JOHOR BAHRU: Johor merupakan perintis kepada perjanjian konsesi jalan raya yang menggunakan model kontrak berasaskan prestasi dengan anggaran kos RM601 juta.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata tempoh perjanjian kontrak di antara Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Selia Selenggara Selatan Sdn Bhd itu telahpun bermula Jun lepas sehingga Februari 2026.
"Pendekatan holistik ini akan mengukur dengan lebih tepat indeks prestasi utama (KPI) perkhidmatan oleh syarikat yang dilantik sekali gus dapat memastikan jalan raya lebih berkualiti pada masa akan datang demi keselesaan pengguna Bangsa Johor.
"Selain itu, kerajaan Persekutuan juga telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM126.23 juta tahun ini bagi menyelenggara jalan persekutuan di negeri ini," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini.
Mengulas lanjut, Onn Hafiz berkata KKR turut meluluskan beberapa projek jalan raya di Johor termasuk Lebuhraya Pasir Gudang yang sedang dinaik taraf daripada empat lorong kepada enam lorong dari persimpangan Bandar Seri Alam Taman Rinting-Pasir Gudang dengan kos RM155 juta.
Beliau berkata tanjakan berarah (directional ramp) di persimpangan Senai Desaru Expressway (SDE)-Bandar Penawar juga sedang dalam pembinaan dengan kos RM129.2 juta.
"Selain itu, jalan pintas dari Kolej Matrikulasi ke Kawasan Perindustrian Tangkak di Jalan Muar-Tangkak-Segamat sedang dinaik taraf dengan kos RM269 juta.
"Sementara itu, pembinaan median, pusingan U dan kerja berkaitan sedang dibuat dari Parit Sempadan, Batu Pahat (Seksyen 21) - jambatan merentasi lebuh raya utara selatan (PLUS) (seksyen 34.5) melibatkan kos RM250 juta," katanya.
Beliau berkata jambatan Kota Tinggi bypass juga sedang dinaik taraf dengan kos RM126.4 juta selain kerja pembaikan dan naik taraf jalan raya di hadapan Hospital Sultanah Aminah membabitkan kos RM800,000.
"Semalam saya berpeluang beramah mesra dengan warga Jabatan Kerja Raya di majlis makan malam Karnival Sukan JKR (SURYA) Se-Malaysia 2022 dan ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof kerana sudi menjemput saya dan meluluskan projek-projek jalan raya di Johor," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 24 2022
![Johor perintis kontrak berasaskan prestasi babitkan kos bina jalan RM601 juta Johor perintis kontrak berasaskan prestasi babitkan kos bina jalan RM601 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81658634373_MeteriBesarJohorD.jpg)
Onn Hafiz melepaskan peserta Ironman 70.3 Desaru Coast yang akan mengharungi tiga disiplin perlumbaan iaitu berenang sejauh 1.9km, berbasikal 90km dan berlari 21.1km di Desaru Coast hari ini. --fotoBERNAMA
![Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721210176_TBFARAHMAYAT.jpg)
Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis
Polis percaya kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di sini adalah lokasi Nur Farah Kartini Abdullah, dipercayai dibunuh.
Pantau Agenda Reformasi: Bola sepak Malaysia selepas Kim Pan Gon
Niaga AWANI: BSKL dijangka melepasi 1,700 mata pada akhir 2024
Bursa Malaysia dijangka mencatatkan aliran meningkat dengan indeks utama FBM KLCI dijangka melepasi paras 1,700 mata menjelang akhir tahun ini.
Niaga AWANI: Harga emas rekod paras tertinggi dalam sejarah
Harga emas dilaporkan naik ke paras tertinggi dalam sejarah hari ini. Ia berikutan kenyataan terbaharu daripada pegawai Rizab Persekutuan (FED) Amerika Syarikat yang meningkatkan jangkaan bahawa akan berlaku penurunan kadar faedah pada September.
Suspek masih belum digantung tugas
Polis Perak sedang menunggu hasil siasatan terhadap suspek sebelum tindakan menggantung tugas sebagai anggota polis.
Dasar digital perlu pastikan jurang antara miskin dan kaya tidak terus melebar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bukan mahu bersikap negatif terhadap golongan elit, namun menegaskan bahwa sekiranya tidak dikawal, kesenjangan di antara kaya dan miskin akan terus melebar.
Ahli Dewan Rakyat wajib jalani pemeriksaan kesihatan
Semua Ahli Dewan Rakyat diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya pada 11 November depan.
![Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721206884_NurFarahKartini.jpg)
Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang
Urusan tuntutan jenazah mangsa bunuh Nur Farah Kartini Abdullah dijangka hanya dapat dilakukan selepas pengambilan sampel DNA ibunya di Hospital Kuala Kubu Bharu hari ini.
![[KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu [KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721207677_belanda.jpg)
[KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu
Pantun merupakan akal budi orang Melayu, iaitu penciptaan bait-bait diksi yang indah yang mempunyai unsur alam dan persekitaran masyarakat.
![Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini belum ditahan tugas - Polis Perak Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini belum ditahan tugas - Polis Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini belum ditahan tugas - Polis Perak
Polis Perak sedang menunggu hasil siasatan terhadap suspek yang juga anggota di kontinjen negeri itu sebelum tindakan jabatan diambil berhubung kes bunuh Nur Farah Kartini Abdullah.
![BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717854892_DatukOnnHafiz.jpg)
BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.
![Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715183074_TBOnnHafizGhazi.jpg)
Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu tersebut masih lagi kerap berlaku di beberapa kawasan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.
![Johor kutuk insiden serangan terhadap 3 pemain bola sepak - Onn Hafiz Johor kutuk insiden serangan terhadap 3 pemain bola sepak - Onn Hafiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715259392_OnnHafiz.jpg)
Johor kutuk insiden serangan terhadap 3 pemain bola sepak - Onn Hafiz
Onn Hafiz tidak akan berkompromi, terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu yang boleh menggugat keharmonian dan keselamatan di Johor.
![Serang Safiq Rahim: Kerajaan Johor yakin kewibawaan PDRM siasat, kesan pelaku Serang Safiq Rahim: Kerajaan Johor yakin kewibawaan PDRM siasat, kesan pelaku](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715183074_TBOnnHafizGhazi.jpg)
Serang Safiq Rahim: Kerajaan Johor yakin kewibawaan PDRM siasat, kesan pelaku
Datuk Onn Hafiz Ghazi sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku, namun yakin dengan keupayaan PDRM yang akan menyiasat perkara tersebut.
![Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714212749_TBMASALAHAIRGEN.jpg)
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.
![Persekutuan lulus 510 projek di Johor dengan kos RM4.7 bilion - Onn Hafiz Persekutuan lulus 510 projek di Johor dengan kos RM4.7 bilion - Onn Hafiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700719651_OnnHafizGhazi.jpg)
Persekutuan lulus 510 projek di Johor dengan kos RM4.7 bilion - Onn Hafiz
Kelulusan projek itu hasil kerjasama erat Kerajaan Negeri Johor dan Persekutuan yang mahukan peningkatan ekonomi negara.
![Johor sasar 60 hingga 70 pingat emas Sukma Sarawak Johor sasar 60 hingga 70 pingat emas Sukma Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696495292_OnnHafizGhazi.jpg)
Johor sasar 60 hingga 70 pingat emas Sukma Sarawak
Sasaran itu perlu dicapai bagi memastikan Johor mempertahankan dan mengulangi kejuaraan yang dilakar ketika Sukma 2022 di Kuala Lumpur.
![Johor pastikan kualiti hidup rakyat Johor jadi keutamaan Johor pastikan kualiti hidup rakyat Johor jadi keutamaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689497929_TBOnnHafizGhazi.jpg)
Johor pastikan kualiti hidup rakyat Johor jadi keutamaan
Johor negeri pertama yang melaksanakan penyelarasan dengan agensi daripada Kerajaan Pusat dalam melaksanakan projek berimpak tinggi negeri Johor.
![Sultan Ibrahim kurnia darjah SMIJ kepada Menteri Besar Johor Sultan Ibrahim kurnia darjah SMIJ kepada Menteri Besar Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700645860_SultanIbrahimMBJ.jpg)
Sultan Ibrahim kurnia darjah SMIJ kepada Menteri Besar Johor
Majlis pengurniaan darjah berlangsung di Istana Besar, sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Tuanku Sultan yang ke-65.
![Johor cari kaedah tangani isu kekurangan bekalan BPT - MB Johor cari kaedah tangani isu kekurangan bekalan BPT - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689497929_TBOnnHafizGhazi.jpg)
Johor cari kaedah tangani isu kekurangan bekalan BPT - MB
Walaupun bekalan beras dan barang keperluan asas bukan di bawah kawalan kerajaan negeri, namun ia menjejaskan kesejahteraan penduduk Johor.