Johor menawarkan kepakaran industri halal kepada syarikat Jepun yang berminat untuk meneroka peluang dalam pasaran bernilai tinggi itu.
Bersandarkan satu pencapaian baharu dalam hubungan dengan Jepun, kerajaan negeri Johor akan menyediakan kepakaran dalam pensijilan halal, dan pada masa yang sama, menjejaki peluang bagi manfaat industri pasaran halal yang lebih luas di negara matahari terbit itu.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata populasi penduduk Islam yang berjumlah 1.6 bilion menyumbang 25 peratus daripada populasi dunia, oleh itu, keperluan membangunkan hab halal di negara tertentu, termasuk Jepun adalah penting.
"Industri makanan halal global dijangka bernilai AS$1.6 trilion dalam tempoh lima tahun akan datang berbanding AS$1.1 trilion pada 2013.
"Berdasarkan potensi yang sangat besar, industri ini tidak boleh diketepikan," katanya kepada Bernama semasa penutup misi pelaburan dan perdagangan Johor selama empat hari di Jepun yang berlangsung di Pusat ASEAN-Jepun di sini pada Sabtu.
Sepanjang misi itu, Mohamed Khaled bertemu para pelabur berpotensi dan mencari peluang untuk kerjasama antara Johor dan Jepun pada masa depan.
Menteri Besar berkata Malaysia berusaha untuk menjadi hab global pengeluaran dan perdagangan barangan serta perkhidmatan halal untuk sekian lama.
"Kini, Jepun telah hampir untuk mula menembusi pasaran halal global. Ia adalah masa yang tepat dan sesuai," katanya.
Terdahulu, Mohamed Khaled menyaksikan majlis menandatangani beberapa memorandum persefahaman (MoU) berkenaan usaha memajukan industri halal di Jepun.
Mengikut MoU ini, JT Laboratories Sdn Bhd yang berpangkalan di Johor akan membantu syarikat Jepun memperoleh akreditasi halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Syarikat berkenaan adalah AT Toyyibah Japan Co Ltd dan Brahim's Food Japan Co Ltd.
"Selain berkongsi kepakaran, kita juga menyediakan perkhidmatan seperti penyelidikan dan pembangunan serta audit pensijilan halal," kata Mohamed Khaled.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif AT Toyyibah, Susumu Hosokawa; Ketua Pegawai Eksekutif Brahim's Food Japan Co, Masaaki Shimizu; Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Negeri Johor, Abd Mutalip Abd Rahim serta Pengarah Jabatan Agama Islam Johor, Muji Salimon.
Bernama
Sat Jan 23 2016

Keperluan membangunkan hab halal di negara tertentu termasuk Jepun adalah penting demi keperluan populasi Muslim. - Gambar hiasan

Mercedes AMG mampu rapatkan jurang guna jentera baharu W16 - Russell
Pemandu Britain itu berkata pasukan berkenaan menyasarkan kembali menjadi pasukan kedua terpantas, selepas menduduki tempat keempat pada 2024.

Imbau tragedi ngeri, berdoa kejadian tidak berulang setiap kali terlihat Highland Towers
Peristiwa itu menjadi titik mula kepada penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) JBPM.

Ragbi Malaysia intai khidmat tiga pemain naturalisasi
Ragbi Malaysia kini dalam proses mendapatkan tiga pemain naturalisasi bagi memperkuatkan skuad 15 sebelah kebangsaan.

JKR pantau 29 projek sakit, tiga faktor dikenal pasti
Sebanyak 29 daripada 801 projek fizikal yang sedang dalam pembinaan dan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) dikategorikan sebagai projek sakit, setakat bulan lepas.

Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu, Singapura, Thailand, Kemboja mulai Ahad
Umat Islam di Indonesia akan mula berpuasa pada 1 Mac manakala Singapura, Thailand dan Kemboja akan mula berpuasa pada 2 Mac.

Dataran Merdeka hingga Carcosa Seri Negara jadi Tapak Warisan Kuala Lumpur - Anwar
Anwar menyembah maklum kepada Sultan Selangor bahawa Bangunan Sultan Abdul Samad perlu dikekalkan sebagai tanda Warisan Kesultanan Melayu yang agung.

Umat Islam perlu utamakan perpaduan ummah - Raja Muda Perlis
Baginda bertitah umat Islam tidak boleh membiarkan sebarang perbezaan kecil menjadi punca persengketaan sebaliknya perlu mengutamakan nilai persaudaraan dan kasih sayang.

KPN cadang Modul Pendidikan Rukun Negara diperluas ke semua tadika
Modul itu antara tiga modul khusus yang dibangunkan dan diajar di Tabika Perpaduan ketika ini.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

Aaron-Wooi Yik perkemas corak permainan agresif
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu kembali memperkemas corak permainan agresif yang pernah menjadi 'senjata' kemenangan mereka dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Pengiktirafan halal, luaskan pasaran produk Baba’s
Pengiktirafan sijil halal ke atas produk Baba's bukan sahaja meningkatkan kepercayaan pengguna tetapi turut membuka peluang lebih luas bagi syarikat itu meneroka pasaran baharu.

Tiada DNA babi dalam sampel 'sandwich ham & cheese' - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata, perkara itu disahkan oleh Jabatan Kimia sebagai pihak yang berautoriti berkaitan isu berkenaan.

Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.

56 kes penipuan logo, sijil halal libatkan lebih RM1.8 juta nilai rampasan tahun ini
Fuziah berkata kesalahan itu dilakukan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Kerjasama pembangunan di sempadan Kelantan akan diteruskan – PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan, hubungan kerjasama baik Malaysia-Thailand akan diteruskan bersama pentadbiran baharu Negara Gajah Putih itu.

TPM Zahid sasar tingkatkan hubungan Malaysia-Filipina melalui industri TVET dan Halal
Eksport halal Malaysia ke Filipina meningkat 7.4 peratus pada 2023, menjadikan negara itu destinasi eksport halal Malaysia ke-8 terbesar dunia.

Perak teroka pasaran halal global - Menteri Besar
Perjanjian dimeterai antara Leiner Gelatine dan Ladang Lekir dalam usaha menjadikan Perak pemain utama pengeluaran produk halal.

Malaysia terus terima permohonan kerjasama sektor halal - PM Anwar
Bukan sahaja permintaan keperluan malah Malaysia terus menerima permohonan kerjasama dalam hal pensijilan perdagangan sektor halal.

Status halal tidak lagi sekadar merujuk tiada babi, alkohol - PM Anwar
Status halal kini tidak lagi sekadar merujuk kepada makanan atau minuman yang tidak mengandungi babi atau alkohol.

Sijil halal: Keputusan kajian tertakluk pada Majlis Raja-Raja - Ahmad Zahid
Tegasnya, isu berkenaan tidak wajar dijadikan polemik kerana ia masih di peringkat kajian dan belum menjadi dasar yang tetap.