PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang meneroka kemungkinan mewujudkan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi perkhidmatan kesihatan tertentu, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.
Beliau berkata kerajaan mengambil maklum sumbangan besar pengamal perubatan swasta dalam negara yang telah banyak membantu memenuhi keperluan terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan terutama ketika pandemik dan hospital swasta turut membantu menguruskan kes COVID-19.
"Kerjasama awam-swasta sedemikian telah menunjukkan peningkatan dan memaksimumkan jangkauan penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada penduduk.
"Sebagai mantan Ketua Setiausaha di Kementerian Kesihatan yang berpengalaman dengan pelbagai isu dan cabaran dalam sistem kesihatan kita, saya percaya bahawa pendekatan awam-swasta perlu diterokai dengan lebih lanjut," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) ke-62 di sini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Datuk Ts. Kamel Mohamad pada majlis yang turut dihadiri Dr R.Muruga Raj iaitu Presiden baharu MMA.
Mohd Shafiq berkata ketika ini terdapat 8,350 klinik pengamal perubatan swasta, lebih 10,000 pegawai perubatan terlatih dan lebih 220 hospital swasta yang berupaya menjadi kekuatan tambahan bagi melengkapkan perkhidmatan penjagaan kesihatan di pusat kesihatan awam.
Beliau berkata kerjasama itu juga diyakini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh sistem penjagaan kesihatan awam selain mengurangkan perbelanjaan kerajaan.
Dr Muruga Raj telah mengambil alih jawatan Presiden MMA bagi tempoh 2022-2023 semasa Mesyuarat Agung Tahunan ke-62 diadakan secara hibrid, menggantikan Dr Koh Kar Chai yang kini berperanan sebagai Presiden Terdahulu Yang Terdekat.
Dalam ucapan sulungnya, Dr Muruga Raj berkata beliau akan memfokus kepada isu buli dalam kalangan petugas sistem penjagaan kesihatan.
"Memang membimbangkan apabila mendengar mengenai perkara ini. Jadi, biarlah saya katakan di sini bahawa perbuatan membuli tidak akan dibiarkan lagi kerana saya akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan rakan sekerja bagi memastikan tingkah laku buruk ini ditangani," katanya.
Beliau memperoleh Ijazah MBBS dari Kolej Perubatan Kasturba, Manipal, India dan turut memiliki Ijazah Undang-Undang dari Universiti London serta Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Asia Metropolitan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 10 2022

Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah berkata kerjasama itu juga diyakini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh sistem penjagaan kesihatan awam. - Foto fail/BERNAMA
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri pada Jumaat
Proses mengambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan disambung pada pagi Jumaat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Penamatan khidmat Mohd Shafiq: PPTD hormati keputusan kerajaan
Menurut PPTD, kredibiliti serta integriti perkhidmatan awam harus terus terpelihara dan diperkukuhkan.

JPA teroka kemungkinan wujudkan kerjasama awam-swasta dalam bidang kesihatan
JPA sedang meneroka kemungkinan mewujudkan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi perkhidmatan kesihatan tertentu.