KOTA TINGGI: Kerajaan Johor akan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi mengenal pasti kira-kira 10 flat awam uzur yang berusia lebih 40 tahun untuk diselenggara dan dibaik pulih.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata flat awam tersebut merupakan projek swasta untuk golongan berpendapatan rendah (B40) yang dikendalikan sama ada oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC).
Bagaimanapun, beliau menjelaskan kerajaan negeri atau pusat tiada bidang kuasa untuk membantu dan memberikan peruntukan khas bagi membaik pulih serta menyelenggara flat awam berkenaan.
"Kalau di kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru, Iskandar Puteri, Pasir Gudang dan Kulai terdapat kira-kira 100 flat awam, tetapi yang dalam keadaan uzur dengan usia lebih 40 tahun jumlahnya sedikit.
"Jadi, kerajaan negeri akan berkolaborasi dengan KPKT untuk melihat flat awam ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kunci dan Jamuan Makan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 Residensi Kota Tinggi di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang menzahirkan kekecewaan terhadap keadaan bangunan, penyelenggaraan serta tahap kebersihan flat kos rendah di negeri itu.
Mohd Jafni menjelaskan langkah mengenal pasti itu seiring dengan titah baginda yang mahu flat awam di di negeri ini dibantu dari segi peruntukan ketika menerima mengadap Menteri KPKT Nga Kor Ming, yang turut disertai beliau di Istana Bukit Serene, hari ini.
"Baginda bertitah untuk pembelaan kepada rumah flat awam di Johor. Bagi rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Sewa Kerajaan (RSK), ia adalah di bawah kerajaan negeri dan Persekutuan yang kebiasaannya ada peruntukan yang disediakan.
"Bagi flat awam di bawah JMB atau MC pula tiada peruntukan, sebab itu baginda memohon Menteri Nga Kor Ming untuk sedia peruntukan bagi flat awam yang berusia 40 tahun," katanya.
Menurut Mohd Jafni antara isu yang berlaku sehingga menyebabkan flat tersebut uzur kerana pemilik tidak membayar caj penyelenggaraan.
"Kebanyakan flat awam milik swasta ini diuruskan oleh MC dan JMB sendiri, malah ada flat awam yang tiada MC atau JMB. Jadi, antara isu (yang berlaku) adalah pemilik tidak bayar fi penyelenggaran bulanan, menyebabkan kontraktor tiada duit yang cukup untuk menyelenggara," katanya.
Menerusi hantaran di Facebook baginda, Sultan Ibrahim turut bertitah kebanyakan flat kos rendah di Johor berada dalam keadaan daif dan dipenuhi sampah sarap sehingga menjadi tempat pembiakan serangga berbisa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 15 2023

Mohd Jafni (kiri) ketika mengiringi Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi pada majlis penyerahan kunci rumah Residensi Kota Tinggi di Residensi Kota Tinggi, 15 Mei 2023. --fotoBERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Johor kerjasama dengan KPKT kenal pasti flat awam uzur
Katanya, kerajaan negeri atau pusat tiada bidang kuasa untuk membantu membaik pulih serta menyelenggara flat awam berkenaan.