Program biasiswa Yang di-Pertuan Agong bagi sesi 2014/2015 menawarkan 12 calon mengikuti pengajian bidang sains dan teknologi, ekonomi, undang-undang dan kewangan Islam pada peringkat sarjana dan kedoktoran (Ph.D).
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan hari ini berkata tawaran biasiswa itu masing-masing membabitkan enam pada peringkat sarjana dan Ph.D.
Permohonan boleh dilakukan atas talian dengan melayari www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my mulai 5 petang Khamis.
Tarikh tutup permohonan dan penyertaan borang permohonan adalah pada 18 Julai ini.
Maklumat lanjut tawaran biasiswa itu boleh diperoleh dengan menghubungi talian 03-88853546/3569/3571 atau mengunjungi kaunter Bahagian Pembangunan Modal Insan di Aras 3, Block C1, Kompleks C, JPA, Putrajaya, mulai 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
Biasiswa yang diperkenalkan pada 2006 khusus kepada calon yang memiliki prestasi akademik dan bukan akademik (kokurikulum) cemerlang untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dan PhD di dalam atau luar negara.
Calon yang layak dan disenarai pendek akan melalui proses pemilihan termasuk temu duga.
JPA turut menyatakan penerima biasiswa berkenaan terikat untuk berkhidmat di Malaysia untuk tempoh tidak kurang dari lima tahun.
Pakej biasiswa itu menawarkan kadar pembiayaan yang lebih tinggi berbanding biasiswa Persekutuan.
Misalnya, kadar bulanan Elaun Sara Hidup (ESH) bagi biasiswa berkenaan di New Zealand bernilai NZ$2,174 (RM5,420) berbanding biasiswa Persekutuan NZ$1,449 (RM3,612) manakala di Australia bernilai AUD$2,070 (RM6,662) berbanding biasiswa Persekutuan bernilai AUD$1,380 (RM4,430).
Astro Awani
Thu Jul 03 2014
JPA tawar 12 biasiswa Yang di-Pertuan Agong - Gambar fail
Palsu dokumen UMS: Rayuan akhir Peter Anthony ditangguh ke 9 Jan
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony yang didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja di UMS ditangguhkan ke 9 Jan tahun depan.
Semak semula penambahan tiga jam waktu bekerja bagi jururawat
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa agar KKM dan JPA menyemak semula keputusan yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat wad mulai 1 Disember ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Paras air Sungai Golok di Tanah Merah melepasi paras bahaya
Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang ini.
Penamatan SSA DNB-TM: Akses 5G pengguna tidak terjejas - Gobind
Beliau berkata perjanjian akses 5G antara DNB dan TM yang dimeterai pada 30 Okt 2022 adalah masih terpakai.
Hamas nyatakan sokongan kepada usaha tamatkan konflik
Hamas menyatakan bahawa pihaknya menyokong usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata di antara Israel dan Hezbollah bagi menamatkan konflik yang berlarutan di Lubnan ketika ini.
Pihak berkuasa Indonesia perhebat operasi SAR di Sumatera Utara
Pihak berkuasa Indonesia terus memperhebat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam usaha mencari 15 mangsa yang dilaporkan maut dalam tragedi tanah runtuh dan banjir kilat yang melanda Sumatera Utara pada Sabtu.
AWANI Ringkas: MetMalaysia keluar amaran hujan sangat lebat berterusan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Enam lelaki bertopeng samun tiga kilogram emas
Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Ipoh.
Malaysia kutuk ujian peluru berpandu Korea Utara – PM Anwar
Malaysia mengutuk ujian peluru berpandu balistik yang dijalankan oleh Korea Utara pada 31 Oktober lalu.
85 peratus penjawat awam telah tandatangan opsyen SSPA - KSN
Sebanyak 85 peratus daripada 1.4 juta penjawat awam telah menandatangani opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) setakat ini.
PPS SSPA ditubuh beri penjelasan tepat, elak kekeliruan penjawat awam - KPPA
Pusat Panggilan Setempat SSPA yang ditubuh JPA bertujuan memberi penjelasan tepat bagi mengelak kekeliruan berlegar dalam kalangan penjawat awam.
Penjawat awam beragama Hindu boleh guna CTR sehari sebelum atau selepas Deepavali - JPA
Mereka boleh memilih untuk menggunakan Cuti Tanpa Rekod (CTR) sempena perayaan Deepavali selama satu hari, sama ada sehari sebelum atau pada hari kedua perayaan itu, bermula tahun ini.
Pencen dan pelarasan gaji dijamin, perkembangan karier lebih baik dengan SSPA
Seiring penambahbaikan sistem saraan itu, pegawai awam diharap dapat mempertingkat mutu kerja dan kecekapan perkhidmatan.
Pegawai awam dilarang buat pernyataan awam termasuk dalam media sosial - JPA
Shamsul Azri mengingatkan perkara berkenaan menerusi Mesyuarat Pengurusan Jabatan Perdana Menteri Tahun 2024.
Ketua Jabatan perlu buat pusingan kerja elak pegawai rasuah, salah guna kuasa - JPA
Semua Ketua Jabatan perlu melaksanakan pusingan kerja di organisasi masing-masing mulai Oktober ini.
Pegawai awam berstatus tetap, berpencen pilih SSPA tidak terjejas malah dapat pelarasan gaji
Pegawai awam berstatus tetap dan berpencen yang memilih Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bukan sahaja tidak terjejas malahan akan menerima pelarasan gaji.
JPA laksana penyeragaman dan penggelaran semula jawatan
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melaksanakan penyeragaman dan penggelaran semula gred jawatan antara skim perkhidmatan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) secara menyeluruh.
JPA diminta keluar pekeliling berkaitan keseronokan bekerja
Baginya, suasana bekerja yang kondusif dan menyeronokkan merupakan antara faktor yang menyumbang kepada keberhasilan kerja yang cemerlang.
Kelayakan masuk perkhidmatan awam minimum SPM atau setara - PM Anwar
Seiring dengan peningkatan syarat masuk minimum ini, beban dan kompleksiti tugas sedia ada akan ditambah dan ditingkatkan.