JOHOR BAHRU: Johor akan menjadi pengeluar utama tenaga mesra alam di Asia Tenggara menerusi pembukaan taman tenaga solar di Pengerang, Kota Tinggi dengan kos projek bernilai RM1.4 bilion.
Projek tersebut, yang diberi nama 'Taman Solar Sultan Ibrahim', akan menjadi yang terbesar seumpamanya di rantau ini dengan kapasiti 450 megawatt, menurut catatan di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Ahad.
Projek pelaburan swasta berskala besar pertama yang diperoleh Johor bagi 2021 itu adalah atas usaha Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang sentiasa mengalakkan pelaburan dan pembangunan ekonomi untuk rakyat dan negeri.
Projek berkenaan juga seiring dengan Pelan Pembangunan Mampan Johor 2030 yang mengutamakan kelestarian alam sekitar dalam pembangunan ekonomi dan kemakmuran hidup rakyat, menurut catatan tersebut.
Dalam titah kepada Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga DiRaja Johor (RPO) pada Ahad, Sultan Ibrahim bertitah projek tersebut akan memberi impak kepada pembangunan ekonomi negeri, dengan penawaran kerja kepada pelbagai peringkat memandangkan projek ini turut akan menjadi sistem penyimpanan tenaga solar terbesar di rantau ini apabila beroperasi sepenuhnya menjelang 2023.
"Projek ini bukan sahaja berupaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi, malah berupaya menjadikan Johor antara pengeluar penting tenaga boleh diperbaharu secara mesra alam di peringkat antarabangsa," titah baginda.
Baginda bertitah keupayaan pengoperasian projek berkenaan, secara tidak langsung akan menjadikan Johor sebagai pengeluar utama tenaga solar berskala besar di samping menitikberatkan kelestarian serta persekitaran hijau yang lebih bersih.
Baginda turut bersyukur kerana Johor antara negeri dianugerahkan waktu pancaran matahari yang tinggi.
"Sudah sampai masanya, kita meneroka sumber ini untuk meningkatkan kapasiti penjanaan kuasa serta menyumbang kepada penghasilan tenaga boleh diperbaharu," titah baginda.
Sultan Ibrahim dijangka berkenan menyempurnakan majlis pecah tanah Taman Solar Sultan Ibrahim pada 23 Mac ini, di tapak projek di Pengerang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 28 2021

Sultan Ibrahim bertitah projek tersebut akan memberi impak kepada pembangunan ekonomi negeri. - Facebook/Official Sultan Ibrahim
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.

Polis Marin rampas barangan e-waste tidak sah bernilai lebih RM71 juta
Polis Marin Wilayah Dua berjaya merampas barang-barang berjadual e-waste yang dibawa dari luar negara secara tidak sah bernilai lebih RM71 juta.

JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.

Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.

Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.

Banjir: Mangsa di Pahang meningkat, Johor berkurang
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang mencatatkan sedikit peningkatan manakala di Johor, Sarawak dan Perak tidak jauh berubah.

Hujan berterusan dijangka landa Johor sepanjang hari ini
Kawasan terlibat ialah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Perjanjian JS-SEZ bawa limpahan manfaat besar kepada Johor - Menteri Besar
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai hari ini akan membawa limpahan manfaat yang besar terutamanya kepada Johor dan rakyatnya.

Rakyat Johor manfaat cuti hujung minggu baharu luang masa bersama keluarga
Rakyat Johor memanfaatkan cuti hujung minggu baharu pada Sabtu dan Ahad dengan meluangkan masa beriadah dan mengunjungi tempat menarik bersama keluarga.

PPS terakhir ditutup, banjir di Johor pulih sepenuhnya
Seramai 27 mangsa daripada lima keluarga yang ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Perpat sejak dibuka Selasa lepas dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing hari ini.