JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri hari ini menzahirkan ucapan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan atas keprihatinan dengan meluluskan peruntukan segera untuk menambah kelengkapan di pusat pemindahan sementara (PPS) bagi mangsa banjir di negeri itu.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan segera sebanyak RM10 juta bagi memastikan semua kelengkapan terutama di PPS mencukupi berikutan angka penduduk terjejas semakin meningkat.
"Terima kasih juga kerana mempertimbangkan peruntukan segera RM7.6 juta bagi kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan di Taman Kota Emas dan bandar Kota Tinggi sebagai langkah jangka masa pendek untuk mengatasi masalah banjir di kawasan itu.
"Timbalan Perdana Menteri juga bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan kerajaan negeri untuk langkah jangka masa panjang seperti mendalam dan melebarkan Sungai Lalang serta cadangan menaik taraf jalan Kota Tinggi-Mersing," kata beliau dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Semalam, Onn Hafiz mengiringi Ahmad Zahid Hamidi mendengar taklimat yang disampaikan Pegawai Daerah Kota Tinggi Datin Paduka Hajah Hazlina Jalil tentang situasi semasa banjir di daerah tersebut.
"Kami turut berkesempatan meninjau keadaan mangsa-mangsa banjir yang sedang berlindung di PPS Sekolah Rendah Kebangsaan Datuk Usman Awang dan PPS SJK (C) New Kota selain menyampaikan bantuan bagi meringankan sedikit beban mereka.
Sementara itu, dalam hantaran yang lain, Onn Hafiz berharap rakyat negeri Johor yang terjejas banjir dipermudahkan urusan mereka.
"Ya Allah Ya Tuhanku. Di hening pagi ini aku berdoa kepadamu. Kau bantulah rakyat Johor yang sedang diuji dengan bencana banjir," kata beliau.
Masuk hari kelima, banjir di Johor semakin kritikal dengan jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 33,149 orang yang dipindahkan ke 217 PPS setakat 8 pagi tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 03 2023

Masuk hari kelima, banjir di Johor semakin kritikal dengan jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 33,149 orang yang dipindahkan ke 217 PPS setakat 8 pagi tadi. - Foto BERNAMA
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Johor penyumbang terbesar KDNK sektor pertanian negara - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan terus komited memperkasakan Johor sebagai 'bakul makanan' negara dan juga di peringkat antarabangsa.

Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.

Johor raih potensi pelaburan bernilai AS$190 juta dari Korea Selatan - Menteri Besar
Kerajaan negeri Johor telah mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat terkemuka Korea Selatan yang berpotensi membawa pelaburan strategik.

GISB: Johor tubuh jawatankuasa khas pulih akidah, selaras bantu anak pengikut
Jawatankuasa itu turut menyelaras pendidikan persekolahan, penempatan dan bantuan yang boleh disalurkan kepada anak-anak pengikut GISB.

MB Johor, TPM Fadillah bincang isu sumber bekalan air negeri
Turut dibincangkan ialah projek sumber dan bekalan air negeri, cadangan baharu projek sumber air, dan model pembekalan air ke pusat data.

BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.

Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu tersebut masih lagi kerap berlaku di beberapa kawasan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.

Johor kutuk insiden serangan terhadap 3 pemain bola sepak - Onn Hafiz
Onn Hafiz tidak akan berkompromi, terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu yang boleh menggugat keharmonian dan keselamatan di Johor.

Serang Safiq Rahim: Kerajaan Johor yakin kewibawaan PDRM siasat, kesan pelaku
Datuk Onn Hafiz Ghazi sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku, namun yakin dengan keupayaan PDRM yang akan menyiasat perkara tersebut.

Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.