Johor mencatat peningkatan kes demam denggi yang ketara dengan 513 kes dilaporkan bagi minggu pertama tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Datuk Ayub Rahmat.
Beliau berkata peningkatan sebanyak 301 peratus dicatatkan pada minggu pertama yang berakhir pada 9 Januari itu berbanding 128 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
"Johor Bahru melaporkan kes tertinggi dengan menyumbang 80 peratus diikuti Kota Tinggi sebanyak lima peratus dan Kulai empat peratus," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Terdapat lapan lokaliti wabak baharu dilaporkan dengan enam di daerah Johor Baharu manakala masing-masing satu daerah di Kulai dan Batu Pahat.
Setakat ini, katanya, jumlah terkumpul lokaliti wabak ialah 52 berbanding 11 lokaliti wabak bagi tempoh sama tahun lepas.
"Terdapat 131 lokaliti wabak yang masih aktif sehingga minggu pertama termasuk 37 wabak tidak terkawal serta 22 lokaliti 'hot spot' di daerah Johor Baharu," katanya sambil menolak kemungkinan fenomena El-Nino menyumbang kepada peningkatan kes denggi itu.
Ayub berkata Operasi Mega Cegah Denggi melibatkan semua pasukan kawalan adalah tindakan kawalan berkesan bagi menangani denggi dengan melakukan 'fogging' atau semburan kabut di kawasan wabak dan kawasan berpotensi membiak nyamuk Aedes.
"Nyamuk Aedes mungkin ke tempat lembab, walaupun telurnya telah kering tetapi jika terkena air apabila hujan atau ada air, ia boleh membiak semula," katanya sambil menasihati orang ramai supaya kerap membersihkan kawasan lembab seperti bilik mandi, tandas, sinki dan longkang.
Mengenai fenomena El Nino, Ayub menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan aktiviti luar kerana penghidratan air dalam badan boleh menyebabkan strok haba terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan orang tua.
Orang ramai juga perlu menjimatkan penggunaan air dan mengelak melakukan pembakaran terbuka yang boleh menyebabkan jerebu, katanya.
Bernama
Wed Jan 13 2016

Johor Bahru melaporkan kes tertinggi dengan menyumbang 80 peratus diikuti Kota Tinggi sebanyak lima peratus dan Kulai empat peratus.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

PABM tekad pastikan sukan angkat berat kekal bebas isu doping
Pemeriksaan mengejut oleh ADAMAS adalah antara inisiatif berterusan persekutuan itu bagi memastikan insiden doping tidak berulang.

PABM mahu kerajaan beri keutamaan sewajarnya kepada atlet angkat berat
Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia Datuk Ayub Rahmat, mahu atlet angkat berat negara diberikan keutamaan sewajarnya oleh kerajaan.

PABM teliti penggunaan suplemen buat Aniq Kasdan
Dalam aspek ini, Institut Sukan Negara perlu meneliti penggunaan suplemen yang mungkin boleh memberi tenaga dan kekuatan kepada atlet ini.

Sukan Olimpik Paris: Cadang atlet angkat berat sertai Program RTG
Menurut Ayub, PABM akan menghantar surat rasmi kepada Kementerian Belia dan Sukan dan Jawatankuasa RTG untuk menilai permohonan berkenaan.

Enam atlet diserap dalam skuad baharu angkat berat kebangsaan
Pembentukan pasukan baharu tersebut akan menyaksikan pelantikan seorang jurulatih antarabangsa dan tempatan.

Doping: PABM rancang bubar skuad kebangsaan
PABM kecewa kerana kes itu berlaku sewaktu kem latihan berpusat sehingga merancang untuk mengambil tindakan drastik.

Mohamad Aziz selamat dikebumi
Allahyarham disifatkan sebagai seorang yang amat menjaga silaturahim sesama sahabat tanpa mengira pangkat dan usia.

Badang Malaysia dilarang sertai Sukan Olimpik Tokyo
Selain Malaysia, atlet angkat berat Thailand turut menerima nasib sama ekoran kedua-dua negara mencatat jumlah kes doping yang banyak, tanpa mengira sebarang perubahan tarikh temasya sukan itu.

Banjir Johor semakin pulih, 7 PPS ditutup
Lebih 1,000 mangsa banjir yang ditempatkan di tujuh PPS dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, kira-kira jam 1 petang tadi.

Tiada laporan kesihatan bayi terjejas akibat susu tiruan - Exco
Datuk Ayub Rahmat berkata ini berdasarkan pemantauan Jabatan Kesihatan negeri ke atas semua pusat kesihatan di negeri itu.