IPOH: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak sedang menyiasat kes penemuan gumpalan rambut di dalam kuih tepung pelita yang didakwa dibeli di sebuah bazar Ramadan di Ipoh seperti yang tular dalam media sosial semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi negeri Mohd Akmal Kamarudin berkata kes sedang disiasat bagi mengenal pasti pelaku agar ia tidak berulang dan memudaratkan kesihatan orang ramai.
"Apa sahaja kes yang berkaitan, kita minta laporkan kepada Bahagian Keselamatan Makanan JKN untuk memudahkan kita mengumpul maklumat dan melengkapkan siasatan," katanya kepada Bernama.
Beliau mengulas gambar viral dengan kapsyen antara lain menyebut 'Sehelai rambut boleh dimaafkan, tetapi ini segumpal rambut. Peniaga yang menyediakan juadah perlu memastikan kebersihan' sambil dilampirkan gambar kuih tepung pelita dan gumpalan rambut tersebut.
Orang ramai boleh menyalurkan aduan kepada 05-245 6000 atau laman Facebook rasmi JKN https://www.facebook.com/bkkm.jknperak untuk sebarang maklumat lanjut.
Pada Rabu lepas, dua beradik berusia sembilan dan tujuh tahun mengalami cirit-birit dan muntah dipercayai selepas makan puding buih dibeli ibunya di bazar Ramadan di Kuala Terengganu.
Berikutan kejadian itu, kanak-kanak tersebut dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan kedua-duanya yang masih menerima rawatan, dilaporkan stabil.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 13 2022

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi negeri Mohd Akmal Kamarudin berkata kes sedang disiasat bagi mengenal pasti pelaku agar ia tidak berulang dan memudaratkan kesihatan orang ramai. - Facebook / VIRAL PERAK

Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan - PM Anwar
Anwar berkata langkah ini bagi memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.
[TERKINI] Amaran cuaca panas tahap jaga-jaga di Pendang, Pokok Sena, Baling
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di Pendang, Pokok Sena dan Baling di Kedah.
AWANI Ringkas: Kebimbangan Sultan Pahang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KWSP kekal kukuh dengan strategi pelaburan seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menteri Perpaduan Negara ingatkan semua pihak untuk tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut agama.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

'Dia tinggalkan semua demi saya, anak' - Ridzuan Ridzokumura sifatkan Akiko isteri penyayang
Meski masih cuba untuk kuat dengan kehilangan besar itu, Ridzuan bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Nabil, Radin, Azad Jasmin susun jari mohon maaf berhubung aksi mereka yang kurang menyenangkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
ERA FM mohon maaf atas kandungan tidak sensitif
Stesen radio ERA FM tampil memohon maaf secara terbuka selepas penyiaran kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India. ERA FM menegaskan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak dan berjanji lebih berhati-hati pada masa hadapan.

Kes jangkitan HFMD meningkat tiga kali ganda di Filipina
Angka tersebut menghampiri tiga kali ganda berbanding 2,665 kes yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2024.

Hospital swasta perlu utamakan perkongsian jangka panjang dengan syarikat insurans
Hospital swasta disaran untuk melihat hubungan mereka dengan syarikat insurans dari perspektif jangka panjang dan tidak hanya memfokus kepada keuntungan segera.

Hampir 250,000 kes kanser dilaporkan hingga 2023, peratus kematian meningkat
Lima kanser utama ialah payudara, kolorektal, paru-paru, limfoma, dan hati.

Jangan malu dapatkan rawatan kesuburan, bantu tambah populasi kelahiran - Nancy
Mereka digalakkan mendapatkan rawatan supaya tahap kesuburan dapat ditingkatkan seterusnya membantu menambah populasi kadar kelahiran di negara ini.

Hampir separuh pesakit buah pinggang kronik di Malaysia kehilangan pekerjaan
Situasi itu menimbulkan kebimbangan terhadap masa depan golongan berkenaan, terutama yang bergantung kepada rawatan dialisis jangka panjang.

Impak jatuh terhadap kesihatan warga emas
Insiden terjatuh dalam kalangan warga emas sering kali diabaikan dan menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia dianggarkan 684,000 kematian akibat jatuh berlaku di seluruh dunia setiap tahun.

UK bakal mulakan ujian saringan kanser payudara guna AI
Ujian saringan kanser payudara menggunakan AI bertujuan mempercepat diagnosis dan mengurangkan tekanan kepada pakar radiologi.

Kenya tingkatkan pemantauan susulan wabak Ebola Sudan di Uganda
Sebagai langkah berjaga-jaga, sistem pemantauan telah dipertingkatkan di semua negeri dan pintu masuk.

Indonesia perkukuh strategi pengendalian FMD untuk kawasan zon merah
Sembilan wilayah zon merah itu termasuk enam di Jawa, bersama Lampung, Bali dan Nusa Tenggara Barat.

Penggunaan AI dalam penjagaan kesihatan tingkat kecekapan, kurangkan pembaziran - PM Anwar
Beliau berkata, sejak menerajui kerajaan, dua keutamaan beliau ialah pendidikan dan penjagaan kesihatan.