KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sabah hari ini membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan kononnya berlaku kes 'merampas bayi' di hospital di negeri ini seperti dilaporkan dalam sebuah portal media.
Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr Asits Sanna berkata pihaknya telah menjalankan siasatan segera susulan laporan portal itu semalam (15 Sept) bertajuk "Baby snatching: How stateless mums lose their infants in Sabah hospital".
Beliau berkata pihak JKN Sabah mendapati dakwaan itu tidak benar dan tidak berlaku di mana-mana hospital Kementerian Kesihatan (KKM) di Sabah, sehubungan itu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu memandangkan kes itu dikatakan berlaku di hospital daerah berkenaan.
"Pihak JKN Sabah mengambil perhatian serius berhubung dakwaan tersebut dan memberi jaminan kepada semua pelanggan di fasiliti-fasiliti JKN Sabah bahawa keselamatan dan kebajikan pelanggan adalah keutamaan jabatan.
"Setiap pesakit yang mendapat rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan akan diberi layanan saksama berdasarkan peruntukan undang-undang dan peraturan sedia di Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Asits berkata bagi kes bayi dan kanak-kanak yang ditinggalkan atau terabai, pihak hospital akan merujuk kepada Pegawai Pelindung Kanak-Kanak selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).
Katanya JKN Sabah menjamin untuk memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung kes tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 16 2023

Pihak JKN Sabah mendapati dakwaan itu tidak benar dan tidak berlaku di mana-mana hospital KKM di Sabah, sehubungan itu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu.

ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat
Kapten JDT dedikasi kejayaan pasukan itu ke ACLE buat semua 'Bangsa Johor.'

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.

Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza
Kedua-dua negara menekankan keperluan untuk langkah-langkah yang diselaraskan oleh negara-negara Islam untuk menyokong rakyat Gaza.

Keselamatan makanan: 23 kes keracunan, 900 mangsa dilaporkan di Perak tahun ini
Sebanyak 23 kejadian keracunan makanan melibatkan seramai 900 orang mangsa telah dilaporkan di Perak bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Cacar monyet: JKN Kedah tingkat pemantauan di sempadan
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah bekerjasama dengan kerajaan Thailand bagi meningkatkan pemantauan di sempadan, susulan situasi semasa jangkitan cacar monyet di negara berkenaan.

Dakwaan buli doktor pelatih, JKNNS kesan dua doktor pakar terlibat
Kerajaan Negeri Sembilan mengarahkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) memanggil dua doktor pakar yang didakwa terlibat membuli doktor pelatih (HO) di dua hospital di negeri berkenaan.

Keracunan makanan di Sekolah Izzuddin Shah: Tunggu laporan lengkap Jabatan Kesihatan - Exco
Kerajaan negeri Perak masih menunggu laporan lengkap daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) berhubung kes keracunan makanan di Sekolah Izzuddin Shah, Rabu minggu lepas.

Kuih limas 'inti' gumpalan rambut: Premis dan rumah penjual diperiksa
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak pada Khamis telah menjalankan pemeriksaan premis makanan susulan kejadian tular segumpal rambut ditemui di dalam kuih limas.

PRN Johor: JKN jangka tiada kluster tercetus, semua pihak perlu terus patuh SOP
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor menjangkakan tiada kluster baharu akan tercetus pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang sedang berlangsung sehingga menjelangnya hari pengundian, Sabtu ini.

1,120 pelajar positif COVID-19 di Kedah sejak 1 Januari
Seramai 1,120 pelajar di negeri Kedah disahkan positif COVID-19 sejak 1 Januari lalu.

Tiada diskriminasi di wad bersalin Hospital Melaka - JKN
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) menafikan wujudnya amalan pilih kasih atau diskriminasi terhadap pesakit sewaktu proses kelahiran di wad bersalin Hospital Melaka.

JKN Perak tunggu laporan lengkap bedah siasat remaja meninggal dunia selepas vaksinasi
Bedah siasat yang dijalankan pada kira-kira pukul 3.40 petang hari kejadian (24 Okt lepas) mendapati terdapat penyempitan saluran paru-paru.

JKN Kedah mohon maaf kesilapan pemberian dos kedua vaksin COVID-19
JKN Kedah memohon maaf kepada seorang penerima vaksin COVID-19 dan keluarganya berhubung kesilapan pemberian suntikan dos kedua yang berlaku di sebuah PPV di Sik pada 5 Ogos lepas.