Johor akan memberi insentif khas bernilai RM300 sebulan kepada petugas baris hadapan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ayub Jamil berkata perbelanjaan insentif khas itu yang berjumlah RM1,512,900 akan diberikan bermula Mac hingga Mei.
Katanya insentif khas ini akan memberi manfaat kepada seramai 1,681 petugas dari 16 PBT merangkumi dua Majlis Bandaraya, tujuh Majlis Perbandaran dan tujuh Majlis Daerah di negeri ini.
"Dalam konteks ini, kerajaan negeri merasakan petugas barisan hadapan PBT juga memainkan peranan penting sepanjang pelaksanaan PKP yang mana turut merisikokan keselamatan diri hanya untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat di Johor.
"Insentif khas ini akan diberikan kepada anggota barisan hadapan PBT yang perlu bertugas dengan bayaran sebanyak RM300 setiap bulan sepanjang tempoh PKP berkuatkuasa.
"Pembayaran kesemua insentif ini memperuntukkan perbelanjaan berjumlah RM1,512,900 iaitu bagi tempoh jangkaan pelaksanaan PKP selama tiga bulan bermula dari Mac hingga Mei. Bagaimanapun insentif ini akan diteruskan sekiranya PKP dilanjutkan," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Ayub, kriteria penerima insentif ini ialah anggota barisan hadapan PBT Johor.
Katanya insentif khas ini akan diberikan kepada semua gred jawatan di bawah Skim Inspektor Kesihatan/Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Penguatkuasa (Pegawai Penguatkuasa dan Pembantu Penguatkuasa).
"Insentif khas ini juga boleh diberikan kepada mana-mana pegawai atau kakitangan Majlis yang diberi kuasa atau diperakukan oleh Datuk Bandar Yang Dipertua secara bertulis untuk melakukan
tugas sepanjang sebagai tempoh PKP," katanya.
Astro Awani
Fri Apr 24 2020
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ayub Jamil. - Gambar https://dewannegeri.johor.gov.my/
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
COVID-19: Hanya yang lengkap vaksinasi dibenar bekerja di sektor pembuatan Johor
Syarikat dalam sektor pembuatan diingat supaya melaksanakan kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) terhadap pekerja setiap dua minggu dengan kos ditanggung oleh syarikat.
Johor benarkan operasi bazar Ramadan, Aidilfitri di tiga daerah PKP
Kerajaan Johor membenarkan operasi bazar Ramadan dan Aidilfitri di tiga daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok.
Empat bazar Ramadan di Johor diarah tutup serta-merta
Empat bazar Ramadan di negeri ini diarah tutup serta-merta sebagai langkah berjaga-jaga selepas tapak perniagaan itu dikunjungi individu disyaki positif COVID-19.
Johor tidak lanjutkan waktu operasi Bazar Aidilfitri
Kerajaan negeri akan terus mengekalkan tempoh operasi Bazar Aidilfitri yang dilaksanakan ketika ini sehingga ke malam yang terakhir bagi mengekang penularan COVID-19.
Johor beri insentif khas kepada barisan hadapan PBT
Johor akan memberi insentif khas bernilai RM300 sebulan kepada petugas baris hadapan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
COVID-19: Johor beri insentif khas kepada anggota barisan hadapan PBT
Pembayaran insentif dengan peruntukan perbelanjaan RM1.512 juta bagi tempoh pelaksanaan PKP selama tiga bulan bermula Mac hingga Mei itu akan memberi manfaat kepada 1,681 petugas daripada 16 PBT.