Program perubatan di Universiti Assiut, Mesir tidak mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak menyambung pengajian dalam program perubatan di universiti berkenaan.
Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan, pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang tersebut di universiti berkenaan mungkin berdepan masalah selepas tamat pengajian nanti kerana tiada pengiktirafan JPA.
Selain itu, orang ramai juga dinasihati supaya tidak terpengaruh dengan tawaran atau surat tawaran kemasukan ke univesiti yang dikeluarkan oleh ejen penghantaran pelajar ke universiti di Timur Tengah.
"Hanya universiti sahaja yang boleh mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada pelajar," kata kenyataan itu.
Jelas kenyataan itu lagi, mulai tahun ini, semua permohonan untuk melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara Timur Tengah seperti Jordan, Maghribi dan Mesir dibuat secara atas talian dan mesti melalui kementerian.
"Pelajar yang cuba memohon terus ke IPT negara berkenaan tanpa melalui kementerian akan menghadapi beberapa masalah termasuk fail mereka tidak akan diproses oleh Kementerian Pengajian Tinggi negara terbabit.
"Pelajar juga tidak dibenarkan mengambil peperiksaan oleh IPT berkenaan dan keputusan peperiksaan tidak akan dikeluarkan oleh pihak universiti," ," jelas kenyataan itu.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi bilik operasi Bahagian Education Malaysia di talian 03-8870661/6622/6627.
Media Statement
Thu Jul 03 2014
JPA tidak iktiraf program perubatan Universiti Assiut - Gambar fail
Pulangkan semula kekayaan negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar bekas pemimpin yang mengaut kekayaan dari hasil negara, agar mengembalikannya semula kepada rakyat dan negara.
Kerajaan tumpu tatakelola basmi kemiskinan
Kerajaan Madani memberi tumpuan kepada tatakelola bagi memastikan bantuan untuk membantu rakyat miskin sampai kepada golongan sasaran.
GISB sesat atau tidak? Pandangan hukum sudah ada, tunggu perkenan Majlis Raja-Raja - Mohd Naím
Selepas Majlis Raja-Raja beri perkenan kepada pandangan hukum terbabit, maka negeri-negeri akan bawa pandangan hukum itu kepada jawatankuasa fatwa negeri dipengerusikan oleh mufti negeri masing-masing
AWANI Ringkas: Kerajaan perluas rangkaian pusat kanser
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia ulangi komitmen perkukuh hubungan dengan ASEAN
Malaysia komited untuk memperkukuh hubungan erat dengan negara jiran ASEAN, ketika negara ini bersiap sedia untuk mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN pada 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwa
JKKP siasat insiden juruteknik jatuh ketinggian 40 meter di Langkawi
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) telah menjalankan siasatan berhubung insiden juruteknik terjatuh dari besi penahan platform kaca pada ketinggian 40 meter di lereng Gunung Machinchang,
Jangan tolak ansur rasuah, salah guna kuasa - PM Anwar
Beliau berkata kerajaan akan mengambil sikap tegas terhadap individu yang mengaut kekayaan negara tanpa rasa tanggungjawab, sama ada pada masa lalu mahupun kini.
Pesara rugi RM108,000 terjerat pelaburan saham tidak wujud
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi, berkata tertarik dengan tawaran pulangan tinggi dijanjikan dalam tempoh singkat, mangsa menekan pautan di iklan itu untuk berhubung dengan suspek.
Pakar onkologi di Malaysia dijangka meningkat menjelang 2040
Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, sasaran itu mampu dicapai dengan penyertaan Malaysia dalam Fellowship of the Royal College of Radiologists (FRCR) dalam klinikal onkologi.
Basmi kemiskinan: Kerajaan MADANI pastikan bantuan sampai kepada golongan sasar - PM
Anwar berkata kerajaan membelanjakan sebanyak RM22 bilion setahun bagi tujuan membasmi kemiskinan, dan jika jumlah itu berjaya diurus dengan baik, ia mampu menyelesaikan isu kemiskinan di negara ini.
Pegawai awam dilarang buat pernyataan awam termasuk dalam media sosial - JPA
Shamsul Azri mengingatkan perkara berkenaan menerusi Mesyuarat Pengurusan Jabatan Perdana Menteri Tahun 2024.
Ketua Jabatan perlu buat pusingan kerja elak pegawai rasuah, salah guna kuasa - JPA
Semua Ketua Jabatan perlu melaksanakan pusingan kerja di organisasi masing-masing mulai Oktober ini.
Pegawai awam berstatus tetap, berpencen pilih SSPA tidak terjejas malah dapat pelarasan gaji
Pegawai awam berstatus tetap dan berpencen yang memilih Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bukan sahaja tidak terjejas malahan akan menerima pelarasan gaji.
JPA laksana penyeragaman dan penggelaran semula jawatan
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melaksanakan penyeragaman dan penggelaran semula gred jawatan antara skim perkhidmatan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) secara menyeluruh.
JPA diminta keluar pekeliling berkaitan keseronokan bekerja
Baginya, suasana bekerja yang kondusif dan menyeronokkan merupakan antara faktor yang menyumbang kepada keberhasilan kerja yang cemerlang.
Kelayakan masuk perkhidmatan awam minimum SPM atau setara - PM Anwar
Seiring dengan peningkatan syarat masuk minimum ini, beban dan kompleksiti tugas sedia ada akan ditambah dan ditingkatkan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Pengerusi SPA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus.
JPA sedia ruang, peluang graduan TVET berkhidmat dalam sektor awam
Perkara berkenaan selaras keputusan kerajaan meneruskan usaha memperkasakan TVET di bawah Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Pemegang sijil, diploma kemahiran Malaysia layak masuk ke perkhidmatan awam - TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pemegang sijil dan diploma yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) layak memasuki sektor perkhidmatan awam.
Portal baharu JPA dilancar, dibangun tanpa sebarang kos
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini melancarkan portal baharu yang dinaik taraf menerusi versi terkini 4.3.4 dengan mengadaptasi aspirasi MADANI, The G.R.E.A.T Civil Service dan H.E.M.A.T.