Johor mencatatkan 28 kematian akibat demam denggi bagi tempoh Januari sehingga 15 Ogos lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R.Vidyananthan berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 18 kematian dalam tempoh sama tahun lepas.
"Sehingga 15 Ogos juga, Johor melaporkan sebanyak 7,409 kes demam denggi, ia sekali gus menjadikan kita negeri ketiga tertinggi kes demam denggi di Malaysia, selepas Selangor dan Wilayah Persekutuan," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran kempen Johor Perangi Denggi 2020 oleh Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad, di sini hari ini.
Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri Johor Dr Aman Rabu.
Vidyananthan berkata daripada 7,409 kes yang dilaporkan, sebanyak 5,963 kes berlaku di daerah Johor Bahru.
Beliau berkata kerajaan negeri komited untuk memastikan masalah kesihatan awam membabitkan denggi dapat dikekang menerusi Kempen Johor Perangi Denggi 2020 ini.
"Kempen Johor Perangi Denggi ini merupakan inisiatif dan komitmen Kerajaan Negeri untuk memerangi denggi di negeri ini.
"Demam denggi merupakan masalah kesihatan awam yang berkembang dan merupakan ancaman kepada penduduk negeri ini. Ini merupakan satu cabaran yang dihadapi dalam pencegahan dan kawalan demam denggi di Johor," katanya.
Kempen berkenaan, kata beliau, berbentuk aktiviti penglibatan komuniti yang berupaya untuk memutuskan jangkitan denggi di dalam komuniti.
Beliau berkata, kempen berkenaan digerakkan secara bersepadu bersama antaranya melibatkan agensi-agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, ketua-ketua masyarakat serta sukarelawanProgram Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 23 2020
![Johor catat 28 kematian akibat denggi sejak Januari hingga pertengahan bulan ini Johor catat 28 kematian akibat denggi sejak Januari hingga pertengahan bulan ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/61594553029_denggi.jpg)
Daripada 7,409 kes yang dilaporkan, sebanyak 5,963 kes berlaku di daerah Johor Bahru. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Indonesia hadapi trend peningkatan bencana - BNPB Indonesia hadapi trend peningkatan bencana - BNPB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719568128_GunungMerapiPulau.jpg)
Indonesia hadapi trend peningkatan bencana - BNPB
Bencana itu terutamanya letusan gunung berapi dipengaruhi faktor seperti pertumbuhan penduduk, pengurusan alam sekitar dan perubahan iklim.
![Serba hijau di RWMF 2024, buat kaki mesra alam di kaki Gunung Santubong Serba hijau di RWMF 2024, buat kaki mesra alam di kaki Gunung Santubong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719471668_GunungSantubong.jpg)
Serba hijau di RWMF 2024, buat kaki mesra alam di kaki Gunung Santubong
Penganjuran RWMF 2024 oleh Sarawak Tourism Board (STB) pada hujung minggu ini membawa gabungan dua elemen dalam penganjurannya iaitu kelestarian dalam seni persembahan.
![Semua pihak berkepentingan digesa pacu perubahan bermakna menerusi ESG - PM Semua pihak berkepentingan digesa pacu perubahan bermakna menerusi ESG - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718962279_AnwarIbrahim.jpg)
Semua pihak berkepentingan digesa pacu perubahan bermakna menerusi ESG - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak berkepentingan agar terbabit aktif dalam mencapai masa depan mampan.
![Malaysia pertimbang undang-undang khas tangani pembuangan dan pencemaran plastik Malaysia pertimbang undang-undang khas tangani pembuangan dan pencemaran plastik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717663033_parkirStadiumTuank.jpg)
Malaysia pertimbang undang-undang khas tangani pembuangan dan pencemaran plastik
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam sedang menilai keperluan untuk perundangan khusus berikutan jurang dalam rangka kerja semasa.
![Universiti perlu jadi wadah pupuk kesedaran berkaitan alam sekitar Universiti perlu jadi wadah pupuk kesedaran berkaitan alam sekitar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717567538_ProfDrAhmadIsma.jpg)
Universiti perlu jadi wadah pupuk kesedaran berkaitan alam sekitar
Kesedaran awal mampu membantu melahirkan masyarakat yang lebih cakna berkenaan alam sekitar sebaik sahaja mereka memasuki alam pekerjaan.
![Tanah kita, masa depan kita Tanah kita, masa depan kita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717550736_HariAlamSekitar.jpg)
Tanah kita, masa depan kita
Kita tidak mampu mengubah masa lalu, tetapi kita boleh menanam semula hutan, memulihkan sumber air dan menyuburkan semula tanah - untuk masa depan.
![Menerapkan prinsip ketahanan ESG dalam industri kejuruteraan - TPM Fadillah Menerapkan prinsip ketahanan ESG dalam industri kejuruteraan - TPM Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717286955_FadillahYusof.jpg)
Menerapkan prinsip ketahanan ESG dalam industri kejuruteraan - TPM Fadillah
Fadillah berkata penerapan ESG semakin mendapat perhatian daripada kedua-dua perniagaan dan pelabur.
![Anwar-Wong boleh jadi pelopor bangun standard ESG serantau di Asia Tenggara - Penganalisis Anwar-Wong boleh jadi pelopor bangun standard ESG serantau di Asia Tenggara - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715763295_TBAnwarIbrahim.jpg)
Anwar-Wong boleh jadi pelopor bangun standard ESG serantau di Asia Tenggara - Penganalisis
Singapura dan Malaysia berkedudukan baik untuk menggerakkkan agenda kemampanan mereka dan menetapkan duluan bagi kerjasama inisiatif hijau.
![Dasar di peringkat PBT paling berkesan tangani isu pencemaran - Pakar Hospital Pantai Dasar di peringkat PBT paling berkesan tangani isu pencemaran - Pakar Hospital Pantai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713794355_helmyhajamydin.jpg)
Dasar di peringkat PBT paling berkesan tangani isu pencemaran - Pakar Hospital Pantai
Dasar yang diperkenalkan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah paling berkesan untuk menangani isu pencemaran.
![Misi global kembara solo Katiravan liputi 40 negara Misi global kembara solo Katiravan liputi 40 negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712823709_tbKatiravanSubaraya.jpg)
Misi global kembara solo Katiravan liputi 40 negara
Katiravan Subarayan, 63, warga Malaysia yang dalam misi kembara global bermotosikal untuk mempromosikan kesedaran alam sekitar, terus mencapai kemajuan yang memberangsangkan.