MELAKA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka akan giat melaksanakan Op Poket sempena Aidilfitri ini bagi meningkatkan keberadaan penguat kuasa di jalan raya dalam mengesan kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan pemandu kenderaan.
Pengarah JPJ Melaka Muhammad Firdaus Shariff berkata antara kesalahan berkenaan ialah memotong barisan dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu dengan memfokus kepada lokasi yang menjadi tumpuan ramai terutamanya dalam kawasan bandar ketika musim perayaan.
"Kita juga akan melakukan pemantauan menerusi Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) bagi mengesan pemandu yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan dan pelaksanaan Op Poket ini juga mengurangkan kesesakan lalu lintas," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat JPJ Melaka di Bukit Katil di sini hari ini.
Mengulas lanjut beliau berkata ia juga antara strategi penguatkuasaan yang akan dilakukan pada Op Hari Raya Aidilfitri (Op HRA) 2022 yang bermula sepenuhnya dari 29 April hingga 8 Mei ini, memberi fokus kepada sembilan kesalahan utama seperti tidak mematuhi isyarat lalu lintas lampu merah, memandu melebihi had laju dan memandu di lorong kecemasan.
Katanya selain itu kesalahan lain ialah memotong di garisan berkembar, tidak memakai tali pinggang keledar, membawa lebih muatan dan muatan berbahaya.
"Kira-kira 50 penguat kuasa juga digerakkan untuk tindakan penyamaran sebagai penumpang bas yang akan dilakukan ke semua destinasi tanah air bagi memastikan pemandu bas ekspres mematuhi undang-undang dalam memastikan pengguna pengangkutan awam selamat sampai ke destinasi.
"Kira-kira 250 orang kakitangan JPJ akan bertugas pada Aidilfitri nanti termasuk yang berada di lapangan bagi melakukan pemantauan selain yang bertugas di pejabat," katanya.
Beliau berkata JPJ juga mengenal pasti 12 kawasan panas sering berlaku kemalangan iaitu di lima di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah (empat) dan Jasin (tiga) membabitkan antara laluan di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ), Jalan Umbai-Sungai Udang, Jalan Rembia-Kendong, Jalan Sungai Udang-Lubuk China, Jalan Melaka-Muar dan Jalan Tehel-Bemban-Chabau.
Dalam pada itu, katanya JPJ Melaka juga akan melaksanakan lelongan kenderaan secara bersemuka yang akan diadakan pada 18 Mei depan membabitkan 30 kenderaan pelbagai jenis yang dilucut hak iaitu 21 kenderaan boleh dilesenkan semula dengan harga paling tinggi ditawarkan ialah kereta jenis Honda Civic berharga RM11,900 dan harga paling rendah ialah Proton Saga berharga RM337 manakala sembilan lagi ialah kenderan skrap.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 25 2022
Antara kesalahan diberi tumpuan JPJ Melaka ialah memotong barisan dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu. - Gambar hiasan/ Bernama
Mpox kekal sebagai kecemasan kesihatan awam global - WHO
Ketua Pengarah WHO mengumumkan bahawa virus mpox terus menjadi kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan dunia.
Saya individu tepat untuk Man United - Ruben Amorim
Ruben Amorim percaya dia adalah 'individu yang tepat pada masa yang tepat' untuk mengubah nasib Manchester United.
Madani tumpu cari persamaan, selesai pertelingkahan - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata berkata tumpuan Kerajaan Madani untuk mencari persamaan dan menyelesaikan pertelingkahan dengan sentiasa berunding.
#AWANInews
#AWANInews
MTL: Sistem amaran awal kurangkan risiko - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem amaran awal dapat mengurangkan risiko bencana dengan memberitahu kumpulan berpotensi menghadapi banjir untuk berpindah lebih awal.
#AWANInews
#AWANInews
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
JPJ: Op Poket dipergiat sempena Aidilfitri
Antara kesalahan diberi tumpuan ialah memotong barisan dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.