Kerajaan negeri Johor akan memberikan insentif khas RM300 sebulan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan kepada anggota barisan hadapan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terlibat secara langsung dengan usaha pemutusan rantaian penularan COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Ayub Jamil berkata pembayaran insentif dengan peruntukan perbelanjaan berjumlah RM1.512 juta bagi tempoh pelaksanaan PKP selama tiga bulan bermula Mac hingga Mei itu akan memberi manfaat kepada 1,681 petugas daripada 16 PBT merangkumi dua Majlis Bandaraya, tujuh Majlis Perbandaran serta tujuh Majlis Daerah di negeri ini.
"Pembayaran insentif ini akan diteruskan sekiranya PKP dilanjutkan. Untuk kriteria penerimanya, insentif ini akan diberi kepada semua gred jawatan di bawah Skim Inspektor Kesihatan/Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Penguatkuasa (Pegawai Penguatkuasa dan Pembantu Penguatkuasa).
"Insentif khas ini juga boleh diberikan kepada mana-mana pegawai atau kakitangan Majlis yang diberi kuasa atau diperakukan oleh Datuk Bandar/Yang Dipertua secara bertulis untuk melakukan tugas sepanjang tempoh PKP," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Ayub berkata kerajaan negeri Johor mengambil berat kebajikan dan jasa petugas barisan hadapan PBT yang telah bertungkus lumus memantau serta menguatkuasakan ketetapan badan kerajaan berkenaan sepanjang PKP berkuat kuasa sejak 18 Mac lepas.
Menurutnya, pendekatan pemberian insentif khas itu juga seiring dengan inspirasi kerajaan Persekutuan yang memberikan insentif tambahan kepada petugas kerajaan lain sebanyak RM600 bagi petugas kesihatan dan RM200 bagi anggota keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kastam Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).
Dalam konteks ini, kerajaan negeri Johor merasakan petugas barisan hadapan PBT juga memainkan peranan penting sepanjang pelaksanaan PKP yang turut merisikokan keselamatan diri hanya untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat di Johor, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 24 2020

Kerajaan negeri Johor mengambil berat kebajikan dan jasa petugas barisan hadapan PBT yang telah bertungkus lumus memantau serta menguatkuasakan ketetapan badan kerajaan berkenaan sepanjang PKP.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

COVID-19: Hanya yang lengkap vaksinasi dibenar bekerja di sektor pembuatan Johor
Syarikat dalam sektor pembuatan diingat supaya melaksanakan kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) terhadap pekerja setiap dua minggu dengan kos ditanggung oleh syarikat.

Johor benarkan operasi bazar Ramadan, Aidilfitri di tiga daerah PKP
Kerajaan Johor membenarkan operasi bazar Ramadan dan Aidilfitri di tiga daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok.

Empat bazar Ramadan di Johor diarah tutup serta-merta
Empat bazar Ramadan di negeri ini diarah tutup serta-merta sebagai langkah berjaga-jaga selepas tapak perniagaan itu dikunjungi individu disyaki positif COVID-19.

Johor tidak lanjutkan waktu operasi Bazar Aidilfitri
Kerajaan negeri akan terus mengekalkan tempoh operasi Bazar Aidilfitri yang dilaksanakan ketika ini sehingga ke malam yang terakhir bagi mengekang penularan COVID-19.

Johor beri insentif khas kepada barisan hadapan PBT
Johor akan memberi insentif khas bernilai RM300 sebulan kepada petugas baris hadapan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

COVID-19: Johor beri insentif khas kepada anggota barisan hadapan PBT
Pembayaran insentif dengan peruntukan perbelanjaan RM1.512 juta bagi tempoh pelaksanaan PKP selama tiga bulan bermula Mac hingga Mei itu akan memberi manfaat kepada 1,681 petugas daripada 16 PBT.