JOHOR BAHRU: Johor bakal menerima pelaburan bernilai RM80 bilion daripada Rongsheng Petrochemical Co Ltd, sebuah syarikat petrokimia terbesar China.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri Lee Ting Han berkata syarikat itu sebelum ini telah menyatakan hasrat untuk melabur khususnya di Pengerang selepas melakukan beberapa siri lawatan ke Johor dan perbincangan dengan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Katanya, komitmen pelaburan itu seterusnya berjaya dicapai hasil lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ke negara berkenaan baru-baru ini.
"Terima kasih kepada Perdana Menteri serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang telah berjumpa dengan pengurusan teratas syarikat ini di Beijing sekali gus berjaya mendapatkan komitmen syarikat tersebut untuk melabur di Malaysia.
"Sekiranya dapat direalisasikan, ia merupakan projek terbesar di Malaysia selepas projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) oleh Petronas," katanya pada sidang media selepas melawat tapak RTS Link Johor Bahru-Singapura di Marine Viaduct di sini, semalam.
Lee berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media mengenai pengumuman Anwar yang juga Menteri Kewangan mengenai perkara itu di Dewan Rakyat, semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2023

Mohamad Fazli (dua, kanan) bersama Ting Han (kanan) melawat tapak projek RTS link Johor Bahru-Singapura di Marine Viaduct, Stulang Laut semalam. -Gambar fail/Bernama

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Johor bakal terima pelaburan RM80 bilion daripada Rongsheng Petrochemical
Komitmen pelaburan itu berjaya dicapai hasil lawatan Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ke negara berkenaan baru-baru ini.