KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan operasi mengesan syarikat dan pemilik kenderaan yang menyewakan kenderaan mereka kepada warga asing yang tidak mempunyai lesen memandu sah serta insurans kenderaan.
Pengarah Penguat Kuasa JPJ Muhammad Kifli Ma Hasan berkata ini susulan tangkapan warga asing yang memandu sebuah kereta sewa tanpa lesen memandu bersama dua lagi rakannya dalam Operasi Bersepadu JPJ bersama agensi penguatkuasaan lain, malam tadi.
"Kalau kita tengok tadi, ada sebuah kenderaan Honda City yang ditahan, hasil siasatan mendapati dia (suspek) menyewa kenderaan tersebut untuk ke Pulau Pinang.
"Jadi kami (JPJ) akan mengenal pasti pemilik kenderaan tersebut dan temu bual untuk siasatan kerana sekiranya memang betul kenderaan itu untuk disewa, kami akan ambil tindakan dibawah kesalahan lain," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Operasi Bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Plaza Tol Jalan Duta, di sini malam tadi.
Muhammad Kifli berkata ketika ini, jumlah kemalangan jalan raya melibatkan warga asing didapati semakin bertambah sekali gus menimbulkan kegusaran orang ramai kerana ini melibatkan nyawa.
"Sebagai contoh, kita lihat warga asing yang menaiki motosikal roda tiga dengan membawa besi buruk, kebanyakan mereka didapati tidak mematuhi peraturan jalan raya.
"Bagaimanapun, kita (JPJ) akan sentiasa memantau secara berterusan kes-kes seperti ini," katanya.
Terdahulu, Pengarah JPJ WPKL Mohd Zaki Ismail berkata kenderaan dinaiki suspek adalah antara 2,512 kenderaan yang diperiksa dengan 196 daripadanya dikenakan tindakan menerusi Operasi Bersepadu yang dijalankan bermula 8 malam hingga 12 tengah malam tadi.
Beliau berkata turut diperiksa 21 warga asing terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh, Nepal dan India dengan tujuh daripadanya ditahan termasuk seorang wanita Indonesia.
"Sebanyak 416 notis saman dikeluarkan dan 11 kenderaan disita dalam operasi tersebut dan kesalahan tertinggi membabitkan tiada lesen memandu kompeten iaitu sebanyak 144 kes dan 11 kenderaan disita terdiri daripada tiga motosikal dan lapan kereta disita atas pelbagai kesalahan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 18 2024
Muhammad Kifli ketika sidang media selepas Operasi Bersepadu yang dilaksanakan di Plaza Tol Jalan Duta Kuala Lumpur bermula jam 8 malam tadi. --fotoBERNAMA
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS susulan keyakinan pasaran
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini didorong oleh keyakinan pasaran yang meluas.
WUF12: Pembantaian di Gaza, kehilangan tempat perlindungan
Dzulfitri Yusop membawakan perkembangan daripada World Urban Forum ke-12 dari Kaherah yang turut menyentuh mengenai isu genosid di Gaza dan kehilangan tempat perlindungan.
Rangkaian 5G Kedua: MCMC mahu U Mobile bentang perancangan seterusnya - Fahmi
Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mendapatkan pelan perancangan seterusnya daripada U Mobile Sdn Bhd berhubung proses pelaksanaan rangkaian kedua 5G di negara ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit susulan pengambilan untung
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada hari dagangan terakhir minggu ini susulan aktiviti pengambilan untung di tengah-tengah sentimen berhati-hati selepas kemenangan Trump dalam pilihan raya AS.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu di Gaza
Di tengah Gaza, petugas perubatan Palestin mengesahkan berlaku kecederaan ekoran serangan udara di sebuah kediaman di kawasan Abu Maala.
AWANI Borneo [7/11/2024] – Di parkir hotel | Tuntutan Sulu | Kos RM320 juta
Tumpuan AWANI Borneo 8 Nov 2024 bersama Jasmine Abu Bakar
- Lelaki maut maut di hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
- Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
- Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
#AWANInews
- Lelaki maut maut di hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
- Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
- Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
#AWANInews
Polis siasat laporan khianat libat 11 kereta di Lahad Datu
Kejadian itu tular di media sosial dan warganet mendakwa terdapat 20 kereta yang terlibat dalam kejadian berkenaan, namun siasatan polis mendapati hanya melibatkan 11 kenderaan.
Serangan seksual di tahfiz: Hukuman penjara 13 tahun bekas guru agama kekal
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 13 tahun yang dijatuhkan ke atas seorang bekas guru agama kerana melakukan serangan seksual terhadap pelajar.
Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
Jarak perjalanan dari Sarikei dan Tanjong Manis akan menjadi semakin dekat kepada hanya 50 minit apabila Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025.
Laporan pertama akan dibawa ke DUN Sarawak
Laporan Pertama Ombudsman Sarawak dijangka dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun hadapan sejurus urusan penyediaan sistemnya selesai.
Ramai penunggang tiada lesen memandu, tidak perbaharui cukai jalan - JPJ
Sebanyak 28,811 notis dikeluarkan JPJ atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Motosikal sejak dilaksanakan pada 1 November.
Lebih 11,000 saman dikeluarkan dalam Op Khas Motosikal
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 11,435 saman atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Motosikal 2024 sejak ia dilaksanakan pada 1 Nov lepas.
JPJ panggil semula 3,722 kereta Perodua Alza, Aruz, motosikal Honda CB350RS
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanggil semula 3,722 kenderaan melibatkan kereta Perodua Alza dan Aruz serta motosikal Honda CB350R.
JPJ laksana Operasi Khas Motosikal, tumpu lapan kesalahan utama
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Operasi Khas Motosikal 2024 di seluruh negara selama dua bulan bermula hari ini.
Pembidaan NPI Siri MADANI rekod kutipan RM2.62 juta - JPJ
Pembidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri MADANI yang dibuka pada 19 hingga 23 Okt lepas berjaya merekodkan kutipan keseluruhan sebanyak RM2.62 juta, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Ja
JPJ buka bidaan siri nombor plat 'MADANI' hingga Rabu ini
Proses bidaan ini dilakukan melalui Sistem JPJeBid.
MOT terima 243 permohonan program peralihan lesen kelas B
Kementerian Pengangkutan (MOT) telah menerima sebanyak 243 permohonan bagi pendaftaran Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 kepada kelas B (motosikal berkuasa tinggi).
Peralihan Lesen kelas B: Pemegang LMM yang layak boleh mula daftar di 139 institut memandu
Pemegang LMM kelas B1 dan B2 yang layak menyertai Program Khas Peralihan LMM kepada kelas B (motosikal berkuasa tinggi) boleh mula mendaftar ke program itu di 139 institut memandu.
Selesaikan saman tertunggak untuk mohon Program Khas Peralihan Lesen Memandu
Orang ramai dinasihat menyemak dan menyelesaikan saman tertunggak terlebih dahulu bagi melayakkan menyertai Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia.
Kementerian Pengangkutan perketat operasi bersepadu kenderaan berat
Kementerian Pengangkutan akan terus mengetatkan dan memperluas operasi bersepadu kenderaan berat termasuk lori.