BATU PAHAT: Kerajaan negeri mengalukan-alukan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri yang tidak terjejas banjir bagi membantu Johor yang kini berhadapan dengan angka mangsa banjir yang luar biasa.
Menteri Besarnya Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kesemua agensi yang terlibat kini sedang berhempas pulas membantu memandangkan banjir telah melanda keseluruhan negeri melibatkan 33,000 mangsa banjir di 10 daerah.
"Semalam bersama Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi), saya minta juga supaya tambahan dari segi jentera ataupun petugas-petugas daripada negeri-negeri lain yang tak terlibat dengan banjir contohnya Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sebagainya.
Kalau kita tengok hari ini, kawasan Yong Peng ini pun, jumlah keluarga (yang terjejas banjir) (juga) sedang meningkat dan saya bersimpati melihat keadaan petugas-petugas kita walaupun bersemangat lagi tapi sudah tiga hari tidak tidur ni, jadi mereka keletihan," kata beliau kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yong Peng 1, di sini, hari ini.
Selain itu, menjawab mengenai dakwaan kelewatan mangsa menerima bantuan, Menteri Besar berkata semua agensi telah digerakkan daripada hari pertama banjir, cuma terpaksa berhadapan dengan angka mangsa yang luar biasa.
"Banyak (bantuan) yang sudah sampai, tapi yang terkurang itu kita sedang selesaikan di peringkat negeri (yang mana) penyelarasannya memang kita buat setiap hari," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Machap itu.
Pada masa sama, beliau berkata banyak NGO dan syarikat telah membantu dari segi pakaian, selimut, makanan dan sebagainya.
"Kita ucapkan jutaan terima kasih dan untuk rakyat Johor secara keseluruhan, kekal bersabar tenang dan juga tabah dalam ujian yang cukup getir ini," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 03 2023
Menteri Besarnya Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kesemua agensi yang terlibat kini sedang berhempas pulas membantu memandangkan banjir telah melanda keseluruhan negeri melibatkan 33,000 mangsa banjir di 10 daerah. - Gambar fail/BERNAMA
Penoreh getah tidak mengaku rogol anak kandung
Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas dua pertuduhan merogol anak perempuan kandungnya sejak 2019.
Pantau Belanjawan: Apa cabaran utama EV pada separuh kedua 2024?
Pendaftaran kenderaan elektrik (EV) baharu di negara ini melonjak lebih dua kali ganda kepada 10,700 unit pada separuh pertama tahun, berbanding 4,400 unit dalam tempoh sama tahun lalu. Kupasan lanjut bersama Penganalisis Industri Automotif, Hezeri Samsuri tentang prospek dan dinamik pasaran EV Malaysia serta penilaian terhadap cabaran utama yang perlu diberi perhatian pada separuh kedua 2024.
AWANI Ringkas: Lepasan TVET layak berkhidmat di sektor awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu dalam persekitaran prestasi Wall Street yang lemah.
Feri ikonik Pulau Pinang tengelam akibat tali pengikat putus
SPPP ketika ini sedang berusaha menaikkan semula feri berkenaan manakala pihak bomba pula mengawal minyak daripada tumpah ke dalam laut.
Cubaan bawa masuk sarang burung dari Laos gagal
Sarang burung seberat dua kilogram yang diletakkan dalam empat bungkusan itu berjaya dikesan dengan bantuan mesin pengimbas Jabatan Kastam Diraja Malaysia sekitar pukul 11.45 malam.
Kertas siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini siap sebelum Jumaat
Kertas siasatan berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah kini hampir siap.
Kerajaan akan pastikan Internet, media sosial selamat untuk semua - Fahmi
Beliau berkata, aliran terkini menunjukkan jenayah tradisional telah mula berpindah ke alam maya termasuk media sosial.
Kes kehilangan bahan api: Enam suspek dibebaskan dengan jaminan polis
Hussein berkata polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes kehilangan bahan api jenis kerosin JET-A1 pada 15 Julai lepas itu.
Banjir lumpuhkan Manila dan beberapa kawasan
Banjir memaksa penduduk berhampiran Teluk Manila dan kawasan sungai serta pesisir di wilayah tengah dan selatan untuk berpindah.
Banjir di Segamat makin pulih, hanya 19 mangsa masih di PPS
Situasi banjir di Segamat, Johor kian pulih setakat tengah hari ini dengan jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan kepada 19 orang berbanding 43 orang pagi tadi.
Banjir di Sabah meningkat, Pahang, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah merekodkan peningkatan manakala di Pahang dan Johor mencatatkan penurunan.
Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang merekodkan peningkatan manakala Johor mencatatkan penurunan pagi ini.
Kerja pembersihan pascabanjir di Kota Tinggi capai 70 peratus
Kerja pembersihan pascabanjir di daerah ini yang bermula Jumaat lepas kini telah mencapai 70 peratus setakat pagi tadi.
1,842 mangsa banjir di Johor, Pahang - Nadma
Seramai 1,842 mangsa masih berlindung di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Pahang tengah hari ini berbanding 1,860 mangsa pagi tadi.
Gelombang banjir kedua Johor, mangsa banjir Mersing bertambah
Terkini, seramai 421 mangsa dari 123 keluarga ditempatkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Mersing.
Bomba terima 20 panggilan menyelamat mangsa banjir terperangkap
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi menerima lebih 20 panggilan penyelamatan dan khidmat khas sejak banjir melanda daerah ini pada Khamis lalu.
Berhati-hati lalu Jalan Felda Sungai Mas-Lok Heng
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan mematuhi papan tanda amaran ketika memandu di laluan Felda Sungai Mas menghala ke Lok Heng.
Batu Pahat daerah terbaharu dilanda banjir di Johor
Batu Pahat menjadi daerah terbaharu dinaiki air di Johor, menjadikan tujuh daerah di negeri itu kini terjejas dengan banjir.
'Oyen' tak mahu makan, ‘terkejut’ jadi mangsa banjir
Bila cerita perihal banjir, bukan hanya manusia, haiwan termasuk kucing peliharaan pun turut sama terkesan.