KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memohon kepada Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini untuk mendapatkan perintah jagaan sementara adik kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Pengarah JKM Selangor Azmir Kassim berkata pihaknya juga akan meminta satu tempoh masa daripada mahkamah untuk menjalankan kerja-kerja mengenal pasti waris atau orang yang layak dan sesuai untuk penjagaan kanak-kanak itu.
"Dijangka hari ini, kita akan dapatkan dahulu perintah sementara untuk bawa anak itu kepada pemeriksaan (kesihatan) dan sebagainya.
"Kita akan minta satu tempoh masa kepada mahkamah, mungkin dalam sebulan atau dua bulan untuk tempoh siasatan bagi mengenal pasti waris atau orang yang layak dan sesuai untuk penjagaan anak itu nanti," katanya kepada Bernama hari ini.
Azmir berkata pengambilan bagi tujuan penjagaan kanak-kanak lelaki itu telah dimaklumkan kepada ibu dan bapanya, Ismanira Abdul Manaf serta Zaim Ikhwan Zahari.
Berkongsi mengenai keadaan adik kepada Allahyarham Zayn Rayyan, beliau berkata kanak-kanak itu kini berada dalam keadaan baik.
"Sebagai kanak-kanak dia pun keliru, tidak berapa faham situasi (sekarang), tetapi setakat ini - okay, tiada masalah sebab kita tempatkan dia di hospital untuk pemeriksaan kesihatan dahulu," katanya.
Semalam Zaim Ikhwan dan Ismanira mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal di sekitar Jalan PJU 10/1 Damansara Damai di sini, pada 12 tengah hari 5 Dis hingga 9.55 malam 6 Dis lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Zayn Rayyan dilaporkan hilang di kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai pada 5 Dis lepas sebelum dia ditemukan mati dibunuh pada keesokan harinya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 14 2024
Azmir berkata pengambilan bagi tujuan penjagaan kanak-kanak lelaki itu telah dimaklumkan kepada ibu dan bapanya, Ismanira Abdul Manaf serta Zaim Ikhwan Zahari. - Gambar hiasan
Malaysia alu-alukan kerjasama syarikat telekomunikasi dengan organisasi media tempatan, bangun aplikasi AI - Fahmi
Fahmi memberi Huawei sebagai contoh syarikat dari China yang memiliki aplikasi AI serba canggih dan boleh digunakan dalam pelbagai bidang.
GPM sedang atur bantuan kecemasan AS$10,000 untuk masyarakat di Lubnan
Bantuan berbentuk keperluan asas bagi tempat tinggal sementara selain makanan panas serta keperluan bayi dan kanak-kanak sedang diatur.
UNGA 79: Malaysia bersedia pengerusikan ASEAN 2025, komited perkukuh peranan blok serantau
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan turut menekankan komitmen Malaysia untuk mengemudi ASEAN ke arah kesediaan mendepani masa depan.
UNGA 79: Malaysia gesa PBB aktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid
Malaysia mengulangi gesaannya bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengaktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid.
UNGA 79: Kenyataan negara di pentas dunia
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan menyampaikan Kenyataan Negara sekitar jam 2.15 petang waktu New York sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-79
Tiada kemungkinan perang besar, sokongan negara Arab hanya retorik
Malah, keupayaan perisikan Israel yang mampu menyusup masuk ke dalam organisasi sehebat Hizbollah dijangka memberi ketakutan kepada negara Arab lain untuk bertindak secara drastik.
Hezbollah sahkan Hassan Nasrallah terbunuh
Kumpulan Hezbollah Lubnan mengesahkan pada Sabtu bahawa pemimpinnya Hassan Nasrallah terbunuh, melalui pengumuman yang disiarkan di televisyen.
Lapangan Terbang Antarabangsa Miri dinaik taraf - PM
Lapangan Terbang Antarabangsa Miri akan dinaik taraf bagi selari peningkatkan jumlah pengunjung selain menerima pesawat lebih besar.
Kebimbangan konflik Asia Barat bakal berlarutan
Jika benar tentera Israel berjaya membunuh Ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah, ia bukan saja satu kehilangan besar tetapi juga memberi ancaman dan kebimbangan bahawa konflik di Asia Barat akan terus berlarutan.
PRK DUN Mahkota: 53.84 peratus keluar mengundi - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota hari ini adalah 53.84.
Mangsa banjir di Kedah turun kepada 6,439 orang petang ini
Jumlah mangsa banjir di Kedah yang ditempatkan di 32 pusat pemindahan sementara (PPS) menurun kepada 6,439 orang setakat 4 petang ini.
Banjir Kedah: Jumlah mangsa dipindah ke PPS meningkat
Bandar Baharu menjadi daerah terbaharu yang terjejas banjir di Kedah.
Banjir Kedah: Jumlah mangsa meningkat kepada 2,618 orang, ditempatkan di 14 PPS
Jumlah mangsa banjir di Kedah terus catat peningkatan apabila 2,618 orang daripada 482 keluarga kini ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara.
Enam rumah rosak akibat ribut di Perlis
Setakat 9.10 malam tadi, kawasan terjejas melibatkan Kariah Beseri Sungai Paya, Kota Kayang, Wang Besar, Padang Melangit, Abi dan Tok Kaya.
Op Global: 223 pegawai JKM bantu PDRM uruskan kanak-kanak - Nancy
223 pegawai JKM berkhidmat dalam membantu pihak polis menguruskan 402 kanak-kanak penghuni rumah perlindungan yang diserbu dalam Op Global.
Bayi lapan bulan maut, taska tidak berdaftar dengan JKM
Taska di Taman Kelemak Utama yang menjadi lokasi seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia dipercayai ditekup dengan bantal disahkan tidak berdaftar dengan JKM.
Masyarakat diseru bantu veteran ATM daftar dengan JHEV
Kelebihan pendaftaran itu membolehkan golongan berkenaan menerima pelbagai bantuan yang disalurkan kerajaan secara lebih efektif.
Direktori CBO diperluas, tangani kes komuniti setempat - Nancy
PWKM akan memperluas direktori CBO ke seluruh daerah dan negeri dalam usaha membantu menangani kes melibatkan komuniti setempat seperti penderaan, pengabaian dan keganasan.
Program Kembara Merdeka platform semarak semangat patriotisme - Rubiah
Program Kembara Merdeka yang diadakan bersempena dengan Bulan Kebangsaan 2024 menjadi platform terbaik untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan rasa cinta kepada negara.
Remaja menyamar petugas hospital dirujuk ke JKM - KP Selangor
Remaja perempuan berusia 14 tahun yang ditahan kerana menceroboh dan menyamar sebagai petugas di HSIS Serdang pada Khamis lepas telah dirujuk kepada JKM Sepang untuk tindakan lanjut.