KUALA LUMPUR: Mulai hari ini, pengguna yang ingin mendaftar dengan aplikasi MyJPJ perlu memasukkan nombor unique alphanumeric identifier yang tertera pada belakang lesen memandu masing-masing.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata hal ini ekoran keputusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pagi ini untuk menambah satu lagi ciri pada aplikasi itu bagi meningkatkan tahap keselamatannya.
"Mereka yang sudah mendaftar melalui aplikasi MyJPJ tidak perlu memasukkan nombor berkenaan. Langkah keselamatan ini adalah untuk pengguna baharu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Arts of The Move initiated by Think City di MRT Pasar Seni di sini hari ini.
Menurut Loke, JPJ meningkatkan ciri keselamatan itu susulan aduan sebelum ini bahawa pendaftaran aplikasi berkenaan hanya memerlukan nombor kad pengenalan dan ia boleh disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata nombor unique alphanumeric identifier berbeza bagi setiap lesen memandu yang dikeluarkan oleh JPJ.
Loke berkata pengguna yang tidak boleh menggunakan nombor kad pengenalan untuk mendaftar dalam MyJPJ berkemungkinan pernah menggunakan nombor kad pengenalan sama ketika mendaftar menerusi aplikasi MySikap atau JPJe-bid.
"Tidak boleh daftar guna kad pengenalan yang sama untuk kali kedua," katanya.
Sebelum ini, Loke mengumumkan pemilik kenderaan persendirian tidak perlu lagi mempamerkan cukai jalan masing-masing berkuat kuasa serta-merta, sebaliknya hanya perlu menunjukkan dokumen berkenaan melalui aplikasi MyJPJ yang dibangunkan secara dalaman.
Sementara itu, Think City dalam kenyataan memaklumkan Arts On The Move ialah sebuah program yang bertujuan menghubungkan seni dan budaya serta pusat bandar Kuala Lumpur kepada penumpang MRT dan pengunjung.
"Arts On The Move akan berlangsung setiap dua minggu bermula Februari hingga Jun ini antara 5 petang hingga 6 petang.
"Program itu akan menampilkan persembahan berkualiti terpilih, pemasangan seni dan bengkel untuk dinikmati dan disertai penumpang," menurut kenyataan itu.
Arts On The Move disokong oleh MRT Corporation, Yayasan Sime Darby, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 14 2023
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook ditemui pemberita selepas melancarkan Arts of The Move initiated by Think City di MRT Pasar Seni, pada Selasa. - Foto BERNAMA
Tiga maut dalam insiden tembak di pembukaan hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam terbesar di Haiti.
Mogok pekerja: lebih 300 kedai Starbucks di A.S mogok, libat 5,000 pekerja
Mogok pekerja Starbucks di Amerika Syarikat dijangka meluas ke lebih 300 kedai pada Selasa, dengan lebih 5,000 pekerja dijangka mogok lima hari dan berakhir pada malam Krismas.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Anak sulung jalani pembedahan, tujuh masih terima rawatan
Datuk Ngwe Hee Sem berkata, dua daripada mereka masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.
Bayi dihanyut ombak tsunami jadi detik mendebarkan sehingga saat ini
Mengimbau detik itu, ibu Thulaashi, Annalmary berkata dia sedang berpantang ketika kejadian dan ombak tsunami menerjah kafe yang diusahakan bersama suaminya Suppiah.
Gagal yakin penaja punca sukar dapat tajaan - Hannah
Beliau berkata kegagalan itu antaranya berpunca daripada cadangan yang dihantar kepada pihak berkenaan turut memasukkan perkara-perkara tidak perlu.
Kaca mata akan jadi platform perkomputeran utama seterusnya - Mark Zuckerberg
Meta dilihat menerajui arena ini buat masa ini, sementara yang lain masih jauh di belakang.
Tiga maut, lelaki lepaskan tembakan di hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam.
Tular lelaki lari dari polis, rupanya bawa syabu
Suspek turut didapati memiliki 18 rekod jenayah lampau selain pemeriksaan menemui paket plastik dipercayai dadah jenis syabu.
Jual Saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, hari ini menyatakan bantahan tegas terhadap cadangan penjualan saham Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada pihak luar.
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Setiba di lokasi, motosikal ditunggang lelaki warga tempatan itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya.
Pemilik perlu peka pengumuman penggilan semula kenderaan untuk pemeriksaan - Loke
Pemilik kenderaan diminta supaya lebih peka terhadap pengumuman pemanggilan semula kenderaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan keselamatan terjamin ketika di jalan raya.
JPJ buat pembetulan serta-merta terhadap gelinciran aplikasi MyJPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membuat pembetulan dan penambahbaikan serta merta terhadap kegelinciran aplikasi MyJPJ yang sebelum ini mengeluarkan paparan 'bukan warganegara Malaysia adalah t
MyDigital ID diperlukan untuk log masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Okt
MyDigital ID Diperlukan Untuk Log Masuk Kedalam Aplikasi MyJPJ Bermula 10 Oktober Ini
MyJPJ rekod lebih RM28 juta transaksi dalam tempoh sebulan
JPJ merekodkan kutipan lebih RM28 juta menerusi aplikasi MyJPJ bulan lepas iaitu sebulan selepas transaksi dalam talian diperkenalkan pada Jun.
Perkhidmatan BJAK tiada kelulusan JPJ
Tindakan BJAK Sdn Bhd (BJAK) menjalankan perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan kepada orang ramai adalah tidak diluluskan JPJ Malaysia.
JPJ Terengganu terima 145 aduan berkaitan kesalahan jalan raya
JPJ Terengganu menerima 145 aduan berkaitan kesalahan jalan raya dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Orang awam boleh kongsi Lesen Kenderaan Motor Digital bermula hari ini - Loke
Orang awam kini boleh membuat perkongsian Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM) atau digital roadtax menggunakan aplikasi MyJPJ.
Semua urusan perkhidmatan dalam aplikasi MyJPJ boleh digunakan pada 2025
Rospiagos berkata, sasaran itu selaras dengan hasrat JPJ ke arah pendigitalan sepenuhnya menjelang 2025.
Cawangan JPJ diarah turun notis tiada cukai jalan fizikal
Beberapa cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah diarah menurunkan notis yang mengatakan bahawa JPJ tidak mengeluarkan cukai jalan kenderaan persendirian secara fizikal.
JPJ tambah baik ciri keselamatan aplikasi MyJPJ, portal awam JPJ
Antara penambahbaikan itu termasuk memperkenalkan sekuriti peringkat ketiga menggunakan lapan aksara terakhir yang tertera di belakang lesen memandu untuk pendaftaran JPJeID dalam talian.