SEREMBAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan tidak melakukan sekatan jalan raya (SJR) sepanjang musim perayaan Aidilfitri kali ini bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Pengarahnya, Hanif Yusabra Yusof berkata, sebaliknya pihaknya akan menggerakkan anggotanya untuk melakukan rondaan bersasar dan terus mempraktikkan penggunaan dron bagi mengesan kesalahan trafik.
"Jika sebelum ini dua unit dron digunakan dan kali ini kita menerima tambahan satu lagi unit dron.
"Penggunaan alat ini akan digunakan di kawasan lebuh raya serta jalan persekutuan dan ia berkesan untuk mengesan kesalahan menggunakan lorong kecemasan, melanggar lampu isyarat dan memotong barisan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Jelajah Mesra Keselamatan Jalan Raya 2023 di Seremban Gateway di sini pada Jumaat.
Selain itu katanya, masyarakat diminta membuat aduan kesalahan trafik sepanjang musim perayaan ini kepada agensi penguat kuasa itu menerusi aplikasi e-Aduan@JPJ berbanding tularkan di media sosial.
Ujarnya, ia bagi memudahkan JPJ mengambil tindakan selain mengelakkan timbul persepsi yang tidak betul.
"Orang ramai yang membuat aduan di aplikasi itu ada, tapi ia tak begitu memberangsangkan, kemungkinan mereka tidak mahu dedahkan diri sebagai saksi.
"Tapi kita juga tak boleh halang mereka nak gunakan media sosial. Cuma sebaiknya gunakan saluran yang betul lapor kepada pihak berkuasa," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 15 2023

Hanif (kanan) memberi penerangan berkenaan keselamatan jalan raya kepada sekumpulan remaja pada program Jelajah Mesra. -Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Aidilfitri: JPJ guna dron pantau pemandu degil, tiada sekatan jalan
Masyarakat diminta membuat aduan kesalahan trafik sepanjang musim perayaan ini kepada agensi penguat kuasa itu menerusi aplikasi e-Aduan@JPJ.