KUALA LUMPUR : Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Malaysia (PPTD) menyatakan pendiriannya untuk terus komited menyokong Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim, disebalik keputusan penamatan khidmat Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.
Menurut Presidennya, Datuk Isham Ishak, penamatan perkhidmatan Mohd Shafiq sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KKPA) melibatkan proses yang telah melalui saringan dan prosedur yang ditetapkan yang mana keputusan yang diambil telah diteliti dengan teratur oleh Jabatan Peguam Negara.
"Jawatan KPPA adalah merupakan satu jawatan yang sangat penting dan kritikal kepada sistem pentadbiran kerajaan.
"Keputusan yang dibuat ini walaupun telah memberikan impak kepada PPTD, ianya telah dilaksanakan dengan penuh tertib dan berlandaskan peraturan-peraturan yang ditetapkan bagi menjamin kebajikan seorang penjawat awam, proses dan peraturan ini harus dihormati," jelas PPTD.
Ujar kenyataan itu lagi, selepas ini sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan adalah melalui saluran rasmi PPTD.
Selain siaran media yang dikeluarkan,komen yang dibuat adalah komen persendirian.
"PPTD serta ahli-ahlinya akan terus komited untuk menyokong Kerajaan Perpaduan yang telah dilantik bagi memastikan agenda pembangunan semula ekonomi negara dan kesinambungan sistem pentadbiran negara terus diperkukuhkan dan dimantapkan.
"Semua ahli PPTD diminta untuk terus kekal professional dan menyokong penuh keputusan-keputusan yang telah diambil kerana ketetapan dan peraturan yang diambil adalah bagi menjaga kredibiliti serta integriti perkhidmatan awam," kata kenyataan itu lagi.
Terdahulu, kerajaan telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Mohd Shafiq sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkuat kuasa 12 Dis 2022.
Penamatan ini adalah selaras dengan peraturan 49(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993].
Nickyson Nyambar
Tue Dec 13 2022
![Penamatan khidmat Mohd Shafiq: PPTD hormati keputusan kerajaan Penamatan khidmat Mohd Shafiq: PPTD hormati keputusan kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670925918_DatukIshamIshak.jpg)
Menurut Isham, penamatan perkhidmatan Mohd Shafiq sebagai KP Perkhidmatan Awam melibatkan proses yang telah melalui saringan dan prosedur-prosedur yang ditetapkan yang mana keputusan yang diambil telah diteliti dengan teratur oleh AGC. - Gambar fail
Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar
Dulunya Rafah sibuk dengan urusan seharian penduduk namun kini ia umpama bandar hantu yang diliputi debu, sunyi hampir sepanjang masa.
Kiswah Kaabah ditukar, petanda permulaan Tahun Baharu Hijri
Meneruskan tradisi turun-temurun, penutup baharu untuk Kaabah, dikenali sebagai Kiswah dipasang pada Ahad, menandakan Tahun Baru Hijrah di Mekah, Arab Saudi.
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027.
Sentimen Islam, perkauman punca kekalahan di Sg Bakap
Isu sentimen agama Islam terancam dan perkauman yang dimanipulasi parti pembangkang dilihat sebagai antara punca utama kekalahan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Bakap pada Sabtu.
KPM pastikan tiada pelajar cemerlang tercicir - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan isu pelajar cemerlang 10A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian akan diselesaikan.
Heret pelaku ke muka pengadilan
Membahaskan LKAN di Parlimen tanpa mengambil sebarang timdakan susulan daripada hasil penemuan itu tidak akan memperbaiki tatakelola agensi kerajaan.
Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia
Mengesahkan perkara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata nota diplomatik itu juga turut menjelaskan kedaulatan negara yang merangkumi Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan.
AWANI Ringkas: Nota diplomatik diserah kepada PBB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol 6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720276393_TBpamplona.jpg)
6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol
Seramai enam orang cedera pada hari pertama acara larian lembu tahun ini di Pamplona, Sepanyol, menurut pegawai perubatan pada Ahad.
![Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 Rejimen Semboyan DiRaja Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 Rejimen Semboyan DiRaja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720357336_TuankuMuhrizATM.jpg)
Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 Rejimen Semboyan DiRaja
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 RSDPMB.
![Henti buat tuduhan, kenyataan fitnah dakwaan siasatan terhadap KSN - PPTD Henti buat tuduhan, kenyataan fitnah dakwaan siasatan terhadap KSN - PPTD](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668950736_TBMohdZukiAli.jpg)
Henti buat tuduhan, kenyataan fitnah dakwaan siasatan terhadap KSN - PPTD
Semua pihak diminta supaya tidak membuat sebarang tuduhan dan mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas berhubung dakwaan fitnah terhadap Ketua Setiausaha Negara.
![Penamatan khidmat Mohd Shafiq: PPTD hormati keputusan kerajaan Penamatan khidmat Mohd Shafiq: PPTD hormati keputusan kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670925918_DatukIshamIshak.jpg)
Penamatan khidmat Mohd Shafiq: PPTD hormati keputusan kerajaan
Menurut PPTD, kredibiliti serta integriti perkhidmatan awam harus terus terpelihara dan diperkukuhkan.