JOHOR BAHRU: Johor membenarkan pelaksanaan solat sunat tarawih dan solat sunat Aidilfitri di tiga daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dengan kehadiran jemaah tidak melebihi kapasiti satu pertiga ruang masjid atau surau serta pematuhan kepada penjarakan fizikal.
Arahan itu turut terpakai bagi pelaksanaan solat berjemaah fardhu lima waktu dan solat Jumaat di tiga daerah berkenaan iaitu Johor Bahru, Kota Tinggi dan Kulai.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi, Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Datuk Md Rofiki Samsudin di sini, hari ini.
"Pelaksanaan solat berjemaah lima waktu, solat Jumaat, solat sunat tarawih dan solat sunat Aidilfitri di daerah di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), masih kekal seperti sebelum ini iaitu dengan menggunakan keluasan ruang masjid atau surau dengan penjarakan fizikal.
"Bagi daerah PKP, kegiatan menziarahi tanah perkuburan tidak dibenarkan, manakala, bagi daerah PKPB hanya dibenarkan selepas hari raya ketiga. Kesemua ketetapan itu berkuatkuasa bermula esok sehingga ada ketetapan lain yang akan ditentukan Majlis Agama Islam Negeri Johor," menurut kenyataan itu.
Selain itu sepanjang tempoh PKP dan PKPB, semua kegiatan pengimarahan masjid atau surau adalah mengikut ketetapan yang dicapai iaitu antaranya, pelaksanaan solat sunat tarawih hanya diberikan kepada warganegara sahaja berumur tujuh tahun dan ke atas.
"Solat sunat tarawih juga dilaksanakan 20 rakaat diikuti solat sunat witir tiga rakaat. Imam bertugas juga perlu membaca surah-surah lazim sahaja pada setiap rakaat selepas bacaan surah Al-Fatihah. Solat sunat hajat dilaksanakan di masjid dan surau selepas solat Maghrib dan solat Jumaat," menurut kenyataan itu.
Majlis berbuka puasa, jamuan, penyampaian bantuan, kegiatan memasak dan agihan bubur lambuk di kawasan masjid atau surau adalah tidak dibenarkan, manakala program kuliah, ceramah dan tadarus al-Quran dibenarkan tidak melebihi satu jam.
"Majlis khatam al-Quran dibenarkan dalam satu jam 30 minit selepas solat Zuhur hingga Asar. Majlis Qiamullail dilaksanakan dalam tempoh dua jam sebelum masuk solat Subuh, namun aktiviti bermalam di masjid atau surau tidak dibenarkan," jelas kenyataan itu.
Kenyataan itu turut menjelaskan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara dan JAINJ akan diperketatkan lagi dengan kawalan Ahli Jawatankuasa masjid atau surau dengan bantuan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 06 2021
Johor membenarkan pelaksanaan solat sunat tarawih dan solat sunat Aidilfitri di tiga daerah yang dikenakan PKP, dengan kehadiran jemaah tidak melebihi kapasiti satu pertiga ruang masjid atau surau. - Gambar fail
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Liga Super: JDT teruskan momentum kemenangan, tewaskan Sabah 3-1
Johor Darul Ta'zim FC (JDT) meneruskan rentak kemenangan dalam aksi Liga Super musim ini apabila menewaskan Sabah FC 3-1 dalam saingan di Stadium Likas malam ini.
Kerajaan peruntuk RM206.8 juta bangunkan infrastruktur air di Johor
Kerajaan memperuntukkan RM206.8 juta bagi pembangunan infrastruktur berkaitan air di Johor meliputi 22 projek sambungan dan lapan projek baharu.
Johor berjaya tarik 50 pusat data dalam dua tahun lepas - Onn Hafiz
Pertumbuhan pesat dalam industri pusat data menunjukkan keupayaan Johor menjadi hab pusat data baharu di Asia.
Operasi pembersihan, selenggara perparitan besar-besaran di Johor
Johor telah menggerakkan operasi pembersihan dan penyelenggaraan longkang serta parit secara besar-besaran bagi mengatasi isu banjir kilat di negeri itu.
Sokong, miliki bahan berkaitan Daesh, penganggur dihadap ke mahkamah
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menyokong dan memiliki bahan berkaitan pengganas Daesh.
Pasang 170 tiang lampu di Lebuhraya Pasir Gudang, elak kemalangan
Keadaan Lebuhraya Pasir Gudang dari kawasan Perling yang dilaporkan gelap sehingga mengundang kemalangan jalan raya, mendapat perhatian Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Tumpahan minyak: Pembersihan Pantai Sungai Rengit, Teluk Ramunia bermula hari ini
Kerja-kerja pembersihan di pantai Sungai Rengit dan Teluk Ramunia susulan tumpahan bahan api marin (MFO) di perairan Pengerang, bermula secara rasmi 9.30 pagi hari ini.
Projek lebar lebuh raya di Johor tidak ganggu aliran trafik
Dua lorong sedia ada di kedua-dua laluan lebuh raya tersebut masih dibuka walaupun projek naik taraf sedang dijalankan.
Johor yang pertama tandatangan perjanjian serah negeri kepada British - Tun M
Perjanjian itu dibatalkan apabila orang Melayu bergabung dalam UMNO dan membantah serta menolak Perjanjian MacMichael dan Malayan Union.
JPN tidak terlibat dalam program taklimat, penerangan warganegara
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak terlibat sama sekali dalam penganjuran satu program taklimat dan penerangan kewarganegaraan seperti yang tular di media sosial sebelum ini.