MUAR: Kerajaan Negeri Johor bersedia untuk membayar sewa rumah sementara sebuah keluarga yang kehilangan kediaman mereka akibat kebakaran di Kampung Parit Mislam di sini, April lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata bayaran sewaan itu akan ditanggung Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) sehingga rumah baharu keluarga itu siap dibina dalam masa terdekat di tapak asal kediaman mereka yang terbakar.
Beliau berkata buat masa ini mangsa, Mohd Kamal Rosdi, 47, bersama keluarganya tinggal di rumah saudara yang jaraknya lebih kurang 300 meter dari kediaman asal sementara rumah baharu bernilai kira-kira RM65,000 yang dilaksanakan oleh Baitulmal MAINJ dan Pejabat Daerah Muar itu siap dibina.
"Sekiranya keluarga ini kurang selesa dengan kediaman sementara yang mereka diami kini, pihak Baitulmal MAINJ bersedia membantu membayar sewa bulanan jika Mohd Kamal mahu menyewa di rumah yang lain.
"Sebelum ini, akibat salah faham dan kehendak keluarga itu sendiri, mereka tinggal sementara di dalam sebuah khemah dan ia tular setelah mendapat liputan daripada sebuah akhbar semalam," katanya ketika ditemui Bernama di kediaman sementara mangsa berkenaan di sini malam ini.
Mohd Fared berkata bantuan lain yang disalurkan kepada mangsa sebelum ini ialah bantuan awal dan bantuan Hari Raya Aidilfitri daripada Baitulmal MAINJ serta bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Daerah Muar, Majlis Perbandaran Muar (MPM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Saya difahamkan juga beberapa bantuan lain turut akan disalurkan kepada keluarga mangsa dalam tempoh terdekat. Saya berharap agar keluarga ini akan dapat berhubung dengan agensi kebajikan sekiranya mereka menghadapi masalah selepas ini," katanya.
Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Balang Selamat Takim dilapor berkata kerajaan negeri telah maklum akan kesusahan keluarga itu dan sudah menyalurkan bantuan, bagaimanapun mereka memilih untuk tinggal di khemah, daripada menerima tawaran penyewaan sebuah rumah yang ditanggung sepenuhnya oleh pihak Baitulmal.
Selamat dilapor berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar mengenai keluarga Mohd Kamal yang dikatakan terpaksa tinggal di khemah setelah rumah mereka terbakar pada 15 April lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 29 2023
Mohd Fared Mohd Khalid berkata, bayaran sewaan itu akan ditanggung MAINJ sehingga rumah baharu keluarga itu siap dibina dalam masa terdekat di tapak asal kediaman mereka yang terbakar. - FB Mohd Fared
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
JDT ikat bekas bintang Real Madrid
Bekas bintang Real Madrid, Jese Rodriguez telah menandatangani kontrak bersama Johor Darul Ta'zim (JDT), menurut rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini.
Peruntukan hampir RM1 juta tahun ini untuk atasi banjir di Kluang
Peruntukan itu antara lain untuk kerja naik taraf benteng sungai, memulihkan saliran dan pemuliharaan tebing.
Pendaftaran RFID VEP: Dua lokasi tambahan di Johor beroperasi mulai Ahad
Dua lokasi tambahan untuk memudahkan proses pendaftaran tag RFID VEP di Johor bagi pemilik kenderaan Singapura akan mula beroperasi mulai Ahad ini (22 Sept).
Pencemaran bau di Johor: 'Saya belum terima laporan terkini' - Nik Nazmi
Kerajaan tidak berkompromi untuk mengambil tindakan tegas terhadap pelaku yang menyebabkan pencemaran bau di Johor jika benar wujud penjenayah alam sekitar dalam kes itu.
#BerbudiBersama di Johor beri manfaat kepada komuniti
Program #BerbudiBersama anjuran Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dalam jelajahnya di lokasi ketiga di Johor menampilkan kelainan tersendiri.
Johor umum 25 Ogos cuti peristiwa, hargai peminat JDT sempena final Piala FA
Kerajaan Johor mengumumkan Hari Cuti Peristiwa pada 25 Ogos, sebagai tanda penghargaan kepada peminat kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) sempena final Piala FA 2024.
YSF 2024: Pemerkasaan generasi muda terhadap isu perubahan iklim, inisiatif mampan
Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri perlu mempunyai hala tuju yang jelas dari segi usaha untuk dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang.
Johor cadang SFZ Forest City dilaksana bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura
Kerajaan Johor bercadang untuk meletakkan inisiatif Zon Kewangan Khas (SFZ) Forest City di bawah inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
JDT berpesta gol, benam Kedah 6-0
Juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) berpesta gol dengan membelasah Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 6-0 pada saingan Liga Super 2024-2025 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, malam ini.
Negeri Sembilan akan adakan pertemuan bincang Koridor Ekonomi Anjung Selatan
Negeri Sembilan akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Melaka dan Johor dalam masa terdekat bagi membincangkan secara terperinci cadangan mewujudkan Koridor Ekonomi Anjung Selatan.