PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan (JKM) telah mengendalikan sebanyak 5,572 kes penderaan dan pengabaian melibatkan penderaan fizikal, seksual, emosi dan pengabaian kanak-kanak sehingga November 2022.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihaknya sentiasa memantau dan mengambil tahu tentang isu keselamatan kanak-kanak dan bekerjasama dengan pihak terlibat seperti pihak polis serta kementerian-kementerian yang berkaitan.
“Kesemua kes itu disantuni oleh anda yang berperanan sebagai Pelindung yang diwartakan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.
“Saya menyeru kepada semua pegawai JKM serta warga KPWKM supaya sentiasa memantau isu-isu kanak-kanak yang telah berlaku di media sosial.
"Anggaplah mereka ini seperti anak sendiri. Laporkanlah dengan segera. Kerjasamalah bersama Unit Komunikasi Korporat KPWKM,” katanya dalam ucapan pada Sesi Town Hall Perkhidmatan Kanak-kanak (Pemeliharaan dan Perlindungan) Jabatan Kebajikan Masyarakat Tahun 2023 di kementerian itu di sini pada Rabu.
Beliau juga berharap kakitangan di kementeriannya berupaya untuk menjadi duta untuk JKM, supaya rakyat tahu dan faham dengan tugasan dan tanggungjawab mereka terutama yang bertugas di lapangan.
Dalam pada itu, mengenai beban kerja kementeriannya, Nancy mendedahkan, berdasarkan rujukan kajian mendapati seorang pegawai sosial mengendalikan kes dengan nisbah 1:108 kes bagi kes-kes perlindungan dan pemulihan kanak-kanak, keganasan rumah tangga, Taska, pusat jagaan dan orang papa.
Angka itu masih jauh dengan syor pengkaji yang mencadangkan nisbah yang ideal adalah 1:15 hingga 20 kes bagi setiap pegawai sosial.
“KPWKM telah berusaha untuk menambah bilangan Pelindung dan Pegawai Akhlak bagi membantu tuan/puan di lapangan dengan melantik secara berfasa 1,120 orang Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPPM) Gred S29 secara kontrak dalam tempoh lima (5) tahun bermula pada tahun 2021.
“Kita baru sahaja menerima 120 orang Pelindung yang melapor diri pada 16 Januari 2023 dan mereka telah ditempatkan di seluruh negara,” tambahnya.
Sehingga kini katanya, seramai 185 orang telah dilantik dan diwartakan pada fasa pertama 2021 dengan pelantikan 158 orang PPPM diteruskan pada 2023.
“Harapan kita supaya dengan adanya penambahan pegawai secara kontrak ini secara tidak langsung dapat membantu anda dalam memberi fokus kepada pengurusan kes kanak-kanak yang memerlukan permeliharaan dan perlindungan seterusnya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada kumpulan sasar jabatan,” ujarnya.
Rahimah Abdullah
Wed Jan 18 2023
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berucap pada Majlis Perasmian Sesi Townhall Perkhidmatan Kanak-Kanak (Pemeliharaan dan Perlindungan) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 2023 hari ini. - Foto BERNAMA
Sheikh Al-Azhar tamatkan lawatan khas di Malaysia
Sheikh Al-Azhar hari ini menamatkan lawatan khas empat hari ke Malaysia atas undangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Prof Said Bani individu pertama dari Malaysia raih anugerah ‘Communicator of The Year’ IABC Asia Pasifik
Bani catat sejarah pengamal komunikasi pertama Malaysia terima anugerah 'Communicator of The Year' IABC Asia Pasifik dalam kategori Senior Communication Professional.
Analisis pasaran saham separuh tahun kedua 2024
Apakah rumusan prestasi pasaran saham pada separuh tahun pertama 2024 dan apakah faktor-faktor yang akan menjadi perhatian pelabur dalam pasaran saham separuh tahun kedua 2024? Kupasan lanjut bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof.
63 PATI pelbagai warganegara di Perak dihantar pulang ke negara asal
Kesemua PATI itu terdiri daripada warganegara Indonesia, Pakistan, Vietnam, Bangladesh, India dan Indonesia.
Malaysia Digital (MD): Advancing Malaysia’s Digital Future
Explore the impact of the recent MD Open Day event and its key insights. Discover how it aligns with Malaysia’s growth strategy and benefits both businesses and the public. Join us for an exclusive live interview with Ts Mahadhir Aziz, CEO of MDEC, on Niaga AWANI.
Akta Audit: Tingkat ketelusan & kecekapan tadbir urus
Dewan Rakyat pada Rabu meluluskan RUU Audit (Pindaan) 2024 yang bertujuan meluaskan kuasa Ketua Audit Negara bagi memeriksa, menyiasat dan mengaudit akaun mana-mana badan lain. Adakah ini memadai? Apa lagi tambah baik yang perlu dilakukan?
Laporan PAC: Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Lebih 20 subkontraktor Lebuhraya DASH lantik peguam tuntut bayaran tertunggak RM100 juta dari Prolintas
Menurut Tetuan Thomas Philip, walaupun lebuh raya itu telah dibuka kepada orang ramai, banyak subkontraktor masih tidak dibayar atas kerja mereka.
AWANI Pagi: Berhadapan individu narsistik? Apa perlu saya buat
EPL: Erik ten Hag gembira lanjut kontrak di Manchester United
Manchester United mengesahkan Erik ten Hag telah menandatangani lanjutan kontrak yang akan bertahan hingga penghujung musim 2025-26.
JKM kesan 506 taska tidak berdaftar di seluruh negara
Sebanyak 506 buah taman asuhan kanak-kanak (taska) tidak berdaftar dikesan dan berada di bawah tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga 31 Mei 2024.
Veteran ATM disaran daftar JHEV, kemas kini maklumat untuk bantuan
Veteran ATM disaran agar mendaftar dengan JHEV ATM serta persatuan-persatuan di lokalti masing-masing dan mengemas kini maklumat semasa melalui sistem VIBES 2.0.
JKM mohon perintah jagaan sementara adik Zayn Rayyan hari ini - Pengarah JKM Selangor
Jabatan Kebajikan Masyarakat akan memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan perintah jagaan sementara adik kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Industri penjagaan: Sasar jadi kerjaya profesional, latih 385 individu tahun ini
Ini termasuklah melatih lebih banyak tenaga pekerja dalam industri penjagaan, dengan matlamat mencapai sasaran 385 individu tahun ini.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
Nahas helikopter: KPWKM sedia beri bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa
KPWKM bersedia memberikan bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi ini.
Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini, Sarawak hanya mempunyai 13 PAWE dan jumlah itu tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar.
Banjir di Melaka: Lebih 300 petugas JKM siap siaga
Petugas JKM akan ditempatkan di pusat pemindahan sementara bagi membantu mangsa banjir khususnya memastikan aspek kebajikan dan keselesaan mereka.