SEREMBAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan merekodkan 2,337 kesalahan membabitkan 1,189 kenderaan sepanjang penguatkuasaan Operasi Tahun Baharu Cina (Ops TBC) 2023 dalam tempoh 10 hari, sejak 18 Jan lepas.
Pengarahnya Hanif Yusabra Yusuf berkata ia hasil pemeriksaan ke atas 13,041 kenderaan dan antara kesalahan terbabit adalah tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, gagal mematuhi lampu isyarat merah dan memotong di garisan berkembar.
"Sepanjang tempoh berkenaan, JPJ negeri turut melaksanakan tujuh strategi penguatkuasaan antaranya pemeriksaan bas di depoh dan terminal, rondaan di lebuh raya dan jalan utama serta penguatkuasaan motosikal," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 5,181 motosikal diperiksa dengan 579 daripadanya diambil tindakan manakala 96 lagi disita mengikut peruntukan Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 bagi mengelak daripada melakukan kesalahan berterusan.
Hanif Yusabra berkata penguatkuasaan khas motosikal itu bertujuan memastikan penunggang dan motosikal yang digunakan di atas jalan raya mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah APJ 1987 dan Kaedah-kaedah di bawahnya.
"Ia juga bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kemalangan maut melibatkan penunggang dan pembonceng dengan tumpuan di laluan utama motosikal di Seremban dan Nilai serta memfokuskan kesalahan lesen memandu, LKM dan teknikal," katanya.
Beliau berkata pihaknya memandang serius kesalahan melibatkan penunggang motosikal dan selain penguatkuasaan, JPJ negeri juga giat melaksanakan advokasi bagi memberi kesedaran berkaitan pematuhan peraturan lalu lintas serta keselamatan di jalan raya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 28 2023
![JPJ N.Sembilan rekod 2,337 kesalahan sepanjang Ops TBC 2023 JPJ N.Sembilan rekod 2,337 kesalahan sepanjang Ops TBC 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674922467_HanifYusabraYusuf.jpg)
Hanif Yusabra berkata penguatkuasaan khas motosikal bertujuan memastikan penunggang dan motosikal yang digunakan di atas jalan raya mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah APJ 1987. - Gambar fail/BERNAMA
![Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736805702_Asean.jpg)
Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
![Aidilfitri: JPJ guna dron pantau pemandu degil, tiada sekatan jalan Aidilfitri: JPJ guna dron pantau pemandu degil, tiada sekatan jalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681537826_JPJgunadron.jpg)
Aidilfitri: JPJ guna dron pantau pemandu degil, tiada sekatan jalan
Masyarakat diminta membuat aduan kesalahan trafik sepanjang musim perayaan ini kepada agensi penguat kuasa itu menerusi aplikasi e-Aduan@JPJ.
![JPJ N.Sembilan rekod 2,337 kesalahan sepanjang Ops TBC 2023 JPJ N.Sembilan rekod 2,337 kesalahan sepanjang Ops TBC 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674922467_HanifYusabraYusuf.jpg)
JPJ N.Sembilan rekod 2,337 kesalahan sepanjang Ops TBC 2023
Antara kesalahan terbabit adalah tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan gagal mematuhi lampu isyarat merah.
![Terus saman, tiada lagi amaran Terus saman, tiada lagi amaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51641940508_TBsamanjerok.jpg)
Terus saman, tiada lagi amaran
Hanif Yusabra berkata, pihaknya tidak akan berkompromi kerana perbuatan itu boleh mengundang risiko kemalangan.
![JPJ N.Sembilan keluar 21,962 saman sejak Januari hingga Ogos JPJ N.Sembilan keluar 21,962 saman sejak Januari hingga Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81633232794_TBKESELAMATAN.jpg)
JPJ N.Sembilan keluar 21,962 saman sejak Januari hingga Ogos
Sepanjang tempoh itu juga, 15,224 daripada keseluruhan 55,083 kenderaan yang diperiksa di Negeri Sembilan telah diambil tindakan.