JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri Johor mengumumkan penggantian hari kelepasan am bersempena Awal Ramadan, pada 26 Mac ini.
Cuti ganti itu diisytiharkan sekiranya hari pertama bagi bulan Ramadan jatuh pada 23 Mac, yang juga merupakan Hari Kelepasan Am bagi negeri itu bersempena Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Datuk Azmi Rohani, dalam satu kenyataan berkata, pengisytiharan cuti ganti itu selaras dengan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).
"Adalah dimaklumkan bahawa pada 23 Mac 2023 (Khamis) adalah merupakan Hari Kelepasan Am bagi negeri Johor sempena Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor.
"Sekiranya Awal Ramadan yang juga merupakan Hari Kelepasan Am bagi Negeri Johor, jatuh pada tarikh yang sama, Kerajaan Negeri Johor telah bersetuju mengisytiharkan tarikh 26 Mac 2023 (Ahad) sebagai Hari Kelepasan Am," katanya.
Aiman Hakeem Awazmin
Thu Mar 09 2023
Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Datuk Azmi Rohani, dalam satu kenyataan berkata, pengisytiharan cuti ganti itu selaras dengan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369). - Fail
Bau busuk bongkar skru tertanam dalam hidung
Doktor berjaya menemui objek mencurigakan berwarna hitam dalam rongga hidung kanak-kanak itu dan ia disahkan melalui imbasan CT di kepalanya.
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Gangguan bekalan air: 85 sekolah di Manjung mohon cuti ganti
34 sekolah terjejas di Ayer Tawar, Sitiawan (19), seluruh Seri Manjung (18), seluruh Lekir ke Kayan dan Pangkor masing-masing lima serta Lumut empat sekolah.
Johor umum 26 Mac cuti ganti jika Awal Ramadan sama dengan hari keputeraan Sultan
Kerajaan negeri Johor mengumumkan penggantian hari kelepasan am bersempena Awal Ramadan, pada 26 Mac ini.