JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor memperuntukkan sebanyak RM5.2 juta untuk kerja-kerja membaik pulih Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, di sini, bagi tahun ini.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata peruntukan menerusi Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ) itu merangkumi RM2 juta untuk menaik taraf dan pembaikan penyelenggaraan loji rawatan kumbahan, yang akan mengambil masa 16 minggu, bermula Mac ini.
Beliau berkata sebanyak RM3.2 juta lagi diperuntukkan untuk proses mengecat blok D, E, F dan G yang akan mengambil masa 20 minggu, bermula April.
"Namun, semua ini tidak mungkin berjaya tanpa komitmen daripada penduduk dan komuniti di PPR ini. Saya memohon agar kita sama-sama bermuafakat dan sepakat menjaga kebersihan serta keceriaan PPR ini," katanya menerusi satu hantaran di Facebook miliknya, hari ini.
Terdahulu, Onn Hafiz meluangkan masa melawat PPR baru dan sedang dinaik taraf di kawasan itu.
Beliau berkata sebanyak RM14.089 juta diperuntukkan kerajaan negeri pada tahun lepas bagi kerja menaik taraf PPR sama, sekali gus memberi keselesaan kepada 10,967 penduduk.
Antara penambahbaikan yang dilaksanakan adalah menggantikan 21 unit lif; kerja-kerja mengecat blok A, B dan C; dan penggantian semula paip, katanya.
Semasa lawatan hari ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Machap itu diberikan taklimat berkenaan projek Pusat Belia Etiqa Cares, inisiatif sebuah syarikat insurans bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Adab Youth Garage yang membantu murid di PPR berkenaan mengikuti pelajaran di luar waktu persekolahan.
Sempena lawatan itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada asnaf yang berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Johor.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 03 2023

Onn Hafiz berkata sebanyak RM3.2 juta lagi diperuntukkan untuk proses mengecat blok D, E, F dan G yang akan mengambil masa 20 minggu, bermula April. - Gambar fail/BERNAMA

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Bekalan kelapa, santan di Johor kembali stabil - Exco
Bekalan kelapa dan santan di Johor kembali stabil selepas mengalami kekurangan pada awal tahun ini, kata Lee Ting Han.

13,095 pendatang tanpa izin ditahan di Johor tahun lepas - Imigresen
Sebanyak 13,095 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di seluruh negeri ini bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Dis tahun lepas.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.

Polis Marin rampas barangan e-waste tidak sah bernilai lebih RM71 juta
Polis Marin Wilayah Dua berjaya merampas barang-barang berjadual e-waste yang dibawa dari luar negara secara tidak sah bernilai lebih RM71 juta.

JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.

Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.

Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.

Banjir: Mangsa di Pahang meningkat, Johor berkurang
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang mencatatkan sedikit peningkatan manakala di Johor, Sarawak dan Perak tidak jauh berubah.

Hujan berterusan dijangka landa Johor sepanjang hari ini
Kawasan terlibat ialah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.