KUALA LUMPUR: Datuk Seri Johari Abdul Ghani mendakwa terdapat beberapa syarikat daripada 19 syarikat Malaysia yang menandatangi memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat China hasil lawatan Perdana Menteri ke negara itu baru-baru ini, yang tidak mempunyai 'track record'.
Membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Titiwangsa dari Barisan Nasional (BN) itu turut mempersoalkan adakah Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI) atau Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) melakukan proses tapisan terhadap syarikat-syarikat tersebut.
"Adakah MITI atau MIDA telah 'vet through' syarikat-syarikat ini sebelum membawa Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk menyaksikan tandatangan MoU tersebut?
"Ini kerana, saya nampak, daripada 19 MoU, ada beberapa syarikat tidak mempunyai 'track record' untuk kita persembahkan kepada sebuah negara seperti China, yang merupakan ekonomi kedua terbesar dunia," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Dalam masa sama, bekas Menteri Kewangan itu meminta penjelasan daripada MITI mengenai langkah yang akan diambil untuk memastikan komitmen pelaburan dianggarkan berjumlah RM170 bilion itu dapat memberikan manfaat kepada rakyat, termasuk peluang pekerjaan.
"Saya tahu kalau ikut statistik, mana-mana pelaburan langsung asing (FDI) yang dibawa (masuk dalam negara), kita boleh realisasikan sekitar 70 peratus dan ia boleh membantu peluang pekerjaan yang sangat banyak kepada negara," ujarnya lagi.
Menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri, Liew Chin Tong memberitahu Dewan Rakyat bahawa MoU yang ditandatangani akan dipantau oleh jawatankuasa secara khusus.
Jelas beliau lagi, MIDA juga telah melakukan proses biasa dalam menilai MoU-MoU tersebut.
"Untuk masa depan sebenarnya, kerajaan dipandu oleh dasar pelaburan baharu atau national investment policy melibatkan lima kriteria.
"Kriteria tersebut ialah kita menerima pelabur asing atau apa-apa pelaburan pun, ialah untuk meningkatkan kemampanan ekonomi bagi menjana pekerjaan bernilai tinggi atau berpendapatan tinggi.
"Selain itu, memperluaskan rangkaian domestik dan mewujudkan kluster ekonomi baharu dan meningkatkan keterangkuman. Ini adalah 'dashboard' kita untuk memantau apa yang kita terima," jawabnya.
Sebelum ini, Perdana Menteri ketika lawatan rasmi ke China mengumumkan Malaysia meraih komitmen pelaburan tertinggi dalam sejarah berjumlah RM170 bilion daripada pelabur China.
Ia hasil daripada 19 MoU yang dimeterai antara syarikat Malaysia dengan China.
Antara MoU itu ialah perjanjian utama antara DRB-Hicom Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co., Ltd mengenai cadangan usaha sama dalam pembangunan dan pengkomersialan lembah teknologi tinggi automotif di Tanjung Malim, Perak, untuk kenderaan tenaga baharu serta antara Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia dan Dewan Perniagaan China untuk import dan eksport jentera dan produk elektronik.
Hasimi Muhamad
Mon May 22 2023
JOHARI: Daripada 19 MoU, ada beberapa syarikat tidak mempunyai 'track record' untuk kita persembahkan kepada sebuah negara seperti China, yang merupakan ekonomi kedua terbesar dunia. - Gambar fail
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
China penyumbang utama peningkatan ekonomi dunia bagi tempoh 1979-2023
Kadar pertumbuhan ekonomi China mencecah 8.9 peratus secara purata bagi tempoh dari 1979 hingga 2023.
3 maut dalam serangan pisau di Shanghai
Tiga orang terbunuh dan 15 yang lain cedera dalam serangan pisau di sebuah pasar raya di Shanghai pada Isnin.
Komputer Huawei tidak lagi akan menggunakan Windows
Ia akan digantikan dengan sistem operasi HarmonyOS Next yang sudah digunakan pada telefon pintar, tablet, jam tangan, TV dan skrin pintar.
China memperlihatkan sut misi ke permukaan bulan
Dari segi rekaan ia mirip rekaan sut angkasawan misi Apollo NASA dari dekad 60an.
Malaysia alu-alu kerjasama syarikat telekomunikasi dengan media tempatan, bangun aplikasi AI - Fahmi
Fahmi memberi Huawei sebagai contoh syarikat dari China yang memiliki aplikasi AI serba canggih dan boleh digunakan dalam pelbagai bidang.
China pastikan 2 jam aktiviti fizikal harian untuk pelajar sekolah rendah, menengah rendah
Langkah ini bertujuan menyelesaikan masalah penglihatan dan berat badan dengan memastikan pelajar mendapat pendedahan cahaya matahari yang mencukupi.
Durian segar Malaysia boleh dinikmati pengguna China dalam tempoh 36 jam
Bagi golongan pengguna China, durian segar lebih sedap dan rasanya lebih halus berbanding dengan durian sejuk beku.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia-China meterai MoU pertukaran serta penghasilan kandungan kreatif
Malaysia dan China akan melaksanakan pertukaran serta penghasilan kandungan kreatif menerusi MoU yang termeterai hari ini.
Pulau Pinang catat pelaburan pembuatan diluluskan RM411.8 juta dari China
Pulau Pinang mencatat pelaburan pembuatan diluluskan bernilai RM411.8 juta dari China bagi tempoh separuh pertama tahun ini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.