LEMBAGA Tabung Haji (TH) mengumumkan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Johan Abdullah dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Badlisyah Abdul Ghani menamatkan tempoh kontrak perkhidmatan dua tahun berakhir 30 Jun 2018 di TH.
Dalam satu kenyataan, TH berkata, Johan menyertai TH pada Januari 2015 sebagai Timbalan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TH.
Menurutnya, sebelum menyertai TH, beliau merupakan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Holdings Berhad yang merupakan anak syarikat TH.
“Badlisyah pula pernah menerajui Bahagian Perbankan Islam Kumpulan CIMB sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sebelum menyertai TH pada 1 Julai 2016,” katanya.
TH turut mengumumkan dua orang Ahli Lembaga Pengarahnya iaitu Tan Sri Datuk Paduka Badruddin Amiruldin dan Tan Sri Datuk Mohamad Aziz menamatkan tempoh kontrak berakhir 30 Jun 2018.
“TH mengucapkan terima kasih kepada Johan, Badlisyah, Badruddin dan Mohamad Aziz di atas perkhidmatan mereka,” katanya.
Sinar Harian
Fri Jul 06 2018

TH mengucapkan terima kasih kepada Johan, Badlisyah, Badruddin dan Mohamad Aziz di atas perkhidmatan mereka.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

'GLC harus diketuai ahli korporat, bukan ahli politik'
Tricia Yeoh berkata, ini kerana, setiap keputusan yang dilakukan mereka cenderung dipengaruhi oleh kepentingan politik mereka.

Isu MARA Corp: Ujian keikhlasan PN memperjuangkan ekonomi Melayu
MARA Corp tertakluk kepada Akta Syarikat 2016, makanya, apa-apa perubahan jawatan di peringkat tertinggi haruslah disahkan oleh Lembaga Pengarah dan Majlis MARA.

Usaha mengawal keberkesanan Mara Corporation?
Nasib dan hala tuju agenda Bumiputera terus dikutak-katik, dengan ahli politik mengambil alih jawatan eksekutif teratas di MARACorp.

Johan, Badlisyah tamat kontrak di Tabung Haji
Kedua-dua mereka menamatkan tempoh kontrak perkhidmatan dengan Lembaga Tabung Haji dua tahun berakhit 30 Jun 2018.