SHAH ALAM: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menawarkan pengurangan sebanyak 70 peratus dan cenderahati kepada orang ramai yang melangsaikan pembayaran kompaun sempena Hari Kebangsaan yang ke-64.
JPJ Selangor menerusi satu kenyataan berkata, kedua-dua tawaran itu ditawarkan kepada para pelanggan yang menjelaskan bayaran kompaun mereka dari 18 Ogos sehingga 16 September ini.
"Sepanjang tempoh Bulan Kemerdekaan, JPJ menawarkan pengurangan bayaran kompaun sebanyak 70 peratus serta memberi cenderahati kepada para pelanggan yang menjelaskan bayaran kompaun bermula 18 Ogos sehingga 16 September 2021 mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan," kata JPJ Selangor dalam kenyataan itu.
Dalam pada itu, JPJ Selangor turut melancarkan Sambutan Hari Kebangsaan ke-64 anjuran Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat JPJ Negeri Selangor dan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Negeri Selangor pada Khamis depan.
JPJ Selangor memaklumkan, sambutan itu turut melibatkan semua cawangan dan Stesen Penguatkuasa JPJ negeri bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini.
"Sesi perlepasan kenderaan penguatkuasa JPJ Selangor sebagai simbolik pelancaran Hari Kebangsaan Peringkat JPJ Negeri Selangor disempurnakan Pengarah JPJ Selangor, Nazli Md Taib," katanya.
Hadir sama, Pengurus Kanan Tugas-Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang yang juga merupakan Ahli Tetap MKJR Negeri Selangor.
Menurut kenyataan itu lagi, Advokasi Khas Keselamatan Jalan Raya sempena Hari Kebangsaan turut diadakan selepas sesi pelepasan kenderaan awam pelanggan yang hadir berurusan.
Disyorkan artikel ini:
"Advokasi ini bertujuan memberi nasihat dan kesedaran tentang keselamatan jalan raya serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pandemik Covid-19," katanya.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: JPJ tawar diskaun saman 70 peratus, cenderahati sempena merdeka
Sinar Harian
Sun Aug 29 2021
Sesi perlepasan kenderaan penguat kuasa JPJ Selangor disempurnakan oleh Nazli (tiga dari kanan). - Foto Sinar Harian
Bau busuk bongkar skru tertanam dalam hidung
Doktor berjaya menemui objek mencurigakan berwarna hitam dalam rongga hidung kanak-kanak itu dan ia disahkan melalui imbasan CT di kepalanya.
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Peralihan Lesen kelas B: Pemegang LMM yang layak boleh mula daftar di 139 institut memandu
Pemegang LMM kelas B1 dan B2 yang layak menyertai Program Khas Peralihan LMM kepada kelas B (motosikal berkuasa tinggi) boleh mula mendaftar ke program itu di 139 institut memandu.
Selesaikan saman tertunggak untuk mohon Program Khas Peralihan Lesen Memandu
Orang ramai dinasihat menyemak dan menyelesaikan saman tertunggak terlebih dahulu bagi melayakkan menyertai Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia.
Kementerian Pengangkutan perketat operasi bersepadu kenderaan berat
Kementerian Pengangkutan akan terus mengetatkan dan memperluas operasi bersepadu kenderaan berat termasuk lori.
Nombor plat khas untuk kenderaan elektrik ‘EV 8055’ dibida menjangkau RM16,000
Nombor plat EV 8055 telah berjaya dibida pada harga RM15,800 manakala nombor plat EV 805 telah berjaya dibida pada harga RM4,001.
JKT, JPJ bincang mekanisme undang-undang tangani isu lambakan kenderaan tersadai - Nga
Antara perkara perlu dihalusi ialah bidang kuasa PBT untuk menarik kenderaan tersadai serta masalah dihadapi dalam mengenal pasti pemilik kenderaan terbabit.
RXZ Members 6.O: JPJ ingatkan penganjur, peserta patuhi syarat ditetapkan pihak berkuasa
Peserta diingatkan supaya mematuhi peraturan serta syarat ditetapkan oleh pihak berkuasa sebagaimana dipersetujui antara kedua-dua pihak sebelum ini.
JPJ sita 21 MPV mewah, salah guna LKM tawar khidmat kereta sapu
JPJ menyita 21 kenderaan MPV mewah yang digunakan bagi menjalankan khidmat kereta sapu menerusi Operasi Khas Kenderaan Sapu.
JPJ KL kutip RM428,850 menerusi lelongan 253 kenderaan sita tahun ini
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur mengutip RM428,850 menerusi dua siri lelongan melibatkan 253 kenderaan sita pada tahun ini.
JPJ tambah baik kualiti perkhidmatan di kaunter bermula Isnin ini
JPJ akan melaksanakan empat penambahbaikan bermula Isnin ini khususnya melibatkan perkhidmatan di kaunter di seluruh negara.
JPJ perlu tambah baik taraf perkhidmatan pelanggan - KSN
Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar mengadakan lawatan mengejut ke ibu pejabat JPJ di Putrajaya pada Isnin.