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51619096229_TBSekolahTutup.jpg)
COVID-19: Tujuh sekolah di Kedah ditutup dua hari
Tujuh buah sekolah di negeri Kedah ditutup selama dua hari bermula 2 Mei susulan penularan COVID-19 yang melibatkan warga sekolah berkenaan.
![Penutupan sekolah di Kelantan sehingga Aidilfitri Penutupan sekolah di Kelantan sehingga Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61619426829_TBSekolahTutup.jpg)
Penutupan sekolah di Kelantan sehingga Aidilfitri
Penutupan semua sekolah dan institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di negeri ini yang bermula 3 Mei ini dilanjutkan sehingga cuti Aidilfitri.
![Sesi persekolahan melalui PdPR bermula hari ini Sesi persekolahan melalui PdPR bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71604032142_TBSekolah.jpg)
Sesi persekolahan melalui PdPR bermula hari ini
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited melaksanakan PdPR bagi membolehkan sesi pembelajaran diteruskan meskipun negara masih berdepan penularan COVID-19 yang belum reda.
![COVID-19: Kementerian Pendidikan bincang jika perlu tutup sekolah COVID-19: Kementerian Pendidikan bincang jika perlu tutup sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/41594894245_radzijidin.jpg)
COVID-19: Kementerian Pendidikan bincang jika perlu tutup sekolah
Kementerian Pendidikan akan berbincang bersama pihak berkaitan jika terdapat keperluan menutup sekolah bagi mencegah penularan COVID-19.
![Kes influenza melibatkan pelajar sekolah terus meningkat Kes influenza melibatkan pelajar sekolah terus meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/61579179576_INFLUENZA.jpg)
Kes influenza melibatkan pelajar sekolah terus meningkat
Jumlah kes influenza di beberapa buah negeri mencatatkan peningkatan dengan kebanyakannya melibatkan pelajar sekolah.